Sunday, December 14, 2008

Aku, Anda Dan Keputusan Exam

Tadi petang aku log in akaun Friendster aku, setelah sekian lamanya tak masuk memandangkan tak boleh nak bukak web tu menggunakan Incek Budiman. (Incek Budiman sangat nakal sejak diprogram baru!)

Rasa tekejut jugak bila dapat komen dari Cikgu Juriah (teacher ni best tawu, duduk dengan dia sampai malam pun gerenti takkan bosann ala ala duduk dengan diva gitu nyiahaha). Dia secara tiba2nya mengekspresikan mata yang aku dapat untuk Bio. Alhamdulillah, aku dapat sesuatu yang di luar jangkaan dan aku sangat2 bersyukur untuk itu, memandangkan aku tau usaha aku tak seberapa. Esok nak exam aku maen game Fashion Show dari pagi sampai malam. Esok nak exam aku tido memanjang sebab tension tengok org lain stadi macam nak masuk neraka kalau tak stadi. Esok nak exam aku layan One Tree Hill dan jugak Prison Break sebab aku rasa nak muntah kahak hijau tengok buku tebal tebal. (dan itu didapati berkesan! Wajah kacak Wentworth Miller dan James Lafferthy membuatkan jiwa aku damai seketika, he he he).

Mata ni lebey kurang A,B,C la. Cuma ditukar dalam bentuk nombor. 7 itu macam A. 6 itu macam B. Jadi seseorang pelajar IB kena kumpul 35 untuk fly. Markah maksimum pulak 45 untuk final 2010 nanti, 42 untuk periksa SEM. Kenapa lain? Nanti2 la ai explain ok..

Mula dari situ, rakan2 mula risau dan tak senang duduk fikir markah sendiri. Sorang menjadi garang secara tiba2, sorang menjadi takdak mood, sorang lagi buat bodo, sorang ugut nak keluar Kolej kalau dapat markah teruk.

Soalan saya di sini, kenapaaa? Waiii? Kyaaa Kare haaa? bhoooooooot!

Mari kita berlagak professional+baek dan sila telan ayat2 tazkirah yang seterusnya, ok?

Exams tu sendiri adalah satu medium untuk menguji pengetahuan seseorang. Sejauh mana kamu kamu stadi. Sejauh mana kamu kamu faham. Dan sejauh mana kamu kamu ni berangan dalam kelas sampai satu hapa pun tak reti.

Diulang, exam tu nak uji sejauh mana kamu kamu stadi. Sejauh mana kamu kamu faham. Dan sejauh mana kamu kamu ni berangan dalam kelas sampai satu hapa pun tak reti.

Apa yang kita buat, itu yang Allah akan bagi. Terima ja la dengan hati yang terbuka. Kenapa perlu cakap diri kamu kamu tu bodoh? Kenapa perlu cakap nak keluar kolej? Kamu kamu ni mesti perasan macam kolej2 lain tu nak ja terima kamu kamu kalau kamu kamu ni mintak nak masuk kolej mereka. Melainkan kamu kamu ni ada bapak kaya macam Datuk ABC mahupun Tan Sri XYZ, itu lain cerita la. (Tiba tiba tertanya-tanya kenapa ayah aku bukan datuk. Oh ya anak beliau mana kawen lagi, haishhh!).

Ini kan baru semester pertama. Ada lagi 3 semester. Lagipun Allah bagi ikut usaha kita. Tapi kalau ditakdirkan tak setimpal dengan usaha, tu tandanya dia nak uji la. Kalau benda sekecil ini pun tak mampu nak tanggung, bayangkan bila dah kerja nanti, lagi teruk kena marah sana sini, kena sepak sana sini sampai penyet2 kepala meleleh darah hijau.


Untuk diri aku sendiri, aku dah berserah ja. Sebab aku tau diri sendiri tak stadi sungguh2. Diri sendiri tak biasa dengan benda2 baru kat sini. Dan diri sendiri tak mampu nak lawan rasa malas, rasa pening, rasa sedih, rasa marah, rasa warna warni macam2 yang datang sepanjang 5 bulan dekat tempat indah tu.

Semoga semua orang dapat keputusan yang bagus kalau tidak cemerlang pun. Dan semoga semua orang tidak marah2 bila dapat result tahun depan. Semoga tiada sapa garang garang dan buat muka macam baru kena simbah dengan belacan bila result mereka tidak begitu ok. Nak marah, marah orang lain. Marah aku, aku nanges kang.

Paling penting, cikgu cikgu janganla buat panahan mata macam kami ini sangatla pemalas dan tidak mahu belajar. Saya tidak boleh terima! Nanti sedis dan rasa macam, mahu tido lagi 14jam tak mangkit mangkit.

Mari sama sama kita jadi orang bergaji besar bila dah kerja nanti~! Sekian. Sengkiu.

4 comments:

  1. duduklah tinggalsekalik dgn cikgu tu.mesti tak bosan. dan rajin belajar

    ReplyDelete
  2. hoho. teacher dha ad result kew? cptnye. kite satu hapak hw x sentuh lagikkkk

    ReplyDelete
  3. Apa yang kita buat, itu yang Allah akan bagi.

    sukung sesgt..kalo takat telan air penerang ht 8 gelen tp buku hampah tk mau bce..pe yg ptt kite dpt??hehehe

    ReplyDelete
  4. hoho~ setuju
    kita wat je yg kita leh. result tu bukan di tangan kita.
    kalo jaya, jayalah. gagal, gagallah. itu hak Allah nak bagi.
    yang penting usaha itu ada.

    (walaupun aku gak yang kurang usaha berbanding org len)

    ReplyDelete

hai!~