Mengimbas kembali kisah lama seronoklah bukan?
Mari saya ceritakan tentang kisah cinta pertama. (lebih suka cakap boyfren pertama, sebab saya tak pernah cinta dia pun.) Tentang bagaimana saya memusnahkan title 'single' saya yang saya rasa sangat mahal. Bagaimana saya boleh terpilih ex boyfriend kawan saya sendiri sebagai yang pertama saya. Bagaimana saya boleh terpilih seorang lelaki yang suka dekat kawan saya sendiri sebagai first boyfriend saya. Dan kami bertiga ialah kawan baik. Sekelas sejak darjah 4.
Semuanya mIRC punya pasal!
Ha ha ha, nak salahkan mIRC pulak. Well, dunia mIRC zaman sekolah menengah dulu macam syurga. Omputeh cakap heaven. Boleh jugak diumpamakan macam dadah ataupun nescafe. Ketagih. Balik sekolah on9, malam pun on9, sebelum tidur pun on9.
Masa tu join channel sekitar Kedah je. Channel sekolah sendiri, channel yang ada budak2 sekolah je, channel sekolah lelaki yang saya rasa terpaling hot di Alor Star dulu, tapi sekarang sudah tidak berperasaan sebegitu lagi (sebab aku rasa budak Sekolah Badlishah kat Kulim lagi hot hahaha; salahkan Redha dan Shakir!), dan channel yang terpaling best; #Star-Park.
Channel tu semuanya budak Form 3 sekitar AlorStar je. Dan kebanyakan kami sudah kenal, kecuali aku sebab aku tak tusyen sekali dorang. Admin channel tu, nama beliau Kaka. Heee, dia sangat gila Kaka jadi marilah kita memberi nama itu kepada beliau.
Sebab Kaka sangat best :
. dia sangat matang. dan seperti tau semua benda yang saya tidak tahu.
. chatting dengan beliau tidak pernah membuat saya meleleh air liur basi sebab mengantuk yang dasat.
. family beliau sangat sporting. mak dia penah hantarkan makanan masa saya menjaga mak saya yang sakit di hospital. ketika itu pukul 12 ke 11 entah. haishh, baek sangat baek.
. kadang kadang saya rasa macam saya ni kakak dia la pulak. ha ha ha..
Sebab Kaka best je, tiada 'sangat' :
. terasa macam tidak baik huraikan perkara ini. dia baik. ingat yang baik baik je la. Ummi ajar saya, kalau tidak mau orang buat itu kepada kamu, jangan buat itu kepada orang. Ajaran mak mesti ikut.
Masih tak masuk point lagi kan? Haishh inila jadi bila perempuan bercerita. Suka melalut. Seperti makcik makcik.
Ok, mari bersiries!
Saya sudah sedia tau yang dia ex kawan baik saya. So what? Saya sayang kawan baik saya. Oleh itu saya tau dia memilih perempuan baik sebagai yang pertama dia. Oh, kedengaran seperti sedang memilih calon asben la pulak.
Prinsip pertama : Tengok siapa ex beliau.
Saya mula berjumpa dengan beliau di Seminar Minda Pelajar Berita Harian 2005. Itupun mungkin jodoh sebab daftar last minit. Ummi ketika itu mau memasukkan adik saya dalam seminar UPSR. Dan tiba tiba ada kosong utk PMR. Mungkin ada orang tak datang sebab masa call dulu cakap dah penuh.
Jadinya, saya kensel tusyen maths pagi tu, dan pergi berseronok di sana.
Masuk masuk ja, seperti artis la pulak. Mendapat banyak mata yang melihat dengan gaya pandangan "budak ni apa kess?" Semuanya sebab saya sudah lambat. Jadi saya duduk di belakang. Alhamdulillah ada kawan kawan.
Kaka mesej, dia cakap dia nampak saya. Wahwah, tak aci sebab dia sudah menghafal bentuk rangka muka saya di Friendster. Dia pulak, saya tak pernah tau rangka beliau bagaimana.
Masa rehat kami berjumpak seketika. Oh, tidakla hensem seperti Hans Isaac. Cuma comel sedikit sebab dia sopan. Dengan kawan kawan beliau sekali yang saya kira comel. Nakal tapi tak la jahat. Mereka panggil saya Amiyn. Satu perkara saya suka : saya dilayan macam kawan, tapi dalam masa yang sama dihormati seperti seorang perempuan.
Tup tap tup tap, saya menghilangkan status single yang saya rasa mahal pada bulan 9, 2005 dengan Kaka. Dan pada hari jadi beliau, kami buat gathering #Star-Park. Masa tu sangat seronok, sebab dapat tag dan jugak terasa femes, sebab saya dikenali sebagai admin channel punya gf. Diulang, admin channel punya gf. Pengasas channel itu. Siapakah tidak bangga? Semua orang mahu melihat. Macam best je, biasala budak budak sekolah. Suka vain dan seronok tak bertempat. Terasa malu bila ingat balik.
Bulan 11 tahun yang sama, saya single kembali. 3 bulan je?? Ha ha ha, Rasa sedih macam nak mati, tapi naseb baek jadi masa cuti dan tiada apa yang terkesan pun. Mula mula dia yang memintak, kerana dia kata saya ni suka buat perangai. Well, saya tanya tiga kali, dan dia jawab ya. Oleh itu kami pun menjadi duda kembali. Seperti best lah pulak kan menjadi duda? Perasan tak orang duda ni banyak hot? Sebab tu lelaki suka tipu cakap dorang duda padahal isteri ada 2. Ho ho ho, ok sudah lari topik.
Mari bersiries semula!
Selepas itu kerana masih bodoh saya terima kembali untuk menjadi tidak duda pada esok hari. Dan itu antara keputusan paling bodoh pernah saya buat. Sebab lepas itu saya yang mintak putus selepas seminggu. Saya rasa bila seseorang minta putus, itu tandanya dia yang jahat. Tidak tahu mengapa orang cakap kena tinggal itu loser. Bukankah ditinggalkan lebih best? Biar orang itu tau sikit betapa ruginya beliau melepaskan kita.
Tapi saya tak. Sekali sudah buat, no gostan gostan. Dan itu antara keputusan paling terbaik dalam hidup.
Sumpah, saya tak pernah menyesal pun tentang kapel dan break itu. Sebab sekali lagi saya cakap, dia baik. Takde nak memburukkan sesiapa lepas menjadi duda itu. Ok, saya tipu. Adala beberapa kali saya termengumpat. Biasala, saya kan bakal menjadi makcik Melayu yang tipikal. Mengumpat mesti prektis dari sekarang.
Kaka sudah ada awek lain selepas itu. Dahla sangat cepat. Haiii, lelaki memang begitu kot kan? Tapi tak kesahlah. Sekurang-kurangnya mungkin dia gembira menggunakan kata ganti nama diri pertama, sebab masa dengan aku ni, cuma bulan terakhir ja kami guna. Sebelum itu bantai je cakap aku-ank(hang).
Dan mungkin juga dia gembira boleh tengok movie bersama. Sebab saya tak pernah. Terasa takut sebab dia itu namanya bf. Kalau kawan saya boleh terima lagi. Saya pelik, so what?
Dan tentang buat perangai itu, nanti la saya ceritakan. Siri kedua lebih best. Sebab yang kedua ni saya sayang lebih. Ha ha ha ha, mengada ngada. Well, ada reason sendiri ok.
Sekali lagi, tak menyesal. Sebab kita belajar dari pengalaman. Kalau saya tak pernah buat benda ni mesti saya dah jatuh cinta dengan mana mana penjenayah. Kot.
haha..pe kate cite pasal boyfren akan datang plak..
ReplyDeletegila ah..memang bes hahaha...awek founder channel..wahahahha...
ReplyDeleteoi mna p komen aku yg bjela itu?????
ReplyDelete