Saturday, August 20, 2011
49 Days
Salam.
HAI !
Semua orang dah tengok 49 days? Kalau belum, sila pergi tengok sekarang! Ini arahan. Ok bye.
Tipu je. HI HI HI.
Semalam dan harini aku buat marathon series 49 Days ni. Yerp, it's a Korean series. It's been a long time since I last watched one, sebab aku selalu menepis drama Korea yang pada pendapat aku, lebih banyak fokus part cinta compared to drama Jepun yang lagi comel secara natural, cheeky dan tak berfokuskan cinta.
Peminat Korea jangan baling cili kat saya please :(
Since sebelum balik haritu aku duduk di bilik Yana dan dia sungguh2 promot drama ni, jadi aku pun godek2 hard disk pastu terbukak la hati untuk tengok.
And Im happy I did so :)
Minus the lovey dovey part, aku sangat suka dengan karakter Shin Ji Hyun yang sangat comel. Pelakon dia pun sangat comel dengan mata bulat comel heee geram, if I were a boy I'd definitely fall for her cute character. Dia nampak sangat innocent, clueless dan oblivious.
And this character suits the hero. Seorang yang sangat ego, reserved, penyayang tapi sayangnya tak cukup berani untuk pegi confess. Sebab apa aku suka? Rahsiaaa, hihi.
So let me give u a brief summary, okay? Miyn janji tak spoil ending dia :)
Ji Hyun ni anak orang kaya dan dia dah bertunang. Dia ada 2 orang kawan baik perempuan, dan 1 kawan baik lelaki iaitu si hero tadi (Han Kang). Sejak sekolah lagi, cuma dia je yang boleh buat Han Kang ni buat itu ini, kiranya dia je la yang boleh buat Han Kang ni turunkan sikit ego dia.
Satu hari, Ji Hyun eksiden dan hampir mati. Tapi rupanya dia ni tak sepatutnya mati time tu, jadi dia diberi peluang untuk kutip 3 titik ayaq mata dalam masa 49 hari. Dan dalam masa tu, dia kena hidup dalam body orang lain. Air mata family takleh diamek kira okay. Kalau dia berjaya, dia akan sedar dari koma dan hidup bahagia hingga ke anak cucu, Yeay!
The 49 days are the best part of the drama.
Somehow, drama ni buat aku sentap sikit, sebab kadang-kadang kita rasa yang kita dah buat yang terbaik, dah cuba untuk happykan semua orang, tapi kita tak sedar kita ada sakitkan hati orang secara tak sedar. Dan dalam kita tak sedar, sebenarnya kelakuan seseorang tu depan kita, tak mencerminkan apa yang ada dalam hati dia.
Contoh senang, kalau mak kita marah-marah, pastu kita kurang ajar, padahal dalam hati mak kita tu sayang sangat kat kita cuma dia tak tunjukkan sebab dia takut anak dia naik kepala ke maybe? Jadi, kita kena la belajar untuk menilai seseorang tu dengan mata hati, barulah takde cacat cela :)
And the most important thing, is your character. Perangai dan kelakuan kita yang menjadikan siapa kita. Letaklah kau dalam badan si tempang ke, Justin Bieber ke, si Jennifer Lopez ke, people will remember for who you are inside, not who you are on the outside coz u can fake that but you cant fake a true heart :)
Mungkin ni pertama kali aku tengok cerita Korea dengan mata hati dan sangat rational, jadi aku tak menangis langsung. Sebak ada la sikit, tapi banding dengan dulu (bunyik lagu tema je ayaq mata meleleh sebanyak satu baldi), I improved a lot.
Saya sangat suka karakter Han Kang :) Tapi aku tak rasa ada lelaki Melayu macam tu.
Papai !
p/s : ...pastu aku terfikir, berapa titik ayaq mata boleh aku kumpul agaknya? *straight face*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
hai!~