
Tadi saya berasa sangatt kebosanan, lalu saya membuat keputusan untuk menshopink kasot Momoe di Jaya Jusco, Seremban II. Tifa ajak g KL, tapi keja umah banyakla, lagipun nak g KL makan masa banyak jam tonggeng2 atas KTM penuh dengan orang busuk, lagi2 pulak hari ni public holiday. Ko nak cari nahasssss ke?
Jadinya, saya berjaya mengajak Elly, Ifa dan sahabat si toekku sayank Myra Innessa anak Pak Azmi untuk g JJ menjimatkan duet teksi yang berharga RM15 (saya sembank byk dgn pakcik tu dgn harapan dia bagi murah tapi hampesssss!)
Ok. Ini macam sudah lari dari topik. (miyn, tolong fokus sikit miyn. tolongggla...)
* * *
Talentime ni mengisahkan tentang sebuah sekolah kat Ipoh yang membuat Talentime dekat skolah dorang. Orang kuat Talentime ini ialah Cikgu Adibah (Adibah Noor yang super hebat dan super menarek lakonan dia, I laikkkk!). Mula2 cekgu2 dekat sekolah tu kena cabut undi sebab 7 orang ja yang dibenarkan buat persembahan sempena ulang tahun ke-7 Talentime tu sendiri. Hadiah utama ialah anda berpeluang menjadi kaya dengan mendapat duet sebanyak RM1000.
Tapi sesi tu terpaksa batal dan digantikan dengan persembahan oleh budak2 sekolah tu sendiri. Jadinya, sebelum 7 orang budak boleh buat persembahan pada malam tu, dorang kena buat ujibakat tu dulu la. Antara yang terpilih ialah sorang laki Melayu, sorang laki Cina dan sorang fomfuan Melayu Tingkatan 6 Atas.
Hafiz (Mohd Syafie Naswip) ialah sorang student yang sangat pandai dan ada sorang ibu yang sakit tenat sebab ada brain tumor (Azean Irdawaty). Dia ada bakat maen gitar dalam muvie ni dan muka beliau comel sekali. Oh ya, aku mmg minat sangat dekat beliau sejak tengok Mukhsin. Sebab dia pelakon yang natural dan dia tapayah buat2 hensem. Muka dia takdela hensem sangat tapi menarek bagi aku.
Hafiz ni anak yang sangatla baek. Tiap-tiap hari lepas kelas dia akan melawat mak dia kat hospital. Ayah dia dah tinggalkan mak dia sejak dia dalam perut mak. Kesian kan? Motif kena tinggal tidaklah diketahui.
Klasmet Hafiz, Kahoe (Howard Hon Kahoe) pulak sorang budak Cina yang slalu top dalam kelas. Tapi sejak Hafiz masuk skolah tu, dia takleh trima hakikat Hafiz ni lagi pandai dari dia. So, dia g repot kat cekgu yang Hafiz ni tiru dalam ujian. Tapi tengok2 Hafiz ni mmg betul2 pandai dan dia pun tak puas hati la. Hafiz pandai maen alat muzik Cina dalam crita ni. Sorila aku taktau apa nama benda tu. Ala, yg mcm violin comel tu...
Melur (Pamela Chong, adik Vince Chong) pulak merupakan sorang pelajar Tingkatan 6 Atas yang ada bakat maen piano sambil nyanyi. Slain tu, dia sangat minat tules English poem. Ada 2 orang adik fomfuan yang sangat kiut. Family dia pun best. Well, dalam filem Yasmin ahmad semua ada family2 yang best2 kann..
Ok. Macam mana dorang tau yang dorang ni berjaya masuk Talentime? Tenggg tenengggg! Budak2 laki yang ada moto kena la membagi surat keputusan dekat dorang masa malam ujibakat tu sendiri. So, malam audition tu, Mahesh (Mahesh Jugal Kishor) ditugaskan bagitau Melur ni kat umah dia. Selain tu, Mahesh ni jugak akan amek dan jemput Melur tu untuk g berlatih kat sekolah tiap2 petang dann bila waktu cuti sampaila malam Talentime tu nanti. Satu benda ja aku tertanya-tanya sikit, sekolah tu bayar tak duet minyak budak2 tu? Ho ho ho..
Mahesh ni budak India paling hensem penah saya melihat. Dia ni pekak dan bisu tapi boleh faham apa orang cakap. Ayah dia dah mati dan dia ada sorang pakcik yang sangat sayang kat dia dan family dia. Tapi pakcik dia meninggal dalam pertengahan crita ni. Dia jugak ada sorang kakak, Bhavati (Jaclyn Victor) yang sangat kiut dalam cita ni. Menarek kot Jaclyn tu. Siries, tak nampak macam Jaclyn langsung, nampak mcm fomfuan India Malaysia tulen bagi aku.
Ofkosla, bila dah hantar Melur tu g sekolah tiap2 hari, mestila jantung berpongpang-pongpang di saat2 mempakaikan topi keledar dan melihat wajah Melur yang sangat cantek tu kan. Jadinya, dorang ni telah berjaya jatuh cenntaaa dan maka berkawanla mereka. Walaupun Mahesh tu pekak bisu, tapi watak dia sangat menarek sebab dia tau memainkan mata dia yang sangat mahal tu. Ha ha ha, kuyu semacam ja pastu macam sedikit kasihan. Dengan lagak beliau yang sangatla sopan, mestilah mana-mana ibu dan gadis pun akan tertarik. Ok, lari topik dah ni.
Agak2 korang apa yang jadi dekat Mahesh sama Melur? Boley ke dorang bercinta sampai ke jinjang pelamin? Dan apa bakal jadi dekat mak Hafiz? Kahoe tu, agak2 apa yang dia akan buat dekat Hafiz? Dan kenapakah pakcik Mahesh kena mati?
Nak tau silalah pergi ke panggung wayang yang terpaling dekat. Gunalah apa jua cara sama ada naik kereta (kalau anda cukup kaya), naek moto (pinjam moto bapak pun boley), naek basikal (kalau panggung wayang tu berada dalam kampung anda), naek public transport (cara biasa yg digunakan oleh manusia kurang berduet seperti saya), ataupun jalan kaki (jangan risau kalau berpeluh sebanyak sebaldi sebab dalam cinema ada ekon).
Sinopsis dia macam bosanlah bukan? Jadi, apa yang menarek sangat pasal filem ni?
Sebenarnya korang kena tengok sendiri. Sebab Yasmin Ahmad punya cerita punya sinopsis memangla bunyik macam super bosan tapi bila tengok, perghhhhhh! Dia sangat tau macam mana nak mainkan setiap watak tu bagi nampak menarek. Dan ada maksud tersirat yang kita kena faham. But the concept of simplicity is there. So, takde apa yang susah nak faham pun ekceli. Cuma perlu tengok dan hayati.
Tapi yang paling best pasal movie ni ialah lagu-lagu yang dia guna. Takde yang bosan langsung. Saya suka semua.
Dan betapa hebatnya lagu dia sampai boley membuatkan saya menanges terbanjir-banjir dan soksek soksek secara extreme. Dahla lagu Hindi pulak tu (ok, terpaksa mengaku saya sangat minat Hindustanggg). Tapi siries bestttttt..
I just love the lyrics and the song itself. Omaigodddd...
"If the moon can linger in the morning so bright, why can't the sun do the same at night?" -Melur-
The best Yasmin Ahmad's movie so far. Lepas ni saya nak carik DVD dia pulak.
No comments:
Post a Comment
hai!~