Wednesday, August 17, 2011

Satu Malam ke Bangalore


Perasaan balik kali ni bercampur-baur. Aku happy, sebab nak jumpak Fadzliyah kat Bangalore. Tapi rasa syahdu, sebab kawan-kawan lain tak balik lagi. Jadi, nak rasa happy lebih-lebih pun macam tak patut.

Yerp, aku dah habiskan exam 1st year aku. Alhamdulillah. Lepas setahun kat sini, finally aku boleh balikkk, yeay!

Malam aku ke Bangalore ditemani seorang pakcik comel. Aku tak sempat tanya nama dia. Yang aku tau, dia merupakan pemilik syarikat binaan bersama-sama 2 lagi adik bradik lelaki dia dan mereka bakal membina sebuah shopping mall di Manipal yang akan siap dalam masa 3 tahun. Jadi takda sebab untuk aku happy sebab aku sudah tiada di Manipal untuk bershopping sakan di situ.

Daripada bab study aku, sampaila bab family dia. Sampai ke gambar anak-anak dia pun dia tunjuk kat aku. Fatima. Khadija. Bila aku bagitau nama aku, baru dia bagitau, anak last dia pun nama sama dengan aku. Walarh! Berjodoh betul.

Aku cakap kat Miyn, "Agak-agak ada ke pakcik hebat cool camni kat Malaysia? Yang sangat friendly dan tak kisah share cerita peribadi?"

Dia tanya lagi, apa plan masa depan? Nak sambung lagi tak? Nak kahwin? Aku sengih saja. Aku cakap "I just finished my first year. Let me be more exposed in this field, then I'd start planning"

Dia sendiri cakap dia tak plan untuk anak dia. Yang lelaki dah sekolah tahfiz. Dan anak perempuan dia nak belajar kat Malaysia. Weeheee! Aku tanya dia, apa dia suka makan kat Malaysia.

"FISH."

Erk. Fish? India also got fish meh.

Kami borak-borak sampaila datang sorang laki tuan empunya seat depan aku tu. Dan pakcik tu naik atas lalu pergi tidor. Aku pun sambung baca novel karya Rahul Saini. Hoh, novel India tak pernah fail buat aku happy :)


* * *

Sebenarnya, kawan yang tumpangkan aku kat Bangalore tu tengah exam. Rasa bersalah jugak tapi dia dah cakap berbulan dulu "takpa, aku study awai-awai so that aku boleh bawak ank jalan-jalan nanti.."

Alolololo, baiknya kan kan?? :P

Kat rumah tu, aku disambut oleh sang kachak Tom. Kachak gila baq heang. Dahla gemok, tough, mugil, gebu gemulus macam nak pijak sampai penyet tekeluaq isi perut!

Masa dorang tengah exam, aku tidor atas katil. Dan Tom telah naik dekat kepala aku lagu geget geget kulit kepala aku. Erk! Bila balik rumah, muncul beberapa ketoi jerawat hasil berbantalkan Tom.


Ok, sebenarnya dah taktau nak sambung apa. So aku stop sini je. Sebelum tu, nak cakap, saya sayang Fadzliyah dan Nabila Huda! Bye !


No comments:

Post a Comment

hai!~