Friday, March 27, 2009

Syukur : Cerita Tentang Kemboja

Assalamualaikum.

Tadi saya disuruh bercakap pasal pengalaman di Kemboja masa sesi Fardhu Ain. Sesi Fardhu Ain tu sesi mendengar usrah ataupun mengaji bila budak laki semua p sembahyang Jumaat.

Masa Aisyah mesej semalam, saya cuma jawab, ok, tak kesah. Bagi gambar sikit, sebab nak tunjuk dekat orang. Jadi saya carik gambar2 yang berkenaan dengan tajuk syukur. Makanan dorang, tempat tinggal dorang, pakaian dorang.

Bagi talk pasal pengalaman dekat Kemboja. Bunyik macam senang kan?

Tapi once Aisyah pass mic dekat saya, saya macam, clueless. Terdiam. Saya pandang Syasya. I could feel something from the look of her eyes but I couldnt explain it. Saya pandang semua orang. Semua mata tengok Nur Aminah. Ok, apa yang aku nak cakap ni?

To be honest, sebelum tu saya dah susun ayat sikit2 nak cakap apa lepas apa. Nak share semua benda dengan dorang, so that dorang boley rasa apa yang saya rasa, perasaan yang saya taktau nak cakap macam mana. Saya nak dorang bersyukur dengan apa yang dorang ada, dan cuba ubah diri pelan2.

Tapi saya cuma berjaya cakap sikit. Sebab pipi dah panas. Badan dah menggigil. Lagi-lagi bila tengok gambar. Tak tahan sangat-sangat. Tapi terpaksa kontrol. Sebab ada ustazah dengan sinier dengan kawan2. Saya tak sanggup nak buat drama pukul 1 petang. Walaupun itu bukan drama tapi kenyataan. Paham tak betapa dasatnya effect Kemboja dekat diri semua orang yang pegi tu?

Macam mana pun, Alhamdulillah sebab at least Aisyah, Syasya and I delivered our best. Even though susah sangat2. Tak penah saya rasa susah macam ni nak cakap depan orang.

Dan saya taktau sampai bila saya akan terus teringat-ringat dekat orang sana. Mungkin sampai saya mati.

L.O.V.E in Cambodia Part II

Ok, hari ni kita sambung cerita pasal Kemboja lagi (senyum besarr besarrr). Sorila sebab amek masa lama nak update. Tenet entah kenapa tetiba jadi sedikit bengong. Aku cuma boley baca blog tapi nak update tak buleh pun. Malam ni ajaib betul, tiba2 ja boley. Alhamdulillahh..

* * *

Masa mula2 sampai dekat Kampung Juminik, sebuah kampung Islam (tempat tuju
an kitorang la tu), boley dikatakan kebanyakan penduduk kampung dah sedia tunggu, terutama yang makcik2. Semuanya senyum, semuanya suka. Tapi dalam hati kitorang time tu terasa dupdapdupdap yang amat sangat. Macam2 ada dalam kepala; cena nak cakap ngan makcik2 ni? nak terus angkat beg ke nak buat benda laen dulu? bagi salam je boley tak?

Muka dorang takde beza sangat dengan kita, tapi aku rasa kebanyakan dorang cantek dan hensem. Siries. Hebat kan? (ok, ekceli takde kaitan dengan hebat pun tapi takpelah)

Dorang sangat hepi tengok kitorang datang. Ada makcik yang dah tua macam nenek aku pun, offer untuk angkat beg kitorang yang berat tu. Aku pulak asyik terlupa yang dorang tu tak paham bahasa Melayu, aku cakap "tak payah angkat, jangan susah2." Dorang cuma terkebil-kebil. Pastu baru sedar, laaaaaaa, macam mana la buley lupa yang dorang tak paham apa aku cakap niii..
Naik je atas rumah, makcik2 tu buat isyarat suruh sembahyang. Nanti lepas lelaki balik sembahyang Jumaat, nak g makan pulak. Tapi atas rumah tu, makcik2 tu ada kat mana2 ja. Dorang cuma duduk dan tengok kitorang. Nak bukak tudung dan landing2 pun macam segan. Ye la, takkanla ada orang tua dengan kita, kita nak tonggeng sana sini kan. Tak beradab namanya tu. Lagi pulak nak sembang pun tak reti. So, macam jadi bahan pameran sekejap. Tapi lepas tu, terpaksa buat macam dorang takde la. Kena jugak terus sembahyang dan kemas2 barang. Dorang asyik tengok, tapi buat2 tak nampak je lah.



nak tau x? MAKANAN DORANG SEDAPPPPPP LA YANG TERAMAT SANGAT!~

Aku tak penah expect akan dapat makan sesedap tu kat sana. First day lagi tu. Wohooooo, makanan dia simple ja; ikan kukus, kuah sup ikan, ulam, sos masam. Tapi sedapnya Ya Allah, taktau nak cakap macam mana. Apa lagi, terpaksala tambah nasik banyak2 sebab makcik tu suruh, kang terasa hati pulak kannn (taaakkk, taaak, saya bukannya muka tak malu ok, rezeki orang tua cakap jangan tolakkk). Desert dia tak payah cakapla, sampai kembung2 perut semua orang makan.

Petang tu, pergi tengok sekolah yang kitorang bina. Err, ekceli duit sumbangan dari pelbagai pihak tu, kitorang bagi dan dorang bina 2 kelas guna duit tu.



Pastu, naik perahu! Mula2 rasa takut sangat nak naik, sebab dia flat dan takde jaket. Aku pun tak hebat berenang, so fikir banyak kali jugak ekceli. Tapi lastly naik jugak sebab bukan selalu nak ada peluang macam tu. Lagi pulak naik dengan cikgu, dengan kawan2, duduk sempit2. Perahu tu senget jugak sana sini, memang menakutkan betul. Dalam hati tak habes2 doa, Ya Allah tolonglah jangan bagi aku jatuh. Kang tak naik2 kanggg..
Tapi alhamdulillah, bila sampai seberang tu dah kurang takut sikit. Bestttt kot. Angin berderu-deru ja masa naik tu. Habes menggerbang segala bulu kenin aii u noe, KAH KAH KAH. Dahla time nak balek tu time senja. Rumentikkk betul matahari time tu, he he he.

Bila malam, baru terasa betul2 seronok. Sebab takde elektrik dekat kampung tu. Dekat rumah tu ada la, sebab guna bateri kereta. Itu pun lampu cuma 1, kipas 1. Macam malap2 sikit, again, rumentik (i laikkk this u noeee). Pastu bila nak g makan dekat rumah orang tu, kena redah malam gelap2. Heee, bes sangat2. Adventure betul. Pastu jalan secara takut-takut sambil tarik orang sebelah sebab takut tepijak taik lembu ke, taik kuda ke, sebab kat situ memang banyak. Yang hot from oven pun banyak. HA HA HA. Tapi lama2 dah tak kesah dah. Lagipun binatang tu kan makan rumput je, apa hal la sangat kalau tepijak kan kan.
Aku sangat suka malam-malam kat sana. Sebab sangat sejuk, tidur dengan open air. Besstttt sangat sangatt. Pastu esok bangun gigil gigil macam tidur atas ais je.




Heee...
Itu first day. Semuanya fun. Gelak gelak je manjang. Lepas ni aku akan cerita something yang sangat2 susah untuk aku cerita. Sebab? Well, tunggu je la k.

Tuesday, March 24, 2009

L.O.V.E in Cambodia Part I

Alhamdulillah, dah sampai Malaysia dengan selamat. (HOOOREYYY!! *nanges leleh leleh*)

Balek dari Kemboja, aku dah berjaya bawak balek kaseh sayang yang melimpah ruah. Sumpah. Terbanjir-banjir dah sebab terlalu banyak. Lagi pulak taktau nak bagi kat sapa (anda nak?) Rasa seronok dengan perasaan baru ni. Baru sedar rupanya Miyn ni sangat penyayank, cuma takd
ak kesempatan nak tunjuk before this (ceywahh!).

Selain kaseh sayank, saya jugak membawak balek beberapa ketul jerawat yang mengindahkan lagi wajah saya. Tak kesahlah pasal tu. Cuma tolonglah jangan sapa2 cakap apa2. Buat tak nampak cukup. Hari tu Isyam suruh saya pe
rgi buat facial. Heeee, terasa tawuuu. Sayank jerawat ni, value tinggi. ZITS; MADE IN CAMBODIA.

Ekceli banyaaaaaakkkk sangat aku nak cerita. Tapi kali ni aku bagi korang tengok dulu gambar2 kitorang tengah suka suki. Maksudnya, kitorang as a whole. Tak involve lagi aktiviti sosial yang jadi objektif utama misi kitorang ni (hebat bunyik tu.
M.I.S.I. I laikkk!)

Entri lepas ni, I'll try to be more serious and mature ok. (terima hakikat la Miynamin mmg tak matang dalam teknik penulisan ho ho ho). Sebab Kemboja punya thingy ni antara benda terpaling best dan penting yang penah jadi dalam hidup aku. Takde sikittt pun rasa menyesal, ataupun nak komplen apa2. Semua penat kat sana dah tak terasa. In fact, aku macam nak duduk lagi lama2 kalau ada peluang. Syukur kat Allah sebab aku dapat peluang pegi sana dengan yang lain2.

*senyum besar besarrrr*


Before we leave...Kolej Mara Seremban students + Paklan + Cikgu Ikhwan


Dah sampai Phnom Penh Airport! Yeyyy!

Luggage kitorang yang sangat dasat dan extreme ho ho ho..


The girls, playing with the kids


Miynamin atas perahu. Siries takut. Dahla flat, takdak life jacket. Berenang pun tak terer.


Boys, buat macho. Well, jadila kot macho tu. Ha ha ha.


On the way nak naek perahu. Tapi bukan yg ni pun..


Miynamin kat seberang sedang membuat comel. =P

One of my fave pics.

I FEEL LIKE A CAMBODIAN NOW, he he he.

Wednesday, March 11, 2009

Before I Leave for Cambodia~

Assalamualaikum...

Pada hari Khamis ni, 12 Mac 2009, pukul 4 petang (kot), saya akan berlepas ke Kemboja untuk menjalankan misi kemanusiaan saya. (bunyik seperti gempak hell lah bukan?) Saya cuma akan kembali ke Malaysia pada 19 Mac, dan selepas itu saya akan terus balek ke Kedah (yey!)

So before I leave, I would like to thank each and every one of u who have been supporting me up until now. Yang baca blog virgin-virago ni, whether korang tu silence readers ke, readers yang menayang muka secara terang-terangan ke, especially yang bagi komen2 menarek yang membuatkan saya rasa seperti disayangi tu. Terima kaseh sangat2.

Dan mintak maaf banyak2 kalau saya ada menggunakan bahasa yang kasar, yang mungkin dah menyinggung perasaan sesetengah pihak secara tak sedar. Humans are fallible and since I'm one of them, I cant just simply avoid from making mistakes. Saya sangat bersyukur kalau korang boleh maafkan saya.

Dan kepada sesiapa yang penah membuat saya sakit hati, menyampah, meluat ataupun sedih, saya dah maafkan dah.

Doakan keselamatan saya dan orang lain. Semoga Allah memberkati usaha kami semua. Semoga kami selamat pergi dan selamat kembali ke sini dalam keadaan yang baik, InsyaAllah.




Friday, March 6, 2009

Semalam Kat Umah

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke KL jugak setelah mengalami penderitaan zahir dan batin serta penderaan mental secara extreme.

Saya penat. Sangat sangat penat. Kepenatan saya tidak boleh dibandingkan dengan penatnya saya apabila menaik tangga Harry Potter di blok akademik sebanyak tiga tingkat kerana takut terlambat ke kelas Bio. Tak boleh jugak dilawan dengan kepenatan menghabiskan seketoi pizza Domino yang sangat sedap hingga hampir meletup perut. Dan sangat tidak boleh diibaratkan seperti penat menahan marah di kala orang mempinjam barang saya dan tak bagi balek dalam keadaan asal.

Penat. Titik.

Semalam saya balik dari kelas pukul 9.40 pagi. Lepas mintak izin dari cikgu dan inform semua guru, saya pun balek la ke hostel. Sampai ja depan pintu blok, tengok2 pintu kunci. Dalam hati dah terasa sangat gawat, sebab saya takut tertinggal bas. Saya taknak call ustaz yang merupakan warden, sebab saya rasa lately ustaz pandang serong dekat saya sebab dia selalu mengkantoikan saya di saat saya sedang kelihatan kurang manis (tanak cerita, taknak ingat, sedih!) Pastu saya teringat dekat seseorang; Pakcik Rahman! Penyelamat hidupku!

Saya pun lari ke bilek beliau tapi yang terjumpak ialah Kak Sarina (err, ye ke tu nama dia?). Dia pun bagi saya masuk sambil pesan jangan bagi org laen masuk (almaklumla baru2 ni hostel kena kopak pencurik saiko). Lepas bermekap dan mensantekkan diri serta mengemaskan bilek dan meninggalkan nota cinta buat rumet tersayang, saya pun beredar dengan teksi dan mintak dihantar ke Terminal 2.

Bas yang p Alor Star dari Seremban sangat tak best tau tak. Dahla kurang selesa, pulak tu manusia dia sangat menakutkan. Saya mendapat tempat di sebelah apek. Dia duduk ganas ganas. Kaki dia bukak besar besar. Dia cakap kuat kuat. Dan dia sangat tidak wangi (penyeksaan teragung abad ini). Saya rasa macam nak meninggal masa duduk kat situ. Dekat seat sebelah pulak ada mamat saiko asyik pandang orang macam nak baham burger je. Tak selesa tak selesa! Saya baru plan nak tido. Dan saya sangat marah! Saya punya seat 6A iaitu tepi tingkap. Yang apek bongok tu 6B tapi gagah jugak nak amek tempat saya kenapa?? Sapa kata first come first serve? Tak belajar sivik ke?

Ok. Stop cakap pasal apek.

Masa sampai rumah, hati saya sangat gembira sekali walaupun mak saya tak balik lagi. Saya tertidur dan pukul 9 baru mak sampai rumah. Lepas mandi apa semua, saya berdeting sekejap dengan mak. Entah kenapa perasaan balik rumah kali ni lain macam. Saya rasa macam dah lama sangat tak jumpak mak. Muka dia sangat penat. Dia cakap hari ni sebok handle group passport untuk students dia. Dah balek kerja pun duduk depan komputer lagi. Rasa macam nak buamg dalam tonsampah je semua dokumen2 tu.

Pagi ni, ummi gerak bangun Subuh. Ummi dah siap santek2. Dia p Hatyai hari ni dengan students dia. Masa saya terbangun tu, entah kenapa terus rasa nak menangis. Saya tak sempat buat apa pun dengan dia. Saya cuma salam ummi dan hantar ummi pergi. Dalam hati marah dekat students dia sebab curik mak saya tanpa kebenaran anak2. Pastu masuk bilek sambung nanges.

Saya nak duduk rumah lama-lama. Saya taknak balek KL lagi. Saya taknak pergi meeting Kemboja tu. Saya taknak sekolah dah. Saya rasa macam nak duduk rumah je teman ummi sampai saya besar nanti. Pastu kawen dengan orang kaya, suruh dia buat mahligai super besar untuk mak saya.

Tapi tak boleh. Saya dah ada banyak tanggungjawab. Dah tak boleh nak mengada-ngada tak tentu pasal. Masa naek cab tadi pun rasa nak panas pipi. Dekat stesen bas sementara nak tunggu bas datang pun, saya tahan-tahan dengan kuat. Ummi pulak call dan bagi pesanan kasih sayang. Lagila saya terseksaa. Time tu rasa macam nak patah balek rumah ja. Kenapala sekejap sangat saya boleh balek?

Masa naik atas bas, saya dah tak berperasaan dah. Ingatkan dapat seat sebelah perempuan, takpun sebelah sorang lelaki yang nice and clean tu, tapi rupa-rupanya saya dapat sebelah pakcik besar. Besar sangat sampai takut. Kenapa entah malang sangat naseb saya, asyik dapat sebelah lelaki je. Tapi nasib baik ada divider, jadi body contact tidak berlaku. Pakcik tu suka tido, jadi saya hepi sikit sebab boleh tonggeng sana sini tanpa dilihat oleh beliau.

Seat Maraliner tu menyebabkan tengkok saya hampir patah. Sakit yang amat. Terseksa kepala hotak duduk dalam bas tu. Bosan dan sedih bercampur sakit jiwa = feelingless. Ni perjalanan paling bengong penah saya buat. Pastu bila sampai dekat stesen Putra, call abah tak angkat2. Patutnya wujud perasaan marah, tapi pelik bila saya takde perasaan tu. Saya cuma tunggu macam orang bodoh. Tak buat apa2 pun. Tunggu dan tengok orang.

Lepas 2 jam tunggu, baru Abah datang. Abah tak penah macam ni. Bila sampai ofis baru saya tau kenapa Abah jadi macam tu. Sebab kawan2 dia dari utara datang. Benci betul.

Tak sabar nak duduk dengan kakak esok. Tak bestnya duduk sini. Tak rasa home langsung.

Ya Allah, rindunya dekat mak~

Wednesday, March 4, 2009

Perempuan (tajuk tak stai langsungg, haha!)

Saya tak pahamla macam mana seorang perempuan itu boleh menjadi sangat ayu dan sopan dan lemah gemalai dan manis semanis eskrim pop serta boleh pulak bercakap pelan-pelan diselangi senyuman manja dan malu-malu yang membuatkan hati sesiapa saja tertawan dan tergoda.

Hoi! ko laki ke feremfuan haaaa??

Err, sudah terang lagi nyata la saya ni fomfuan cik abang oi. Cuma saya memang tak paham. Dorang tak penat ke jalan lembab lembab? Saya ni dahla pantang sekali orang berlembab lembab secara fizikal ni. Kalau otak tu saya tak kesah sebab otak saya pun tak mencapai tahap power root lagi. Yang cakap pelan pun satu kes. Macam nak cakap kat dia je, "apa kata ko tulih atas ketas, meh aku tlg cakapkan, boleh?" Sebab tak tahanla nak menadah telinga mendengar beliau cakap, tapi last2 tak paham apa jugak.

Walau bagaimanapun (wah! penanda wacana!) saya maseh respek tinggi dekat golongan2 seperti ini walaupun (oh! penanda wacana lagi!) dulu saya pernah berpendapat bahawa mereka ni tak cukup zat makanan, itu sebabla mereka sangat gemalai. He he he, janganla marah ye. Masa tu saya lower form dan saya memang jahat sikit. Sekarang dah besar maka itu saya baek.

Dulu ummi selalu marah bila saya cakap saya cuma nak beli slipar sebagai kasut raya. Sebab saya tak suka kasut yang dia pilih. Macam kasut perempuan. Dahtu kena marah, hang tu bukan perempuan ka? Pastu saya beli jugak sebab nak jaga hati mak, tapi lepas raya saya bagi dekat kakak, takpun buat pengumpul habuk dalam almari, lepas tu bila dah tak muat, saya buang.

Naik form 5, saya dah boleh pakai kasut perempuan. Sebab saya jeles tengok kawan2 pegi prep pakai kasut santek. Dan bila saya request dekat ummi, dia senyum dan gumbira sekali sampai saya nak dua tiga pasang pun dia tak kesah. Itu belum masuk dia beli pelbagai produk kecantikan untuk saya pakai.

Tapi sumpah, saya takde la lari dari ciri2 feremfuan pun. Cuma kurang gadis ja. Dan saya tak rasa itu salah. Saya masih lagi jaga pemakaian saya, walaupun mungkin kurang sempurna.

Kawan saya pernah cakap, kalau kita tak boleh buat, kita pura-pura buat kejap. Lama-lama mesti boleh buat.

Dan saya rasa saya dah boley kot. Cuma ada sikit-sikit yang tinggal, dan saya rasa saya nak biar je, melainkan terubah sendiri. Contohnya duduk bersila atas kerusi, cakap seperti keling, ataupun akan berjoget secara tiba-tiba bila dengar lagu rancak.

Ye la ye la, memang saya ni pelik. Tapi takpela, kan itu yang membuatkan saya ini saya.

Tapi tolongla jangan membuat muka pelik bila saya menjadi hyperactive secara tiba2, boley tak? Jadi manusia ni, kena belajar terima orang sekeliling seadanya. Tak kira macam mana paranormal nya beliau.

Dah, lepas ni sapa berani buat muka, saya akan tibai beliau dengan penyapu.

He he he, takdela. Gurau je. Bye.

Nadwah, Cuti dan BBQ

Saya dalam dilema.

Tolong. Bawak saya ke Siam sekarang jugak! (MERENK KA WEY?)

Ok. Cerita hal betul. Tolong jangan mengarut, tolong tolong. Ok?

Cerita nya begini. Bismillahirrahmanirrahim. Esok kolej saya akan dipakai untuk jadi tempat tido budak2 dari segala anak menakan Mara; Kolej Mara + Kolej Professional Mara dari seluruh ceruk Malaysia. Dari utara ke selatan. Dari Timur ke Barat. Teringin gak nak tanya, MRSM ko tanak angkut sekali ke??

Dahla kolej saya ialah kecik, muat2 je untuk students sini. Perempuan dah macam sardin satu blok, lelaki macam ikan kembung 3 blok. Eh, kita kasi ikan besar sikit kat dorangla. Sotong kurita, boleh?

Lelaki macam sotong kurita 3 blok.

Tak ke sempit?? Nak menanggung anak2 Mara pulak tu. Walaupun sebenarnya kami takla kesah. Cuma kami kesah sebab kami kena balek bagi membolehkan mereka tido di atas katil kami. (Katil aku ada air liur basi banyaaaaaaaak. Hamekla sapa si malang tu. Huahuahuaaaa!!)

Dan lagi malang bila kami kena balek hari Khamis, datang balek hari Isnin, sekolah Selasa-Jumaat, pastu cuti midsem. CUTI MIDSEM SEMINGGU LEPAS DIPAKSA BALEK. Tak ke sedess tu? Pembaziran tiket betul.

Tapi kan, ekceli saya tak kesah. Sebab saya memang nak balek. Dan ada je orang yang tak balek, mereka menjadi sukarela. Oh ya! Saya tak cakap lagi apa tujuan anak2 Mara tu datang. Mereka tu budak2 Nadwah Islamiah. Saya ingatkan zaman MRSM je ada, tengok2 dah besar pun ada lagi. Hebat betul.

Meh sini nak cerita isi terpaling penting. Pasal saya. Diulang, pasal saya. Ye la kan, blog saya takkan nak cerita pasal anda pulakk. Haishhh.

Saya akan balek esok, bersamaan hari Khamis ke Alor Star yang terchentaa, terpaling sayank dan terpaling sweetheart buah hati jantung manisku oh oh oh! Saya akan berjumpak Ummi! Kekasih hati saya juga tu. Dan jugak adek saya! Tukang bagi saket hati yang terpaling utama namun tempat beliau masih di antara yang terpaling tinggi dalam jiwa raga. Nak buat macam mana, hati saya melimpah ruah dengan kaseh sayang kurniaan Ilahi.

Dan saya akan datang kembali ke KL pada hari Jumaat, lusa la tu. Bengong kan? Apa la balek sehari ja. Buang tabiat. Semuanya sebab saya ada meeting terakhir pasal projek Kemboja saya dekat Kolej Mara Banting hari Sabtu. Ummi cakap "besaq sangat ka benda Kemboja tu?" (dengan nada terasa hati dan kecewa~). Secara jujurnya, saya memang tersangat sedih sebab tarikh meeting jatuh dekat tengah2 cuti2. Ada la satu hari tu hampir tertonggeng kesedihan yang amat. Sebab saya takkan balek rumah untuk midsem ni. Saya akan ke Kemboja. Saya takkan berpeluang untuk berdeting dengan Ummi. Saya takkan berpeluang membuat Ummi sakit jiwa bilamana beliau perlu mengejut saya apabila saya telah tido selama 14 jam tak sedar-sedar diri. Saya tak berpeluang men'demand' Ummi masak itu ini. Saya tak berpeluang memeluk Encik Katil selama 7 hari. Sedihhh!

Kalau tak sebab meeting tu, mesti saya dah boley bergumbira selama 5 hari kat rumah pada hujung minggu ni.

Saya ada terasa nak lari tanak datang2 dah. Bagi excuse la konon. Tapi saya rasa tu perangai tak bertanggungjawab. Perangai orang takdak tamadun. Jadi tolong jangan buat. Dah ada komitmen dengan sesuatu, tolongla buat sampai ke habis. Tak baek tinggal2 bagi dekat orang lain macam tu je. Sedangkan kita tengah seronok2 sorang2.

Dan lepas balek dari meeting tu, ekceli saya takdak arah tujuan dah. Nak duduk kolej tak boleh, nak pegi rumah kawan saya terasa segan. Saya taknak balek rumah Abah, takdak kawan. Jadi saya mungkin akan mempelawa diri menjadi tetamu di UIA, tempat kakak saya. Haishhh, macam pelarian sunggoh.

Oh ya! Tadi saya mengkemas bilek untuk bakal tetamu. Saya dah semunyik semua makanan saya kecuali biskut empat segi Munchys (tiada kompromi bila sebut tentang makanan ok?). Saya dah sumbat segala benda yang mungkin mereka akan guna di dalam loker (barang saya adalah barang saya sila tau fakta itu).

Dan saya harap takdak kejadian mencurik baldi seperti yang penah berlaku kepada kawan saya. Gila la woii baldi pun mau ka? P kedai apek seketoi cumalah singgett. Belilaaaaaaa sendiri...

Di sini saya nak bercakap suatu benda (dengan harapan kamu tu antara orang yang bertuah mendapat bilek saya) :

. Saya harap bilek saya akan remain bersih dan teratur supaya saya tak hilang kewarasan bila sampai kolej hari Isnin nanti.
. Saya halalkan mereka makan makanan atas loker saya. Amekla. Tu yang taun lepas punya. Boleh makan lagi, tak mati pun. Habeskan semua pun takpa.
. Saya berdoa mereka tak mengkorek loker terutama loker ex-rumet saya.
. Saya juga harap mereka tidak melelehkan air liur basi ke atas tilam saya. Tolonglaaa, saya pun tidak pernah melelehkan walaupun setitik.
. Semoga tiada barang akan hilang terhapus dari bilek ni dari sekecil-kecil kuman sampaila ke sebesar-besar katil.
. Selamat bergumbira dalam bilek saya yang tidak seberapa ni.
. Dan tolong tunjukkan tahap keimanan anda dengan cara menjaga kebersihan. Sekian terima kasih.





Walaupun cuma sehari, saya masih tak sabar nak balek rumah. Hati dah berdegup kencang, macam nak jumpak kekasih hati je. HA HA HA HA MENGADA BETUL LA KO.

Ummi, jumpak esok!~


#Oh ya! Sebelum terlupa, saya nak cakap terima kaseh sangat2 dekat semua klasmet saya sebab BBq malam ni. Saya sangat hepi. Dan saya mintak maaf sebab tak tolong sangat. Tapi takpe sebab saya makan seketoi ayam dan dua ketoi hotdog je. Saya jugak nak mintak maaf kalau saya ada pernah terbuat salah tersakitkan hati terperangai over ataupun termengada lebih, saya tak sengaja.
Hepi holidey semua, I laaaf yu.

Monday, March 2, 2009

Alkisah Koop

Saya baru mendapat tau rupa-rupanya banyak manusia di Kolej Mara Seremban ini membaca blog saya, siap ada yang boley menyebut balek sebijik-sebijik ayat saya (yang semestinya sgt kanak2 mcm ayat yang saya tgh tulis ni). Wohh! Hebatlah korang. Saya sangat terharuuu dan rasa mahu tereyak! Rasa macam malu pulak. He he he, nampaknya tidak boley mengutuk orang lagi. Nanti kantoi lalu di cop si gadis jahat.

Oh aminah, pelissss lah woiii. Behave ok, behave. Buat malu orang kampung je.

Malam tadi saya menjaga koop. Well well well, matlamat utama ialah untuk melawan untung yang didapat oleh Si Hazman dengan Si sapa entah sori saya kurang ingat. Maklumla kurang bersenam lalu maken nyianyiokkk. Depa dapat 2 ghatuihh hampa tau dakk. Tak aci betoii. Apa depa buat kami pun tak tiaww~ (HA HA HA!)

Saya maseh tak tahu harga banyak benda. Selalunya saya cakap takyah beli, beli esok je pastu bayar kat makcik. Sangat tak bertamadun kan saya ni? Ada jugak yang saya terletak harga mahal, pastu saya cakap siap2, kalau silap tolong halalkan dan maafkan saya. Saya kan manusia biasa buat banyak silap. Ada jugak yang saya terkurangkan harga. Dan saya menyesal la pulak. Ada ka patut saya menjual ubat gigi dengan harga seringgit??? Tak logik sungguh. Kodomo Lion pun nak dekat 4 rengget tak silap saya. (oh sori saya tak pakai kodomo lion. saya baru nak belaja pakai halagel. BELILAH UBAT GIGI HPA BUATAN BUMIPUTERA. sekian tima kaseh).

Dan salah satu sebab saya suka menjaga koop ialah saya telah mendapat banyak kawan. Suka suka oh suka! Tadi saya berjumpak dengan sorang budak. Muka macam mat hindustan kott. Saya pun tanpa segan silu bertanya "eh ko orang penang ke?" (bengong la nak tanya budak penang ke tak, tapi cakap KL, piraaaah dekat miyn!) Dan dia pun cakap "A'a, kenapa?"

Wuaaaaaa, hebatlah Miynamin! Boleh mendetect orang utara dengan sangat tepat! Bangga bangga oh bangga! Saya cuma cakap, muka dia nampak macam anak mami, takpun mat2 hindustan sikit, sebab tu saya teka orang Penang ke tak. Dia cakap family dia takdak kaitan langsung dengan keturunan tersebut pun.

Heran betul, orang Penang mesti menarek2. Kenapa entah. Ajaib betul. (Ummi, kenapa tak beranak saya dekat Penanggggggg???)

Dan hari ni saya telah membuat kawan lagi. Ada jugak beberapa orang yang saya dah tau nama tapi telupa. Pastu tanya. Dan bila jumpak lupa nama lagi. Rasa besalah oh bila taktau nama orang yang kita kenal. Dan untuk membuang rasa bersalah, saya membuat muka tebal setebal kulit bawang (ekceli nak cakap yang kadang2 aku telupa kewujudan rasa malu secara extreme) lalu berkata "err, sori. aku tau aku dah tanya nama ko byk kali tapi aku lupa lagi. nama ko apakah?"

See, bunyik macam orang tak belaja sivik je kan? Tapi memang aku tak penah belaja pun.

Tadi kan, nak tau takk. Ada mamat ni beli panadol. Pastu dia beli dua ketoi. Dia baya singgit. Saya tanya dia harga panadol tu berapa? (Ya Allah! merengnya saya p tanya harga dekat customer. *hentak kepala dekat dinding sampai darah darah*) Dia pun tanya saya ni senior ke junior, budak IB ke A-Level. Lepas saya jawab, saya cakap, harga panadol tu lima kupang kot. Then dia pandang saya dengan pandangan yang seperti oh-aku-hensem-tengoklah-aku-tanpa-kelip-mata dan jugak ada sikit sikit macam ko-ingat-ko-best-sangat-ke-maen-letak-harga-sukati-haaaa-haaa?

Then saya tanya dia, apasal pandang macam tu? Dia punya telinga macam dah tak berfungsi dah time tu. Saya ingatkan dia dah terkeras kat situ sebab dia pandang lama kottt. Pastu dia blah then ngadu kat kawan dia harga tak relevan. Saya pun cakap sorila kalau silap. Mahal sangat ke? Tapi dia punya telinga memang dah rosak terus lalu dia blah. Saya pun lari dekat rak ubat dan tengok harga. PANADOL SEBIJI 25SEN.

Bongok! Tu ja saya nak jerit dekat mamat tadi. Tak relevan apanya. Aku kasi harga tepat, cermat dan betul lagi tau takkk. Takdak unsur gharar jauh lagi riba. Sedap dia ja tengok orang lama2. Takut tau tak. Aku tak suka orang tengok tengok lama2 ni. Aku terasa macam aku pakai baju tebalek. Takpun ada cili melekat celah gigi ke, kulit epal ke. Hishhhh!

Mungkin saya dah terperbesar benda kecik. Ekceli tak pun. Saya cuma nak berkongsi fakta yang saya tak suka orang tengok saya lama-lama tanpa bersuara sebab saya takuttttt.

Tapi saya suka hati malam ni. Dapat banyak kawan lagi hari ni. Suka suka oh suka!

Thursday, February 26, 2009

Simptom-simptom Miynamin Telah Dewasa

[1] Menaip mesej secara penuh sepenuh-penuhnya.
Antara bakat baru aku yang terpaling latest inilah. Semua mesej aku akan bertaip penuh 90%, dah takde short form secara dasat dah. Perkataan 'mmg' pun dah jadi 'memang'. tlg pun jadi 'tolong'. Dan semua mesej boleh p sampai 2 page walaupun aku cuma tanya nak g makan kat DS ke tak. Aishh, mesti terpengaruh dengan propaganda mak aku yang melarang keras menaip mesej secara singkat2 kepada orang tua, sebab katanya orang tua tidak paham. Omaigod! Adakah itu bermaksud aku da tua? Ooo tidakkk tidakkk~!!

[2] Taliponn banyak, mesej sikit sikit je.
Saya sangatlah malas menjert, memanggil atau menaip text sampai saya suka menalipon je walaupun bilek orang tu cuma selang 3 bilek dari bilek saya. Dengan mak pun memang saya akan call, sebab mak saya pun takkan text saya. Dengan ayah, errr, saya akan mesej sebab saya tak reti sangat bercakap dengan beliau. (jangan komen apa2, tolong tolongg) Dan bukan salah saya kalau saya suka call, sebab kredit saya memang sentiasa ramai. Al maklumlah, saya tiada apa-apa sebab nak bertext tak tentu pasal. Dan kredit saya disponsor oleh pakcik Amin. Jadi, rasa nak bersep sep kredit tu memang tak penah wujud. Ho ho ho..

[3] Tidak melayan missed call serta mesej bodoh.
Tolonglah woiii, aku dah 19 kottt. Manada orang umur 19 layan mesej 'hai boleh bekenalan' lagi. Piraaaaah! Kalau wujud mesej mcm tu dalam inbox aku, aku tau dah sapa yang hantar. Mesti kawan-kawan adek aku (muda sangat ke muka aku ni? tak nampak macam mak org ke haaa haaa? Rotan kanggg!). Lagi lagi missed call. Zaman kegemilangan meninggalkan missed call dengan harapan akan mendapat missed call balek dah berlalu pergi sejak tahun 2006 lagi. Korang ada maen missed call lagi ke?

[4] Tinggal henset rata-rata.
Saya tak bawak henfon pegi kelas. Saya reply mesej lambat. Saya kadang2 tak reply terus. Jadi mintak maaf kepada semua kawan2 yang penah di'boo' layan tu. Bukannya sengaja, tapi dah memang wujud tabiat macam tu. Henfon tu dah jadi macam biskut yang boleh dibaling -baling sana sini. Tengok, betapa tak pentingnya henfon dalam hidup saya. Bateri pun kadang-kadang mati selama beberapa hari sampai asyik kena marah dengan mak kononnya ada henfon tapi taktau bahawa kegunaan henfon ialah untuk bergayut bukannya bermaen game (ce ce, mentang2 saya tengah mengguna N-Gage kepunyaan adek). Oh ya, henset saya juga rosak dan sebab itulah perlu mencilok ex-henset adek untuk sementara waktu.

[5] Ketagih Nescafe yang dasat.
Aku dalam proses nak berenti la ni....ingat senang ke? dah terbiasa hidup dengan nescafe, tiba2 tak minum terus, Boleh mati tau? Sama macam orang merokok la. Cuma bezanya, saya selalu rasa orang minum nescafe panas itu cool, manakala orang merokok pulak sangat pathetic, lagi2 kalau orang itu saya jatuh cinta. Tapi alhamdulillah saya tak penah terjatuh cinta sama perokok.
Sekarang ni saya tengah berjinak-jinak dengan Teacinno Boh, sebab dia ada teh feveret saya dan jugak cappucino yang jugak adek bradek kopi la lebih kurang. Saya memang tak boleh berpisah dengan kopi, jadi saya harap dengan meminum Teacinno yang jadi alternatif kepada nescafe ni, saya takkan dimarahi oleh Dawa dan jugak mak saya lagi.
Oh ya, tryla 3 in 1 Teacinno tu. Sedap sedap sedap! Sampaikan perlu 2 peket utk membancuh satu cawan. Punyala lazat sampai teringat ringat jeee.


[6] Tidur 4 jam sehari
AKU NAK TAMBAHAN 10 JAM! Sapa yang boleh tidur 5 jam tu, sila datang depan aku dan tarik rambut sendiri. Mana korang dapat lebih sejam tu haaa haaa? Hee, tau tak sangat sakit hati bila aku dah tido petang, tapi malam pun menantok serupa tak tido petang je. Tapi lagi sakit hati bila nantok pukul 11 tapi pukul 2.30 baru dapat tido. Pastu pagi2 asyik nantok je. Buatla apa pun, nantok jugak. Masalah betul. Bila la aku boleh jadi normal dan sudah cukup segar walaupun tidur 4 jam je? Tolongglahh tolonglaaah...nak tidur yang banyak dulu pelissss! Nak mimpi makan prosperity balekkk..sedih.

[7] Homeworks takkan pernah siap.
Bahasa hebat dia, kita panggil assignments. Ceywahhh, macam hebat sangat je. Sedarlah diri ko tu masih bersekolah wahai sayang. Dan tabiat tangguh menangguh dah sebati dalam diri, macam mana nak buat? Tapi dalam kebanyakan kesnya, saya terlupa kewujudan keja rumah tu sendiri. Tengok2 cekgu tanya dah buat ke belom? Ho ho ho, naseb baek ada si Dawa yang sejak kebelakangan ni menjaga kebajikan saya, barulah homeworks itu siap sikit sikit. Tapi setakat ni tak pernah sekali pun saya sentuh buku Campbell, Chang ataupun mana2 buku rujukan. Kan saya ni over perasan bz mengalahkan VVIP?

[8] Hati semakin penuh dengan kaseh sayang.
Sejak balek dari usrah hari tu, mana2 pegi pun asek mendengar topik kawengg kawengg. Yang tak kawen cakap nak kawen, yang ada boifrengg pun nak kawenn, yang takde pun sebok jugak nak kawenn macam tak sedar sedar je diri tu orang taknak. (HA HA HA ekceli saya ckp dekat diri sendiri jadi yg laen tlg jangan terasa ye).
Usrah hari tu lah ni, membukak topik kawen. Macam mana kamu patut behave sebelum kawen, semasa kawen dan selepas kawen (eh? eh? eh?) Tapi saya tak pulak terasa mahu kawen. Saya terasa mahu memintak mak mencarik jodoh utk saya konon2 nya nak bercinta selepas kawen sebab saya baca dalam novel macam bes je. Lagi2 pulak kalau dia tu hensem dan kaya serta rumentik dan akan menghidangkan breakfast kepada saya setiap pagi dan meletak sos cili atas roti dengan bentuk 'love', menarik kan? KAH KAH KAH. Bukan bukan. Bukan macam tu. Tujuannya ialah sebab saya rasa insaf selepas mendengar tazkirah Kak Asmaa' bahawa kapel itu haram (tapi hati masih tanak terima hukum tersebut kan?) Tapi saya tak cakap saya takkan buat. Saya manusia biasa. Mungkin esok saya buat ke? Sapa tau kan kan..

[9] Wujud naluri hendak menjadi wanita.
Nak handbag besaq! Nak pakai high heels! Nak mekap tebal! Kah3, bengongkah kamu? Haaaaa, tapi itu cuma teringin ja. Saya takde handbang besar sebab saya takde purse besar ataupun Blackberry nak sumbat dalam tu. Saya jugak takde heels walau seketoi sebab saya dah cuba pakai yang Umi punya tapi jatuh terpenyet lepas jalan 3 langkah. Dan mekap lagilah saya takde. Saya cuma ada bedak baby dan barang2 kanak2 ribena je. Comel kan? (ada kaitan ke?)





Dahlah. Tak payah tertipu. Aku masih seorang budak yang tidur dengan posisi yang comel serta memakai sepit rambut berkaler pink. Mempunyai teddy bear yang diberi nama Debab dan memakai produk bayi. Kegemaran ialah memakan aiskrim dan makan coklat yang mencomotkan muka. Sering terpakai slipar secara terbalek. Paling burok ialah suka meminta gula2 dari orang sekeliling dan akan merengek-rengek tak tentu pasal. Dan itu bukti yang lagi nyata bahawa aku belum dewasa.

HA HA HA.

Tuesday, February 24, 2009

Gardenia Butterscotch!

Saya ni memang penggemar roti nombot satu. Roti Gardenia feveret saya mesti wajib ada stok di bilik. Bila habis beli lagi. Habis beli lagi. Saya susah nak berkira bab-bab roti ni. Kiranya saya yang menjadi tukang supply roti Gardenia di bilik. Takpelah, berapa ringgit la sangat. Kongsi 2 orang tak misken aihh..

Tapi kan, saya tak pernah bersetuju dengan slogan Gardenia iaitu "sungguh enak dimakan begitu sajaaa~"

Bagi saya, Gardenia tak sedap makan mentah-mentah. Dia mesti masuk dalam perut ditemani seseorang. Dan saya selalu bagi dia Nutella. Nutella ialah sejenis sapuan coklat yang ada rasa kacang-kacang sikit. Kiranya macam peanut butter perasa coklat. Tapi saya tak suka peanut butter. Rasa sebu perut. Saya makan Nutella je.

Selain Nutella, kegemaran saya ialah kaya. Bukan menjadi kaya maksud saya (oh ya saya mmg nak menjadi kaya juga), tapi ini ialah kaya yang disapu pada si roti Gardenia tadi. Roti tu pulak mesti bakar dulu, sebab bagi saya bubuh kaya atas roti mentah tak sedap. Lembik semacam dan kurang rangup. Bunyik yang dihasilkan pun kurang gempak. Bila makan roti dia mesti ada bunyi krapp krapp krappp, baru layak dikira enak. Setuju?

Sebab itu saya agak tak puas hati bila kolej cakap tak boleh pakai toaster dalam bilek. Sehari selepas dia bawak keluar peraturan bengong tu, saya terus beli periuk nasik dekat The Store. HA HA HA!!~

Tapi tak kesahlah, hidup jangan terlalu ikut peraturan.

Berbalek kepada kisah si roti tadi.

Bermula minggu lepas, Koperasi Kolej Mara Seremban telah membawa masuk sejenis produk baru keluaran Gardenia. Tengg tenenggggg..

GARDENIA BUTTERSCOTCH!

Apa itu Butterscotch? Mintak maaf, saya cuma tau dia tu sejenis perasa.

Sejak roti itu dibawa masuk ke sini, satu fenomena baru macam telah melanda Kolej Mara Seremban, lagi lagi dekat blok feremfuan iaitu Blok Aisyah. Lalu lah anda di mana mana saja, tingkat satu ke, tingkat dua ke, tingkat tiga mahupun tingkat empat, mesti ada manusia tengah menyumbat roti itu ke dalam mulut.

Saya yang asyik terdengar-dengar khabar angin ni, tak pernah lagi membeli roti tu. Semuanya bermula di mana saya dan klasmet saya kelaparan yang amat. Kami kongsi duit membeli roti tu. Mahai kottt, empat hengget.

Masa roti itu masuk ke dalam mulut saya, Ya Allah! Terasa satu nikmat yang tak boleh dilafazkan dengan kata-kata. Kelembutan roti itu yang bagaikan bantal peluk malahan gebu dan begitu comel sekali, bila masuk ke dalam mulut terasa seperti hilang begitu saja. Dan sedar tak sedar tangan saya terus menyeluk plastik roti. Lepas satu, satu lagi, sampai saya terasa macam dah ketagih tak boleh berenti makan. Dan pelik pulak bila perut tak terasa kenyang. Yang terasa cumalah sedap.

Roti tu punyalah sedap teramat amat sedap, sehinggakan saya memang tak boleh membenarkan sebarang jenis benda turut serta masuk sekali. Nutella ke, kaya ke, Tuna Ayam Brand ke, saya dah cuba. Ternyata kali ni slogan Gardenia memang sangat betoi. Roti ni memang sangat sedap dan menarik untuk dimakan begitu sahaja. Dalam masa 5 minit boleh habis semua...

Saya juga berjaya memperoleh testimoni mengenai kesedapan dasat Butterscotch ini daripada Cikgu Ikhwan sendiri. Beliau berkata,

"Eh, hampa makan dak lagi Roti Gardenia hat baru tu? Apa dia.. Butterscotch? Cikgu tak penah taw pun pasai roti tu. Tadi si Nadiah la ni, offer kat cikgu masa dalam kelas. Cikgu heran jugak tengok depa dok makan saja. Cikgu pun amek satu, makan. masyaAllah. Punyala sedap!!"

Jadi kepada anda yang belum memakan Butterscotch, silalah mencuba. Gerenti tak menyesal malah akan berterima kaseh kepada Miynamin.

Oh ya, saya tidak dibayar ye utk mempromosikan produk Gardenia. He he he.