Dengan rasa gumbiranya, Kolej Mara Seremban telah berkolaborasi dengan Kolej Mara Banting dan telah muncul dengan satu projek yang dinamakan 'Misi Kemanusiaan ke Kemboja.'
Daripada beberapa orang pelajar yang berminat dan dah bagi nama tu, cikgu cuma pilih 8 orang ja. 6 pelajar IB dan 2 lagi pelajar A-Level. Nak bagi cukup 10 orang, cikgu pilih lagi 2 orang lelaki, pelajar IB jugak.
Dan alhamdulillah, Nur Aminah bt Mohmad Amin merupakan salah seorang daripada 10 orang pelajar yang bertuah tu.
Pada mulanya, aku minat nak join projek ni sebab nak lengkapkan 150 CAS hours ja. Oh yeah, CAS hours tu lebih kurang macam aktiviti kokurikulum, yang lebih berunsurkan kerja kebajikan yang perlu mempunya elemen 'creative, action, service' dan tak boleh mengaut keuntungan untuk diri sendiri. Sebarang keuntungan mesti didermakan, disedekahkan atau digunakan untuk projek yang lain.
Tapi lama2, niat tu berubah dan takdak langsung perasaan nak lengkapkan CAS hours tu. Aku nak sangat2 pergi Kemboja, tengok kehidupan kat sana, dan tolong sedaya yang boleh. Bunyik macam wakil rakyat ja, kah3. "Is it destiniyyyy???"
Antara projek2 yang kitorang akan buat nanti:
[x] Buat 2 kelas untuk kelas agama di Kampung Jumnik. Sekarang ni dorang ada 3 kelas untuk 150 pelajar. Kesian kan? Mesti semak kepala gilaa.
[x] Bayar upah 5 orang cekgu agama. Sekarang dorang ajar free ja, takdak gaji pun sebab kerajaan Kemboja tak iktiraf pengajaran agama Islam.
[x] Tolong 10 keluarga set-up perternakan ayam itik.
Semua projek ni perlukan pembiayaan dan kitorang dah pun diberi tugasan, iaitu mencari sponsor2 yang bermurah hati nak bagi sedikit sumbangan untuk melengkapkan jumlah keseluruhan; RM50 000.
Banyak kan? Tapi itu untuk projek semata-mata. Untuk diri sendiri, akan ditanggung sepenuhnya oleh mak ayah yang penyayang dan baik hati. Kos untuk diri sendiri, aku dah siap kira dah. Mesti perlukan lebih kurang RM4000.
. 2500 untuk flight, makanan, hotel bla3~
. 300 untuk passport~
. 1000 untuk bershopping~ tp mcm byk la pulak, hahahaa~
Secara jujurnya, aku taktau jugak ayah aku tu kisah ke tak nak hulur duit banyak2 ni. Tapi sebelum apply, aku dah mintak izin dia. Alhamdulillah, dia bagi gak walaupun beliau bukanla kaya bagai Sultan Brunei mahupun Datuk K.
Harap-harapnya projek ni akan bagi semua orang hepi. Kitorang akan pergi Mac tahun depan, masa cuti semester. Alahai, rindu la nanti dekat mak. Huk huk hukk, dah mula rasa sedih dah. Tapi takpa, sekali seumur hidup ja.
Kalau la kan, kalau la korang ni baik hati, nak sumbang sikit untuk projek ni, yang mana akan buat aku gumbira macam nak terbang di udara bagai pari-pari dibawa angin, boleyla contact2 dekat YM ok? Segala kebaikan hati anda sangatla dihargai, walaupun seringgit.
Dan korang jugak akan disayangi oleh anak Pak Cik Amin, he he he...
salam.
ReplyDeletehuhu. maaf la tp aku xde pitih nk sponsor2 ni. tp aku leh la sumbang sedikit idea yg xseberapa ni
DAPATKN SPONSOR
1) dptkn dr organisasi mega cthnya Giant, Mydin dgn surat kelulusan drpd kementerian pengajian tinggi serta. bagi deal kat depa. contohnya
- Sumbang > RM3000, logo organisasi akn diletakkn dlm banner program.
- sumbang > RM10000, akn dibawa 1 wakil skali ke program ni.
- segala sumbangan akn dicatatkn oleh kementerian, so organisasi tu xperlu bayar banyak income tax depa taon depan.
2) bljar kat N9 kn? cuba try mohon dgn Sultan N9 dgn menggunakan ORANG NEGERI 9 n of coz melalui kementerian juga
3) bwk surat rekomen dr kementerian + proposal xkira kemana2 shja. leh try mintak dr kedai2 biasa. RM50 pon duit jugak. tapi kalau dah RM50 tu xde la kot msuk list incometax.
4) lastly dari individu/hamba Allah. spe2 pon bole. habuan yg depa akn dpt? ganjaran yg terbilang dr Allah swt.
ni. benda common yg slalu dibuat utk dptkn sponsor utk projek mega.
gud luck. jgn ingat ni kerja senang. SUSAH GILA. okey.
tau. cikgu pun ckp tough.
ReplyDeletetp kementerian pengajian tinggi? hmm, i have to meet a few people up la, i mean other students. buat sendiri tak reti.
sengkiu azeem. this helps a lot..i mean, A LOT.
haha, actually cambodia x best sgt la.. kecuali angkor wat laa..
ReplyDeletebut when u go there, u can see la difference in the people. org kt sane miskin2, byk gle yg mintak sedekah..rase cm nk nangis je klu tgk..
tak payah pegi sana pun kalau nk nangis, dlm BERSAMAMU pun tiap2 minggu boley nangis kan?
ReplyDeletehihi..
A LOT tu mcm perli je. hahahaa
ReplyDeleteokey. sama2 no~~ <-- perli gak ni. haha
anyways, bkn ke program yg memerlukan SPONSOR LUAR slain dr HEP perlu dptkn kebenaran bertulis dr KPT?
kolej mara bukan bwk KPT eh? bwh pe? MARA? klu MARA, mntak dgn mara. hohoho
perghh ... tiket sendiri bayar ... mau aku konfem xdapat ikut punya ... tp aku doakan semoga usaha anda bakal berjaya ...
ReplyDeletep/s : aku x mampu nak sponsor pa2 ... tunggu elaun masuk dulu ... huhuhhu
sumbat aku masuk beg boleh??? haha!
ReplyDeleteboley ja, tp ank p.b, cena tuh?
ReplyDelete#hehh hehh hehh!
cisss.. xgune~
ReplyDeletetapa2..nanti ai tengok akaun..kot2 company boley tanggung..hoho
ReplyDelete