manipal
petang, hantar scooter kat hazman. malam, pergi dinner dengan budak2 medic kms. terharu sebenarnya sebab aku baru tau dorang ada spotters exam esok tu. pukul 9.30malam, aku dan 13 org gadis bds lain dah terpacak depan foodcourt dengan beg yang besarnya mcm shrek. tak lama kemudian, shahirah datang dari library. pastu fatin pulak datang. dan paling aku tak sangka, ping pun datang, dengan basikal siap, all the way from greenwood apartment! terharuuuu lagi. trip ping pukul 2 pg, entah sapa la yang babai dorang. lepas tangkap gambar beserta banner yang hebat bermotokan "backpackers teragung abad ini" (ok tipu), 7 auto pun datang berduyun-duyun.
maka bermulalah perjalanan kami secara convoy ke utara india.
14 orang gadis.
11 lokasi.
train ke goa.
kitorang taktau nak tengok no coach. pastu pakcik guard bagitau suruh "cepattt! cepattt!" dalam bahasa omputeh menyebabkan kitorang lari-lari dengan beg sebesar shrek sepanjang train tu. memang mcm cerita bollywood dah la.
bila masuk train, keadaan gelap gumpita. semua penumpang tido dengan kaki+tangan terkeluar-terkeluar membuatkan aku rasa mcm dikelilingi cadaver. serious! malam tu takda sapa berani turunkan katil sbb semua belum berani. jadi kitorang duduk je dan tido mengerekot. sejuknya tuhan saja yang tau. fana buat lawak, dia ckp "aku faham skrg mcm mana perasaan org yg mati kesejukan.."
train ke mumbai
okay, sekarang semua orang otomatik turunkan katil bila masuk train. dah tak takut dah. tapi group aku ada gaduh sikit dengan local indians sebab dorang degil taknak dgr cakap. dorang ambil tmpt sorang pakcik yang tepaksa amek tempat kitorang. pastu dorang cakap "biar je la kat pakcik tu, pergi tmpt kau duduk diam-diam sudahh.." bila 3 orang gadis lawan cakap secara besar-besaran baru dorang nak mengalah, sikit. toek kan?
benda plg annoying dalam train ialah bila penjual chai (tehsusu+halia) dan kopi naik atas. suara dorang dahla monotonous pastu sama je utk setiap org. ini la apa dorang ckp ;
"chaichaikofikofichaikofiiii.." sambil jln mcm robot dari hujung sini sampai hujung sana.
malam sangat sejuk! nasib baik bila sampai mumbai, pakcik agent tu dah tunggu dengan bas besar gedabak dan dia tlg handlekan hotel kitorang smpai semua dah settle walaupun tu bkn kerja dia.
mumbai
makcik tour guide tu baikkkk sangat. macam mak-mak. kitorang just pusing satu mumbai kecuali bahagian north sambil beliau terang pasal sejarah-sejarah mumbai. ada yg masih taktau yang nama lama bagi mumbai ialah bombay.
antara cerita plg menarik perhatian aku ialah :
haji ali mosque - hari itu saja aku agak adala dekat 5000 orang pergi makan haji ali tu nak mintak hajat. aku igt ini ialah masjid, tapi bentuk je masjid padahal jadi tempat orang islam dan orang agama lain sembah kubur haji ali tu sebab dia kata nnt hajat tu termakbul. gila tak? bukan ke dah jatuh tahap murtad dah sebab menduakan allah?
tower of silence - ini dibina khas utk penganut satu agama yg dibawa dari parsi. bila dorang mati, mayat dorang akan ditebarkan atas tower ni utk proses "dehydration" dan jugak utk dimakan oleh burung apa tah, aku dh lupa nama dia. dorang percaya itu lah sumbangan terakhir dorang. dan dorang tak tanam sbb dorang ckp nnt mencemarkan alam sekitar. ngeri! dahla guide tu pun menganut agama ni. tp dia ckp skrg burung tu dah takde so dorang bina solar panel je.
mumbai bandar yang menarik sbb ada byk tinggalan british. org dia baik dan byk komuniti muslim yg sentiasa ada utk tolong. nk bawak mak, bolehla bawak g mumbai. hari ahad tak ramai org :)
train ke ahmedabad
hari ni hari pertama aku muntah setelah 12 tahun. aku tatau silap kat mana. mungkin daging kambing yg aku makan malam tu terlalu extreme utk perut kampung aku ni.
kali ni kitorang masuk train cukup-cukup time je. kalau lambat sikit mesti dia dah jalan. nasib baik ada yg tanya platform sebenar sbb kitorang tsilap platform. syukurrr tuhan tolong.
oh ya, kali ni kitorang naik train yang berhawa dingin yang semestinya mahal sikit dari train biasa. aku suka train niiii! sebab org2 yang naik tu nampak educated, dorang cuma duduk baca buku dan tak kacau org dan dorang tak tido sangat. penjual chai+kopi pun mcm bertamadun sikit. dorang tanya baik-baik "chai??" "kofii?"
satu benda yang mengejutkan ialah tandas dia yg tembus sampai ke railway track. aku dah tau hakikat ni tp bila tgk sendiri depan mata, rasa pelik gila. jadi, bila aku muntah, semuanya pergi ke railway track he he he. nasib baik duduk coach mahal, jd kondisi toilet agak okay dan kurang berbau. kalau tak, aku rasa dengan small intestine aku pun keluar sekali sebab kegelian.
train ke udaipur
takde train! nasib baik syasya+kappa pegi sembang dgn pakcik mana tah, dia bagitau train dah 15 hari takda. time ni dah pukul 8.30 dan bas ke udaipur pukul 9.30. so kitorang rushing pergi mintak refund duit train dan nak berkejaran utk ke bus station.
pakcik baik tu cakap takpe. dia bawak kitorang g makan kat restoran halal dulu, dan dia bawak kitorang g icici bank upon request. rasa seronok sgt sebab walaupun ada kecacatan kat scedule, tapi ada orang2 baik yg sentiasa nak tolong.
sekarang aku dalam sleeper bus. aku cuma boleh bau lembu sebab ada 50lembu kot kat luar. seharian aku takut nak makan sebab takut muntah lg. bas manada toilet wey. mari berdoa semoga aku takkan muntah dah okay?
bas ni lambat sejam. aku tatau samada aku lg rela duduk dalam train on time tapi sejuk mcm nak meninggal tu, ataupun bersabar dengan bas yg tak tau tepati masa ni.
tapi ni india, apa nak expect kan?
aku blog pakai bb jadi sebab tu tak teratur sikit. maaf ye.
selamat jawab exam kat kawan2 saya yang saya sayang :)
nnt aku update lg. bye!
