Thursday, October 14, 2010

Yam itu Keladi kan?


Salam.

HAI !

Semua sihat? Saya berharap agar anda semua sihat sejahtera. Bagi saya di sini, saya menerima sedikit ujian di mana saya mempunyai masalah untuk bernapas.

Untuk pengetahuan hadirin, hidung saya tersumbat. Semua ini bermula ketika Dawa dan Fana menumpang tidur di bilik saya pada suatu hari minggu. Kami memang selalu bergilir-gilir sleepover. Minggu ini tido di rumah mereka, minggu depan tido bilik saya pulak. (Sila ambil perhatian ; RUMAH mereka dan BILIK saya. Ok saya patut cakap, APARTMENT mereka dan BILIK saya sebenarnya). Jadi malam itu kami tidur 4 org sekaligus dan selaku tuan rumah, saya menyelimutkan mereka dengan penuh kasih sayang dan saya pun tido berlangitkan siling sahaja. Baik tak saya?

Seperti agak perasan di situ ya..sila jangan menyampah.

Pastu dua hari lepas tu terus saya selesema dengan sangat dasyat, ditambah dengan suhu aircon lecture hall yang tiba-tiba superkuat seperti berada di UK lagaknya, hidung saya menjadi tersumbat! Dan saya perlu bernafas dengan mulut. Dan untuk bernafas dengan mulut saya perlu menganga la kan? Boleh bayang keadaan saya nganga dalam kelas dari pagi sampai petang? Malu. Dahla saya duduk terpaling depan. Wuuuuuuu~

Itu satu hal.

Haaaaa, saya baru discover something. Nak tau tak? Cikgu-cikgu dia sebut huruf bunyik lawak gilaaaaaa, memang kami satu kelas akan berasa terhibur kalau mereka mula mengeja. Kan sebutan dorang macam pelik sikit dan susah nak faham, so memang kami terpaksa memintak mereka untuk mengeja beberapa perkataan yang mereka menyebut. Sebagai contoh ;

Cikgu : This structure is called muscular bla3..
Murid : Sorry mam, can u please spell the word?
Cikgu : Ok, it's yem-yu-yes-si-yu-yel-ae-ar bla bla bla...

Yem yu yes? Apekah?

Tadi kitorang belajar Biochemistry. Dan satu enzyme tu ada subunit MM.

Cikgu wangi : This enzyme has subunit em-em, ok?
Nabilah : Weyyy, dia sebut huruf M tu betul! (kata nabilah kepada miyn)
Cikgu wangi : I repeat, the subunit is yem-yem.
Nabilah : Laaaaa, baru je puji tadi...

Dan selepas itu satu kelas gelak tapi kesian cikgu tu sebab dia mesti tak faham kenapa kitorang gelak kan? Muahahahahaha...oh saya cakap cikgu tu wangi sebab masa saya duduk depan dulu, dia suka jalan-jalan dan bau dia wangi :)

Scary tak? KAH KAH KAH. Untuk pengetahuan semua, walaupun hidung saya tersumbat, satu bau yang wajib boleh tembus ialah bau formalin dari kepala mayat. T____T"






No comments:

Post a Comment

hai!~