Friday, August 12, 2011

My Daughters


Salam.

HAI ! ! !

Tak sangka ada jugak nak klik butang Follow Me walaupun dah berkurun lamanya aku tak update hihi. Aligato! *senyum sopan sopan tak tunjuk gigi*

Sebenarnya rasa macam tanak tulis dah blog ni. Sebab semua idea dan fikiran dah dihamburkan kat Twitter. Dan kadang-kadang rasa macam makin banyak rahsia aku muntahkan kat sini sampai bila aku cerita kat orang, dorang cakap "ko dah tulis kat blog." "Bukan ko dah cerita dulu kat blog?" "Aku dah baca kat blog."

Sobs sobs. Maluuuuuu sayeeee tawu~

Ok abaikan.

Jadinya, tadi petang aku berbuka dekat rumah Prof Chowdury. Beliau ialah seorang 'visiting professor' kat U mak aku dan merupakan supervisor mak aku. Jadi sejak hari aku balik haritu mak aku asyik cakap "ingat hari Jumaat ni ok, kita bukak puasa rumah prof Ummi."

Dan akhirnya Jumaat itu tiba juga, Yehaaaaa!

Sesampainya kami (aku, mak aku dan kakak aku) kat pintu pagar beliau, beliau keluar lengkap berpelikat dan berkurta dan bersenyuman manis sambil berkata...

"Ohhhh, I have 2 daughters today! They are my daughters!"

Untuk pengetahuan korang, Uncle Chowdury ni asal dari Bangladesh. Dengan kehendak Allah, beliau dan isteri tak dikurniakan anak sampaila ke usia tua ni. Sebab tu kot dorang excited sangat bila mak aku bawak kami. Nyet nyet nyet. Muka beliau ada sikit macam Doktor Somayaji (cikgu Anatomy aku). Comel kan comel kan?

Cara dorang layan tetamu lebih kurang macam kita. Yang nak makan 7 orang, tapi masak macam 17 orang nak makan. Jenuh paksa kita try semua makanan dia masak. Makanan pulak banyak berunsurkan kekacang, jadi aku tak berapa boleh go. Nasib baik dia ada buat samosa dan mak aku bawak mai roti jala. Ada satu makanan ni kacang semata, dimakan dengan terung/cili hijau salut tepung ala-ala gorong pisang. Masa mak aku tengah sibuk bersembang, aku letak sikit aku punya makanan dalam pinggan dia, HE HE HE. Pastu mak aku heran awat dia makan tak habeh habeh. KIHKIHKIH.

Ye la aku mengaku la lepas tu. *kenyit*

Selepas kekenyangan dan bersembang dengan sangat rancak pasal India (yesh this prof knows a lot about India), tiba-tiba Uncle Chowdury cakap...

"Okkkkkay, we're gonna eat rice after this okay?"

Aku macam, WOAAAAA? O.O"" uuuuuu nak tekeluaq isi perut dah ni...

"No no no, this is iftar, next is dinner.."

*nanges*

Apapun, malam tadi sangat seronok. Aku rasa dalam bahasa dorang takda huruf C kot. dia asik sebut "kesil""dusuk" dan paling tak tahan.."sintak.."

Sintak?

"yeah sintak..or is it santik?"


T____________________T"

Teringat aku dekat cekodak pisang, ayam rendung, kitchup mee, gorong pisang, ikan Thigarasa. Ni semua menu kat India ni. Masa first time aku baca menu tu, adala terguling-guling kejap selama beberapa menit macam orang gila. Pastu bila aku betulkan, bos tu taknak mengalah. Dia cakap "that is how u pronounce. This is how we Indians speak.."

Aduhaiiii...ada jugak yang kena gunting misai ni..

Ok berbalik kepada kisah Uncle cute.

Masa nak balik, sebagai seorang anak dara yang sopan santun, maka Ming pun mengucapkan lah "thanks Uncle! If only you have a son i'd definitely willing to be your daughter-in-law ngeh ngeh ngeh"

Ok tipu.

Dia potong cakap aku dan berkata "You are my daughters. You dont say thanks to your parents. Our relationship is special..no need to say thanks. Never say thanks.."

Speechless.

Dalam hati : semoga bapak mertua aku comel dan baik hati macam ni. Hi hi hi.

Ok bye!







No comments:

Post a Comment

hai!~