
Jadi saya telah pun berada di sini sebanyak 2 minggu dan selama itu jugak kelas telah mula. Orientasi hanya sehari dan kami cuma berada dalam mentor-mentee, pastu pergi dewan untuk mendengar hiburan oleh senior-senior MBBS + BDS serta melihat mereka berjoget sakan selama nak dekat 3 jam kot. Pelik. Kalau saya kena memberi hiburan untuk juniors tahun depan, saya mahu menjadi orang yang mentarik curtain di sebalik tabir saja boleh? HE HE HE.
Ok takde kaitan. Lets go straight to the point.
Jadual kelas saya ialah seperti berikut ;
Isnin - Khamis : 8 pagi - 5 petang. Break 10.00 - 10.30 dan 12.30 - 2.00 petang.
Jumaat : Sama tapi break dari 10.00 - 2.00 petang.
Sabtu : Kelas habis pukul 12.30 ptg.
Subjek yang kami perlu belajar ialah 3 subjek Medic tapi surface je la dan jugak 3 lagi subjek Dental. Kegemaran saya ialah Dental Anatomy & Histology sebab saya rasa gigi-gigi ialah comel HI HI HI.
Cikgu-cikgu kat sini sangat okay. Masuk kelas cucuk pendrive terus ajar, walawey! Tapi satu masalah utama ialah nak memaham apa yang mereka bercakap la kann. English dorang sangat hebat tapi sebutan, makkkk aih memang tak pernah dibuat orang. Haritu cikgu Anatomy tanya "do you know how many mortar we have?" So saya macam "eh apasal tanya pasal lesung batu lak niiii?" Rupanya MOTOR la! ngengggg!
Mentor saya sangat lawa dan paling kiyut antara semua cikgu. Masa dia ajar semua orang rasa dia comel. Ini sekaligus mengingatkan saya kepada Cikgu Arfa :) Cikgu kat department saya ni banyak yang muda-muda. Mentor saya sendiri 27 tahun dan dah habis belajar masa umur dia 22 tahun. Dush! Aku 20 baru nak tengok dunia kot...
Selalu balik kelas saya akan rasa sangat penat dan terus tido. Tapi sekarang tak berani dah sebab satu subjek akan ajar satu bab setiap hari. Pastu bila kita dah belajar dia akan assume macam kita dah tau semua benda pasal bab tu jadi kalau takboleh jawab baik pergi mati je HA HA HA ok tu sangat over. Dalam kelas kitorang perlu duduk ikut roll number jadi saya yang selalu duduk paling belakang selama saya hidup dalam dunia ni, tiba-tiba dapat tempat terpaling depan, Ya Allahh. Benda first dalam kepala : "Aiyo macam mana aku nak tido?" Ngeh ngeh ngeh~
Kelas saya ada 50 orang satu batch. 21 budak Kolej Mara Seremban, yang lain semuanya private students. Mereka ialah sangat baik dan menyeronokkan dan sangat hebat belajar jadi kita perlu mencontohi mereka ye.
Menjadi pelajar Pergigian di sini ialah sangat seronok. Saya kata macam tu kerana sebab-sebab berikut :
[x] Dalam setiap praktikal Dental Anatomy, saya perlu membuat wax carving untuk setiap ketoi gigi yang wujud dalam mulut seorang manusia. Memang susah dan perlu membuat berbanyak-banyak kali sebab ada markah kot. Tapi saya suka! Dan sebelum mengukir setiap gigi, perlulah melalui viva (oral test) untuk gigi tersebut kalau tak cikgu takkan sign buku. Cikgu dia buat demo sejam je kot dan gigi tu jadi sebijikk serupa macam gigi dalam mulut aku weh!
[x] Haritu dalam kelas Dental Materials, kami perlu membancuh Plaster of Paris dan membuat bentuk-bentuk tertentu. Macam biasala, ulang sampai puluh-puluh kali sebab tak reti weyyyy!
[x] Dalam kelas Preclinical Prostodontics haritu, kami perlu mengkaler cast (model gigi).
[x] Semua ini membuat saya rasa seperti artis yang sangat berseni. HA HA HA padahal tangan aku tak reti semua benda-benda ni :(
[x] Memasuki kelas Anatomy ialah seronok sebab dapat melihat mayat secara langsung. Kalau kita belajar tajuk Muscles contohnya, dalam kelas Dissection pastu, kita akan belajar muscles dekat badan manusia betul. Tak main la pakai boneka kan kan? Saya masih lagi ngeri sebenarnya sebab mayat tu dah macam mainan je. Main korek-korek ikut sukahati oleh cikgu. Pastu haritu kan kitorang belajar la pasal nerves dekat bahagian kepala. Pakcik lab tu bawak keluar 2 kepala pastu campak atas meja. Ngeeeeee! Macam hantu penanggalan pun ada.
Haritu saya pergi Dental Clinic sebab saya nak buat bleaching. Doktor intern yang merawat saya itu agak kachak dan rupanya beliau dari Alor Star woooahh! Dia bertanya berjenis macam soalan macam berapa kali sehari berus gigi, cara berus gigi, berapa kali tukar berus gigi, saya merokok ke tak, menarik! Pastu saya dihantar ke department lain. Dan berikut ialah perbualan yang berlangsung antara saya dan intern yang superlawa nak mampos :
Doktot : When do u think ur teeth start having the discoloration?
Supermiyn : Errr, since my permanent teeth erupted..
Doktot : Are u not happy with your teeth? Is that why u want to do bleaching?
Supermiyn : Kind of.
Doktot : *panggil doktot lain* This patient is not happy with her teeth and she wants to go for bleaching.
Doktot 2 : I think her teeth is fine.
Doktot : I think so, too. *panggil doktot lain dan potpetpotpet sikit*
Doktot 3 : Are u from MMMC? What batch?
Supermiyn : Yeah I'm taking BDS. 2nd batch.
Doktot 3 : We think that your teeth is ok, the canine is slightly yellow but u dont need bleaching. There are many disadvantages as well as the advantages. Your teeth might get more sensitive and the color may not change even after the treatment.
Supermiyn : Oooo, but can we try it on the anterior teeth first?
Doktot 3 : *bincang2 dgn doktot lain* Why do u wanna do bleaching?
Supermiyn : Coz I wanna look good in pictures. *grin*
Doktot 3 : Oh hahahaha no we think u look fine. U dont need bleaching. But if u still wanna do we can do it for u of course. But I'm just trying to tell u about the disadvantages later on.
Supermiyn : Yes I wanna do it.
Serius susah gila nak cakap yang SAYA MEMANG MAHU BUAT BLEACHING! Dalam aspek lain, dorang memang bagus gila sebab dorang macam taknak kasi saya buat sebab mungkin saya akan ada masalah makan benda sejuk dan panas pasni. Kalau kat tempat saya, selalunya doktor tak fussy macam ni, main buat je. Dan satu sebab saya nak sangat buat ialah sebab kat sini murah! Kawan saya pun gila nak pakai braces walaupun gigi dorang tak cacat langsung. Murah kan, jadi marilah kita menggunakan khidmat yang ada :)
Rasa macam panjang gila entri ni HA HA HA. Ok kat bawah ni ialah antara projek saya selama 2 minggu saya kat sini.
Adala dalam 4 kali buat baru dpt yang terbaik.
Itu saja setakat ni. To my juniors if you are reading this, dont worry sebab dengan adanya kawan-kawan yang kita dah kenal dari kolej pastu share semua benda dengan dorang, hidup kat sini haappppyyy gila. Jadi sila buat bond dari sekarang kalau anda belum. Nanti datang sini cuma perlu buat bond dengan budak-budak lain je :)



No comments:
Post a Comment
hai!~