Monday, October 11, 2010

Isnin ialah Kegemaran


Salam.

Gambar di atas diambil pada pukul petang tadi ketika kami dalam perjalanan ke Preclinical Prosthodontics Practical oleh Myra Anak Azmi. Cantik ! Sebab itu saya membubuh sebab saya mahu menunjuk-nunjuk labcoat saya yang cool tu walaupun tak la cool sangat kan :)

Saya suka hari Isnin. Sebab saya cuma ada 2 kelas theory. Baki 5 jam selepas break dan pada waktu petang dihabiskan dengan kelas praktikal. Dahla saya suka praktikal Physiology sebab cikgu akan buat demo, kitorang tengok je pastu dapat keluar sejam awal maka bolehla meniduri katil saya lama sikit pada tengah hari tu. Pastu ada praktikal Preclinical Prostho pulak di mana kami akan bermain dengan gigi. Suka ! Dan saya suka Arun Prakash dan Dr Deepthi sebab mereka ialah seronok.

Saya sebenarnya tengah sakit kepala sebab kat bawah blok ni, di mana terletaknya court basketball, court tennis dan bagai lagi, dijadikan tempat berlangsung event apa pun saya tak tahu. Tapi dorang asyik pasang lagu Hindustan kuat-kuat, cakap kuat-kuat, bergelak ketawa kuat-kuat. Ko ingat ni Konsert Paramore live in Manipal ke haaa? Adakah anda mahu dikasi lutut kuat-kuat?

Ok sebenarnya saya tak la kisah sangat sebab saya tengah dengar International Radio dengan volume terpaling super.

Oh nak tahu tak saya kat sini membasuh baju memakai tangan kurniaan Allah ni? Ya, itulah hakikatnya kawan-kawan. Bukan sahaja saya malah beberapa kawan lain juga begitu. Awal-awal saya berbisik di lubuk hati saya, "siapa sangka dah amek degree pun, dah pergi oversea pun, makin susah hidup aku. Dahla aku bizi, bertambah lagi bizi aku..." Tapi saya rasa mcm tak baik je merungut banyak sangat. Basuh baju je pun. Tak mati lah.

Saya tak rasa macam mahu hantar dobi sebab :

. Dengar kata dobi hostel saya ni dibasuh memakai tangan.
. Dia akan conteng nama di baju kau.
. Saya tengok dia baling je baju atas lantai pastu lipat. Dahla orang masuk bilik tu pakai selipar.
. Satu baju ialah 5rupees. 3 baju susah singgit lebih. Membazir!
. 2 hari baru boleh dapat baju.

Disebabkan faktor-faktor tersebut, maka saya membuat pilihan untuk membasuh sendiri baju-baju saya. Saya dan Isma pergi gantung tali dalam bilik pastu buat bilik dobi. Mula-mula nazak jugakla sebab baju saya berkulit sensitif. Kalau tersilap rendam nanti muka dia naik jerawat mcm tuan dia eh eh eh nanti keluar warna. Tapi dah lama ok la. Saya suka bila saya boleh menjimat money dan membazirkan semua wang tersebut ke arah makanan.

Harini saya makan spaghetti. Harga beliau ialah RM10. Kedai tu paling mahai tapi saya lapaq dan saya memang susah nak berkira bab-bab makanan ni.

Perut saya ialah anggota badan yang paling saya sayangi :)

Ok nampak gaya macam dah makin mengarut ni. HI HI HI saya sudah patut belajar. Sejam untuk online dah habis.

Bye.

No comments:

Post a Comment

hai!~