Salam.
HAI !
Jam di Incek Budiman : 3.44am
Jam di Quinn : 3.49am
Jam di JackBlack : 3.45am
Jam di tangan kanan MingMing yang dah 3 bulan tak bukak : 3.50am
Serius nikmat gilaaaaa rumet aku takda malam ni.
Haish, jangan salah anggap. Bukan aku tak suka dia or apa-apa maksud yang sinonim dengan itu. Cuma dah lama aku dahagakan waktu-waktu bersendirian menikmati angin malam sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui celah-celah tingkap aku yang sudah bersawang.
Sila bagi aku peluang untuk berlagak menjadi ahli sastera malam ini. Aku mahu meningkatkan kembali skill menulis karangan BM sebanyak 4000 perkataan setahun lepas.
Aku sudah 21 tahun. Kawan aku cakap, pada umur ni, aku sudah boleh :
. Kaweng
. Ber-kelab-bing
. Takpayah mintak tanda tangan mak ayah nak pergi rombongan sekolah
Tapi terima kasih. Aku takmahu kahwin walaupun aku ada 3 orang sepupu yang kahwin umur 21 (kot?). Kakak aku umur 30 pun belum kahwin inikan pulak aku yang baru melelehkan hingus semalam.
Dan aku taktau apa maksud kelab-bing.
Selain itu, aku masih suka dipanggil adik bila aku pergi ke mana-mana. "Adik nak beli apa?" "Adik cari apa, dik?" atau "Adik ni kachak la" ...... ok tu tipu.
Malam ini aku berhajat untuk tak ke library. Tapi aku fikir kalau di bilik, aku akan bersidai di tepi tingkap melihat orang bermain futsal, kriket, basketball atau tuju kasut hatta layang-layang sekalipun di court bawah ni selama berjam-jam (ye aku rasa pemandangan tu menawan lagi-lagi kriket, jangan tanya kenapa sebab aku taktau nak jawab). Jadi sebab aku sayang Ain, aku pergi. Aku rasa bahagia ada Ain di sebelah sebab selama ni aku sorang je.
Sebelum pergi, rumet aku berkata dia akan tidur di Greenwood. Lalu aku reda sahaja mengenangkan aku akan berjalan kaki seorang diri balik library nanti. Tapi takpe Ming kuat boleh tumbuk orang kalau depa kacau. Saya ada tali pinggang putih kot blaja taekwondo masa dajah 3 dulu HA HA HA, eh lawak ke?
Sampai saja bilik, terus bukak laptop, keluarkan kaler pensil pink dan purple, pengasah pensil, pisau, pemadam, amek pendrive terus cucuk. Sambil tu bukak buku Histology Dental Anatomy.
Jadi apa aku buat malam ni?
. Minum Green Tea
. Masak Megi
. Tengok video lagu rock kapak Abe post kat wall aku pastu ..
. Tertengok habis semua lagu rock kapak yang masuk Juara lagu sejak 1991 ! (Aku baru tau Shamrin vokalis Fotograf yg nyanyi lagu Di Alam Fana Cintamu tu dah meninggal)
. Aku berjaya habiskan DADH punya lukisan Histo yg mcm separuh meninggal tu. Hoyeah!
Sekarang dah pukul 4.15. Aku cakap kat Myra aku nak pergi jog pukul 7 pagi. Sekarang dah mula mengantuk. Adakah aku akan mengecewakan dia sekali lagi seperti minggu lepas?
Apa yang aku dah belajar minggu ni?
. Diam itu lebih baik walaupun apa yang kita nak cakap mungkin betul.
. Aku dah boleh ketawa tahap volume 2 . Harap-harap volume 7 aku rosak terus.
. Kalau kita ini kawan baik, perkataan 'maaf' mungkin sesuatu yang tidak perlu.
. Menahan marah itu memang susah rupanya.
. Walaupun aku kerapkali mengeluh yang aku ni takde orang nak, hakikatnya masa ceramah kaweng-kaweng haritu, aku rasa biasa je. Kesimpulan : aku tak gatal. Baik korang risau dekat org yg diam-diam ubi berisi tu. Haaaaaa!
"You say it best, when you say nothing at all..."
No comments:
Post a Comment
hai!~