Mari sini saya kisahkan perihal hero keluarga saya, iaitu adik saya.
Ye, kenapa tiba2 saya gila nak buat post pasal dia? Sebabnya saya bosan, dan saya suka! Dan saya rasa perlunya saya mencari-cari punca kenapa beliau sangat istimewa sekali sehinggakan perangai beliau yang sungguh mencabar kesabaran masih membuatkan semua orang bertahan mengurut dada dengan minyak Yu Yee Cap Limau~
[x] Kaki ada banyak.
Saya sangat tidak suka la bila Husaini ni berjalan ke sana ke mari. Pagi2 bangun sudah mahu keluar. Malam2 lewat baru mahu pulang. Apa, rumah ni tak best ka haaa? Kan ada saya yang baik ni. Ok, takla best sangat tapi best laaaa ok (biarla, aku nak cakap jugak aku best). Bukan selalu pun si kakak ini balek, dia masih mahu tinggal2 kan untuk bergumbira dengan kawan2. Sampai hati...
[x] Awek ramai yang tidak best.
Siries cakap, awek dia ramaaaaaaaaai gila. Ada sekali tu dia tayang2 MMS mereka. Dan sori to say, saya selaku kakak dan gadis yang berketrampilan dengan ini merijekkkkk semua gadis2 itu. Dahla tak cantek (he he he), seksi pulak! Rambut menggerbang, baju terangkat sana sini, hek elehhh, ko nak tunjuk body kat sapa? Macam best ja, piraaaaah! Dan ayat2 klisye lelaki macam biasala "Ala, rilek la, buat awek ja pun, bukan buat isteri." Itula lelaki, dan itulah adik saya.
[x] Spesel terlebih
"Tolong sat hidang kat adik tu, dia nak makan." "P sat amek bantal kat dia, dah dia nak tidur tu." Iye, ummi sangat suka suruh aku layan beliau macam putera berdarah raja padahal kitorang ni keturunan anak mami pun takdak tau. (Nak tikam ja sapa2 yg suka cakap muka aku macam anak mami, dengan sahnya, manada! kalau ai anak mami mesti ai cantek macam fasha sandha dah dah kan?.). Taula dia tu lelaki sorang. Taula dia tu anak last. Taula dia tu paling kecik. Tapi, adakah dia suami saya? Ohhhh, di rumah tok haritu saya hampir menangis dipaksa mengaung-agungkan beliau. Tak pasal2 jadi anak derhaka.
[x] Botak seperti sang militari.
Penah tengok muka lelaki baru balek dari PLKN? Macam tu la muka dia. Bulat iye iye ja, macam bola golek golek, haha! Dia cakap rambut keras. Dia cakap rambut kong. Dia cakap rambut tak cantik. Dia cakap rambut tak berkilat bla3 dan segala bagai lagi. Oleh itu juta2 kali rambut dia botak sebab dia cakap, nak bagi rambut yang cantik tumbuh baru. Tapi sampai hari ni tak cantik2 jugak, ngeh ngeh ngeh.
[x] Salman Khan itulah dia.
Orang yang cakap. Saya tak campur ok. Mungkin hidung dia berlekuk kot macam Salman Khan. Tapi..kenapa Salman? Kenapa bukan Shah Rukh Khan? Oh ya saya tau. Kerana Shah Rukh Khan tiada bandingan, ngeee. Muka saya pulak orang cakap macam Zarina AF, ha ha!
[x] Solang-solang dia la sendiri.
Syukur la dia masih lelaki sejati walaupun kami semua perempuan. Malah sangat keras sehingga terpaksa membontoti kami ketika pergi bershopping. Dan bila tengok kami shopping macam mak nenek banyak kaki, dia suka tinggal p sana sini. Tapa, ai faham. Memang bosan ikut perempuan shopping banyak mulut pulak tu. Tapi selalunya, kata2 ni la yang saya humbankan "Ala, rilekla. Ni baru shopping dgn kakak. Nanti dengan isteri lagi seksaaa."
[x] Perlu dibentuk menjadi si hensem.
Ya! Saya ingin sangat dia menjadi seperti lelaki idaman saya yang bukan sahaja kacak, malah segak bergaya dan bijaksana pula. Tapi malangnya, dia tidak heran itu semua. Banyak kali dah saya cakap, "Akak tanak adik jadi macam laki2 tak guna yang lain tu." Kenapa tak guna? Yala, lelaki yang berpeleseran di tepi jalan, yang suka suwitt2 gadis2 mahupun wanita2 anak lima di shopping complex, nampak ke kebergunaan mereka? Lagi pulak saya suka lelaki yang dressing nya biasa2 saja tanpa perlu mengikut stail hiphop, seluar londeh2 mahupun baju ketat bodyfit macam lelaki metrosexual. Tapi itula dia. Suka sangat seluar londeh2. Suka sangat tayang boxer murah tu. Tayanggg la, tayanggg lagi.
Macamla beliau baca blog saya. Takpe la, saja nak introduce, hero keluarga ai! Inilah dia, Muhammad Husaini si nakal dan si kecik. Jahat p la macam mana pun, mana ada orang berani cakap pegi mampusss kat dia. Bertuahnya jadi lelaki sorang2. Mak sayang. Kakak2 pun sayang. Walaupun suka bagi org marah, suka bagi orang bising, suka bagi orang pening.
Tapi mak cakap, sumpah tanak anak lelaki dah. Penat bela, haha!
zarina af??
ReplyDeletehuk2..
ahaha, makcik2 sedara yg buat cerita..
ReplyDeletelelaki yg sdg mmbsr mmg begitu.. itulah abgku dulu. huhu~~
ReplyDeleteSaya hensem
ReplyDeleteoleh itu, mati bagi dia statik ja x besar2, boley? =P
ReplyDeleteahaha, yala, pokdeng mmg hensem. malah comel sekali!
ReplyDeletehaha...ada 3 hero di rumah ini...
ReplyDeleteseorang sudah memasuki fasa² seperti hero anda...
lagi 2 org akan masuk ke fasa² tersebut dlm 5 atau 6 tahun akan datang...huhu...
sebagai seorang kakak...bersabar sajalah!!!huhu...
#aku pon x bekenan ngan awek² adek aku...huhu...tatau la mcm mana bleh bekenan ngan pempuan² camtu...yg mana aku bekenan..dia tamau plak...haha
kesian adik ko kena kutuk ngan kakak sendiri..
ReplyDeletenasib aku tak jadi adik ko..
hehe
WAWA : bak kata adikku, utk dibuat awek saja, hahaa.
ReplyDeleteYa Allah, jgnla jadikan aku wanita2 sebegitu, amin.
MENTEIL : yaa ampun, manada kutuk adik.. ini menceritakan sahaja.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah, nasib baek kakak aku tak blogging,
ReplyDeletekalau tak aku mesti kena kutuk kakak sendirik gak.