Wednesday, January 26, 2011

Jaymie stands for Zet, Myra, Alya, Ming, Majid, and those who understand :)

Salam.

HAI !

Minggu ni bermula dengan baik-baik sahaja. Banyak benda telah terjadi walaupun baru 2 hari kot.

Pertama. Saya dah menjadi pemilik sebuah scooter yang kiyut, yey! Bertuah sebab ada mak ayah yang senang percaya dengan kata-kata anak dia yang penuh confident ni.

"Ala, Ummi, Manipal ni macam dalam taman mainan je. Dont worry takde apa laaaa..."

"Boleh la ek, Abah? Nanti kat Malaysia takleh bawak dah. Nak bawak kat siniiii je, siniiiii jeeeeee.."


Sorry saya tanak post gambar sebab taknak awak tahu HA HA HA. Manipal kan kecik macam taman mainan. Sekalung terima kasih diucapkan kepada Hazman yang selalu disusahkan saya. Nak isi minyak pun saya suruh beliau sebab saya takut. Dan saya ada sebab yang lebih utama untuk takut.


Semalam saya jatuh motor.


'Tempe' yang selalu dikutuk kawan-kawan dan diri sendiri selama ni rupanya takdela kejam sangat. Di saat motor saya dah terbaring 180 darjah dan saya sendiri macam terkejut rasa macam hampir meninggal, lebih kurang 10 Indians datang berkerumun dan bertanyakan "are u okay? are u sure? do u need anything?" dan tak kurang jugak pekerja binaan yang takreti cakap English tolong angkatkan Jaymie letak dia elok-elok.

Mungkin sebab ini la mak saya tak bagi bawak kereta. Dan saya perlu ingatkan diri sendiri untuk baca doa sebelum menaik moto tu lainkali.


Kedua. To Zet, I feel you. Kucing dia Tiger dah mati. Saya faham sangat macam mana rasa bila kucing kita mati. Dan disebabkan tu saya tak ready nak bela kucing sungguh-sungguh sampai sekarang sebab effect kematian kucing yang kita sayang, sama je macam kematian orang yang kita sayang.

Ketiga. Kepada Fanarosli, kami sentiasa menunggu awak untuk bersama-sama menikmati keindahan angin pagi di End Point pada hujung minggu. Yang tidak dapat dinikmati pada hari-hari biasa disebabkan kekalutan ke kelas ataupun ketakutan akan ditanya oleh lecturers Dental Anatomy tentang tajuk semalam :)) Tapi takpe, setahun setengah lagi yang. Sekali pun boleh la kan?

Keempat. Saya nak kawan-kawan medic saya dari KMS hantar kitorang budak BDS masa malam kitorang nak bertolak pergi bercuti tu. It would mean a lot to us, boleh kannnnn? :P
Please be freeee on the 4th night, walaupun sekadar 5 minit :D

Kelima. Esok start theory exam untuk Block 2. Semoga Allah permudahkan, amin.

No comments:

Post a Comment

hai!~