Gambar saya ada di web MRSM Beseri.
Ha ha ha ha. Kedengaran riak di situ ya. Tapi taaaakla. Cuma terasa gumbira kecil itu ada. Al maklumla berbaloi ok saya memfofularkan diri saya dengan tabiat suka tido sampaikan muka saya dihargai sedemikian rupa. Ok takde kaitan pun. Gambar si hensem juga ada. Si hensem yang saya terpaksa berebut dengan 2 orang rakan saya yang lain iaitu Ayu dan Milya namun last last kami bertiga tidak dilayan pun. Sedihkan? Tapi tak mengapa. Sekarang saya baru sedar si Hensem rupanya sangat membosankan walaupun dia sangat cool. Kami panggil dia lelaki mahal. Saya panggil dia Shiny. Sebab bila pandang mata dia buley kecairan umpama makan eskrim pop. Ha ha ha ha, rinduuu rinduuu. Aishhh, kisah lama jangan dikenang. Jangan jangan. Stop.
Semalam saya tidak boleh tidur. Sibukla pikir nak masak apa pada esok hari. Fadzliyah bakal sampai dari India. Ha ha ha ha, eh tidak dia nak p India. Tapi lambat lagi la. Lambat pun masih cepat setahun dari saya. Tak aci bukan? Tapi takpela, saya terima semua ini seadanya. Ekceli dia bukan nak p India. Eh maksud saya, tidak tahu lagi dia akan dihantar ke mana. Tapi dia mahu pergi India kerana taknak berpisah dengan saya, kata beliau. Ini betul tau, bukan main main. Saya sangat terharu ada kawan seperti ini. Tapi dulu masa Form 4 kami duduk satu kiub. Dan saya sedar bila terlalu rapat ini bahaya. Kami gaduh gaduh sampai mak dia telefon saya. Dan saya tidak jawab. Ha ha ha ha. Aishh kisah lama jangan dikenang. Jangan jangan. Stop.
Tadi ummi mengajak saya pergi ke Tesco. Katanya mau beli tudung lagi. Biasala, muka ummi tu muka kedai tudung. Tapi kali ini dia mau beli untuk makcik Arab mana tah, student dia punya mak yang asyik masak nasik Arab sampai perut emak saya menjadi buncit baru baru ini. Saya mati mati ingatkan mak saya termengandong bayi. Astagaaa, lepas itu ummi berbohong mengatakan sudah bersenam setiap pagi padahal dia buat tak sampai 5 kali. Oh ya, saya bukan nak cerita pasal itu. Saya nak cakap, tadi saya nampak anak gadis dara pingitan yang keluar ramai ramai pakai baju pendek dan jeans ketat. Saya baru sedar, sangat hudoh sekali ya. Sori to say, tapi memang hudoh. Tapi itu yang saya buat beberapa tahun lalu. Dan saya pernah menangess berkolam kolam bila ummi marah suruh tukar baju. Saya rasa saya lawa what? Ha ha ha ha, sekarang baru sedar saya sangat hudoh. Aishhh, kisah lama jangan dikenang. Jangan jangan. Stop.
Bila otak lama tak baca buku, memang seronot sangat ingat benda benda lama. Nanti bila dah start sekolah bz sampai takde masa nak makan nasik pun. Ha ha ha. Ok itu hiperbola je. Saya suka cakap saya budak sekolah. Terasa muda. *wink*
Saya bersekolah di Sekolah Dunia IB, Kolej Mara Seremban.
No comments:
Post a Comment
hai!~