Thursday, January 20, 2011

Block 2

Salam.

Minggu ni bermula dengan sangat sepoi-sepoi bahasa. Malam Sabtu, macam biasa rumet saya akan tido di Greenwood membiarkan saya keseorangan untuk berdamping dengan bilik sepuas hati. Lalu diri menjadi hyper bagai kanak-kanak baru dapat makan Nyam Nyam. Selak langsir. Bukak tingkap. Tutup kipas. On laptop.

Ahad saya ada plan nak pergi menikmati angin pagi bersama Myra. Lalu saya membuat janji nak gerak pukul 6.45 pagi. Sayangnya saya lupa saya akan tido pukul 5 pagi. Dan keesokan harinya, saya dikejutkan dengan cahaya matahari terik yang menembus tingkat tiga blok Sharada tepat jam pukul 8.30 pagi.

Sedih. Saya ada masalah bangun pagi. Salah sendiri sapa suruh tido lambat sangat. Tapi sapa suruh seronok sangat angin malam.

Esoknya Isnin maka bermulalah minggu yang penuh mencabar bermula dengan test practical Physio. Macam biasa, saya buat banyak silly mistakes seperti pergi tambah 4 huruf baru dekat nama apparatus. Tahniah la Ming. Nasib baik masa amek blood pressure tu, abang India tu punya pulse meloncat-loncat macam air paip membuatkan saya takda masalah nak cari.

Oh dan baru tadi saya nampak dia tido tepi jalan. Kesian pulak. Mesti dia seronok haritu ada peluang duduk dalam bilik berhawa dingin. Teringat pulak ketoekkan saya pergi cakap "Yo good morning. I wanna take ur blood pressure. Will u let me hold ur hand?" (macam nak melamar je?) bajetla dia faham kan. Tengok keadaan dia saya pasti dia ialah salah seorang yang tak reti speaking.

Bila fikir balik, saya sedar saya ada habit suka suruh orang buat itu ini secara bajet serius. Macam haritu, saya suruh Jid pergi repair basikal sebab saya rasa membazir je dia sidai basikal tu kat foodcourt. Tak sangka dia nak pergi repair betul-betul, nasib baik murah je. Masa saya naik basikal balik dari library satu malam tu, saya hampir mati sebenarnya. Basikal tu tinggi kaki ketot saya ni tak sampai. Sila nangis sekarang. Lalu saya tak reti break maka hampir nak kena langgar dengan moto virago.

Masa nak parking basikal, saya pusing depan Sharada tu dalam 5 minit sebab saya taktau macam mana nak turun. Makguard tu mesti ingat aku gila. Lepas parking tepi scooter kuning kachak Nadia, saya kunci baik-baik, dan tak sentuh dah basikal tu sampai hari ni. Tapi still, terima kasih Jid :)

Block 2 akan habis dalam masa seminggu je. Cepat kan masa berlalu? Serius tak ingat terus yang saya bakal naik sampai utara India dalam masa seminggu lagi. Seminggu! Banyak sangat benda penting nak fikir sampai bercuti pun da boleh letak tepi.

Apapun saya suka minggu ni. Sebab bila pergi library akan nampak muka-muka orang yang saya sayang.

Bye!

No comments:

Post a Comment

hai!~