Salam.
HAI !
Ok, first thing first, thanks to everyone who gave me advice and support :) I promise I'll study harder and I'll cheer myself up okay?
Ada orang tanya, hippos tu apa? Hippos ialah nama untuk kawan-kawan saya. HA HA HA, sebab dorang makan banyak cam badak so entah kenapa tiba-tiba terpanggil mcm gitu. Tapi saya tak la panggil dorang "wey badak jom gi makan.." jadi tiada unsur kasar di situ, hippos tu comel :)
Class test untuk Dental Anatomy membawa keputusan yang agat dasat tapi sudah dijangka. Awak tengok, kan saya tak biasa jawab paper berformatkan Multiple True False ni. Saya tak biasa tinggal soalan tanpa jawapan maka saya jawab semua. Jadi segala jawapan saya yang salah telah memberi malapetaka kepada jawapan saya yang betul. Geram!
Pastu setelah mendapat pengajaran yang berguna, maka masa class test Anatomy tadi saya telah meninggal 20+ soalan tanpa jawapan out of 60 soalan. Malam semalam saya rasa macam nak mati sebab petang semalam penat nak mammmm pushpush pastu kena baca banyak pulak tu. Dah lama saya tak stay up lama-lama jadi saya ada masalah sikit la nak baca buku malam2 ni. Memang saya jangka saya akan fail. Sebab saya tau yang saya jawab pun ada je yang salah. Yang salah akan membuatkan markah betul saya ditolak 0.5 setiap satu maka gagal lah saya secara rasmi.
Tapi saya tak kisah sangat sebab cikgu anatomy saya tak kasi tekanan langsung. Dia cakap takpe, ini baru first time. Biasala tu kalau fail. Tadi masa ada table test kecil-kecilan pun, saya tergagai jugakla nak teka nama muscle, nama artery, nama vein apa semua tuuu. Yo alamak, benda tu kecik kot dan sangat mengkelirukan pastu kepala tu sangat menakutkan dan formalin tu sangat menyakitkan mata dan saya dapat rasa dia masuk dalam anak tekak saya, tak caya tanya Myra. Dahla nama struktur itu sendiri sudah mempeningkan, ditambah dengan kedudukan dorang yang merata-rata di ceruk lapisan muka membuatkan saya confius. I'm confused, what do you meannnnn? (dengan gaya brother Lim!)
Ok, sebenarnya saya kesian dekat mayat tu bila diracik-racik oleh kami. Serius kesian. Saya rasa saya akan kesian sampai bila-bila. Saya kan berhati nurani, HA HA HA apa kaitan pun saya taktauuu :P
Saya bersyukur saya ambil Dentistry. Sebab saya taktau macam mana budak Medic boleh handle pressure nak hafal nama-nama pelik yang sangat banyaaaaak tu. Kalau kitorang belajar kepala+leher pun dah macam nak meninggal, apatah lagi dorang yang belajar satu badan kan. Dahla nama pun susah nak hafal, pulak tu kadang-kadang satu struktur ada sampai 4 nama yg panjang. Melampau!
Oh ya masa Dental Anatomy praktikal, saya perlu mengukir gigi Lateral Incisor. Urrmmm, dalam bahasa melayu ialah gigi comel di sebelah gigi tengah anda. HO HO HO toek gila aku tatau nama dia dalam bahasa melayuuuuu membuatkan ai rasa sangat mat salleh tiba-tiba.
Foyoh!
Saya suka mengukir ni sebab saya suka bila gred saya okay. Disebabkan saya lemah dalam pelajaran, lagi-lagi dalam bab menghapai jadi bila membuat kerja-kerja begini, ia memberi saya ruang untuk rileks sikit dan berasa gembira bila dapat markah yang memuaskan. Baru saya tahu saya ada bakat terpendam jadi kalau korang nak menempah ukiran gigi boleh mentalipon di talian 7819880000 sekian terima kasih.
Dan harini saya seronok sebab saya makan Manchurian Chicken + 2 ketoi butter naaan dari Dollops yang mahal mengada-ngada tu. Tamak tak tamak tak? HI HI HI, haishhh, satu je masalah saya - saya tak boleh tolak ansur bab-bab makanan ni. Mahal macam mana pun kalau hati dah teringin, saya akan beli je sebab saya perlukan penambahan berat badan. Tapi kalau saya dah gemok pun saya akan makan je sebab makan itu boleh buat saya gumbira jadi adalah penting untuk saya bergembira selagi boleh kan kan?
Esok dah Jumaat dah? Sekejapnya! Esok saya nak pergi buat scaling sebagai preparation nak buat bleaching nanti. Oh ya, kawan-kawan saya semua dah nak pakai sangkar gigi. Mesti comel je nanti :)
Esok jugak saya ada usrah saya yang pertama. Kakak usrah saya baik. Budak-budak usrah saya jugak baik. Tak sabar!
Semoga Allah berkati Jumaat kita esok, amin.
No comments:
Post a Comment
hai!~