Sunday, October 10, 2010

Menitisnya Air Mata Miyn di Liqa' Mahabbah

Salam.

HAI (!)

Bagi membuatkan korang tahu, saya tidak pernah mengalami homesick sebab saya gembira di sini. Lagi pulak saya selalu lupa yang Indians di sini ialah tidak tahu berbercakap Melayu. Jadi kadang-kadang saya selalu tersilap cakap dengan mereka. Contohnya ialah seperti berikut ;

Miyn : Can u please give me the orange juice?
Abg foodcourt : Which one, mam?
Miyn : Tu yang kat tepi Slice tu.

T____T"

Tapi kan bukan saya sorang je yang tersilap cakap ok. Haritu masa kat airport pun time kitorang tengah nak bayar air, tiba-tiba Jidi bertanya "berapa semua?"

HA HA HA. Ini seronok kan?

Ok sebenarnya takla seronok sangat.

Masa kami diturunkan buat pertama kali di hadapan blok lebih kurang pukul 11 malam, masa itulah saya sudah mula berasa mahu menangis. Bangunan hostel saya kelihatan seperti sudah mahu roboh malah kelihatan semacam rumah kedai yang kat Pekan Cina AloqStaq tu. Dasat! Pulak tu masa register, semua kawan-kawan saya ada pasangan masing-masing, tapi bila tiba giliran saya, warden tu cakap, "Your roommate is already there."

Hati saya berdebar. Jiwa saya meronta. Oh siapakah dia? Adakah dia boleh menggerak saya yang liat membangun pagi? Bolehkah dia tahan mendengar suara saya yang suka melalak ini? Jantung saya berdegup kencang dan saya terasa seperti sedang menunggu bakal mak mertua menyarungkan cincin tunang. Peluh turun membasahi dahi.

Over gila aku.

Bila saya ketuk pintu, rumet saya membukakkan pintu. Ada bunyik 'krekk' menandakan pintu tu buruk.

"Sorila semak sikit. Buatla apa yang patut. Nak tido dulu, penat..."

Masa tu saya sudah terasa seperti mahu terjun tingkat 3 hostel Sharada tu. Serius sedih gilaaaaaa kenapa takde orang buat party menyambut kedatangan saya dan membubuh belon warna-warni mahupun menyanyikan lagu Aizat yang bertajuk Sungai Lui? Paling kurang pun mungkin boleh memotong kek secara kecil-kecilan.

Lalu saya melihat bilik air. Buruk. Macam rumah hantu. Saya sedih. Saya lihat loker saya. Kecik. Saya tengok keliling bilik. Sempit. Saya dah tak boleh tahan. Saya pergi bilik Farhanabee.

Kat sana saya membuang masa dengan bercakap dan menenangkan jiwa kejap. Saya kembali ke bilik. Saya penat saya mahu tidur. Lalu saya keluarkan selimut MAS yang saya curik secara sembunyik-sembunyik dan juga selimut yang mak saya belikan. Saya takde bantal. Saya sedih lagi.

Saya mesej kakak saya, pakai penutup mata dan tak lama kemudian seluruh selimut MAS itu pun basah.

Hari esok saya terjaga disebabkan Gemok menelefon saya. Beliau bertanyakan keadaan saya di situ. Saya buka penutup mata. Waktu mengatakan itu sudah pukul 7 pagi. Damn. Rumet saya hilang dan beliau tidak mengkejut saya untuk Subuh. Sedih lagi.

Ok itu la satu-satunya masa saya menangis. Hihihihi lepas tu saya dah tukar bilik duduk dengan Isma. Saya suka bilik ni sebab lagi cantik dan kemas dan saya kenal Isma dan Isma ialah budak BDS jadi mudahla hendak belajar bersama-sama kan kan kan? Sebenarnya saya tak kisah keadaan yang buruk. Saya hanya mahukan a good company. Terima kasih Allah :)

* * *

Tadi ada majlis Liqa' Mahabbah. Ia adalah sesi untuk meraikan kedatangan juniors Batch 27 dan seperti farewell Batch 23 pun ada jugak. Saya datang dengan tidak rela sangat sebab saya mahu demam. Lagipun tidak disebut pun Batch 2 BDS maka saya dan rakan-rakan lain ingatkan nak duduk diam-diam je sebab kami bukan Batch 27 HA HA HA! pi-o-wai-o gilaaaaa.

Saya makan tak habis walaupun agak sedap nasik tomato yang mereka masak. Oh ya tema ialah hari raya walaupun sudah tidak raya lagi. Suasana sangat Islamik dan aman damai. Kalau nak bandingkan dengan ****** Orientation kat bawah blok saya ni semalam, MasyaAllah macam nak bagi kaki je. Sabar Ming sabarrrr..

Sesi kemuncak ialah sesi bersosial. HA HA HA ok tipu je. Kami perlu memperkenalkan diri secara seorang-seorang di hadapan semua seniors dan semua rakan dan mereka mempanggil mengikut zon. Jadi ketika zon utara dipanggil, saya mahu menyorok sebenarnya. Saya tak suka bila semua mata memandang saya ketika saya sedang bercakap. Mana tau kot-kot ada cili terlekat celah gigi ke, kan malu.

Di depan, saya hanya menyorok di belakang Ping dan saya tatau apa yang saya cakap, tengok-tengok mic dah berada kat tangan orang lain.

Tak suka tak suka tak suka.

Tapi seronok sebenarnya bila saya dah tau nama beberapa budak Medic yang saya tak pernah kenal sebelum ni. Entah kenapa saya akan rasa sangat seronok bila saya tau nama banyak orang. :))

Ok sekian saja. Malam ni takde makan spesel. Mungkin esok saja.

Sebenarnya saya sedih sikit sebab setelah carving selama 2 jam, saya telah ter'extra' carve maka perlu bermula dari awal. Sobs.

Ok bye!

No comments:

Post a Comment

hai!~