Wednesday, September 7, 2011

Dedicated to my Manipal Juniors :)

Salam.

Lagi beberapa hari, saya akan jadi senior, yeay?

Nay, jadi junior lagi seronok sebenarnya. Hihi. Tapi jadi senior pun seronok jugak, sebab saya suka orang panggil saya kakak. Kakak Miyn. Ooo eee Ho! Sebenarnya junior dah masuk pun bulan 3 haritu, tapi kali ni, junior dentistry pulak nak masuk, yeeehaa! So, since haritu ada beberapa orang tanya saya pasal Manipal, and Im sure there are few of you who read my blog silently dan tak berani nak call/skype kan, meh sini akak cerita sikit pasal Manipal okek!

Ye la, India. Macam biasa, banyak sangat cerita nya. Yang tak pernah pegi pun nak bercerita jugak. Masa belum masuk dulu pun macam-macam aku baca/dengar. One word : OVERRATED! or EXAGGERATED!

So, now Im gonna the reality of Manipal, from my own point of view. Yeerp, ini pandangan Miyn saja. Sebarang ketidaksetujuan harap ditolak tepi sebab masing-masing ada pendapat sendiri kan :)



HOSTEL

Saya dapat hostel buruk. Lebih kurang macam Blok Ekhwani MRSM Beseri, cuma kali ni dengan attached bathroom. Kalau sampai hostel tu time malam, bersedialah untuk menangis. Sebab bila malam semua benda pun nampak scary dan superburuk. Tapi bila dah lama, ok je pun.

InsyaAllah, anak anak gadis akan menetap di International Hostel (hostel baru, senior korang semua duduk situ) di mana korang takyah share bilik pun. Privacy 100%, oh sukahati tak? Syukur la, tapi mahal nak mams. Ada aircons, air panas, pantry, meja study, lampu meja, board boleh letak post-it.

Makcik cleaner ada, cuma perlu panggil saja. Dobi pun ada. Awak cuma hantar baju kat bawah, 2 hari lagi pegila ambek. So, kesimpulannya, u dont really have to worry about your place to sleep, eat and study.



FOOD

Siapala dulu cakap makanan kat India ni semuanya menciritbiritkan. Fenifuuuu! Datanglah Manipal, anda akan sihat-sihat saja. Kebanyakan restoran halal dan menyihatkan. Kecuali sendiri pergi carik pasal tak melanggan air Bisleri pastu pergi guna air paip untuk buat maggi. MUAHAHAHA.

Air minum kita guna air lain, bukan air paip. Jadi takde lah cirit birit :)

Manipal best! Kita ada teh tarik, Subway! yee SUBWAY! (ok biasa je la subway je pun over la miyn ni kan), nasik ayam, nasik tomato, mee kari, ayam rendung. ye ayam rendunggg, gorong pisang, cekodak pisang. Ok semua ada la senang. Kalau takda sila belajar masak pastu masak sendiri :) Eskacang pun ada.



STUDY MATERIALS

Everything is affordable, and wayyyy cheaper than in our homes. So no worries, no need to usung the labcoats from Malaysia.



STUDY

Find the right friends, join the right clubs, hunt the right path, insyaAllah Dia akan permudahkan semuanya :)

Ini kena experience sendiri. Tapi please jangan banyak main macam Miyn.




So, selamat datang ke Manipal. Sesiapa yang jumpa saya, tolongla jangan cakap muka saya garang. Nanti saya sedih. Hihi.


BYE !

No comments:

Post a Comment

hai!~