Hai !
Maaflah ye Miyn perasa bizi mengalahkan VVIP. Disebabkan last post dah tulis panjang benor. jadi kali ni kita tunjuk je la gambar-gambar practical saya untuk block 4 ni. Disebabkan mendapat permintaan ramai kan, jadi saya berusaha menangkap gambar secara hagamm (takleh tangkap gambar sebenarnya, motif? saya taktau ler).
Jadi, motif kali ni ialah untuk membuat 'occlusal rim'. Beberapa langkah je lagi untuk menghasilkan seketoi gigi palsu. Theory tentang occlusal rim ni, saya tak berapa boleh nak terang sangat la sebab saya tak fokus dalam kelas HE HE HE. Tapi basically, kita akan susun gigi-gigi tu atas ni la.
Mula-mula sekali, kita buat base dulu menggunakan 'base plate'. Base plate ni akan lembik bila dipanaskan. Pastu kita tekan pelan-pelan ikut shape 'master cast' (replika gigi), bagi dia duduk rapat-rapat dan tak gerak-gerak dah. Tapi still boleh tanggalkan la.


Lepas tu, kita gulungkan bahagian tepi ke dalam, supaya ada border. Saya dah buat silap untuk gigi 'maxillary' (gigi atas) sebab saya pegi lipat dan bukan gulung. Satu benda yang menyampah sikit semasa proses ni ialah, base plate ni keras. Jadi kita kena panaskan-bentukkan-panaskan-gulung-panaskan-gulung dan seterusnya sampailah siap. Kalau silap panaskan atau banyak kali sgt panaskan, nanti dia jadi hitam takpun bergerutu, NGEE!


Alhamdulillah dah siap part 1. Base plate ni sangat fragile. Kalau jatuh senang sangat patah. Dentists dah tak pakai dah base plate ni. Ini cuma basic je sebab sekarang orang guna 'acrylic'. Itu tahun depan baru kami pakai yerp.
Next, membuat 'occlusan rim'..
Benda paling terpenting sekali, ialah : MODELLING WAX
Dan Bunsen burner. Dan rubber bowl. Dan tikar getah HE HE HE ok tipu. Itu nama dia Mackintosh sheet. Kat hospital haritu saya tengok depa letak buat alas tilam kot kot terkencing terberak ke, kot? Tapi yang pasti kalau ada kebakaran, baling je tikar getah tu sebab dia kalis api. Tak dilupakan juga instrument lain yang agak rumit namanya. Nampak tak pisau burger tu? :P
Dipendekkan cerita, nak buat occlusan rim senang je. Panaskan wax sheet, lipat cantik2, susun atas base plate. Pastu panaskan satu alat yang bernama 'wax knife' dan pelan-pelan cairkan-ratakan-bentukkan-cairkan-ratakan-bentukkan sampaila jadi bentuk U yang cantik.


Huduh bebenor kan kerja saya? Serius penat. Wax pulak asyik cair pastu meleleh atas jari atas tangan atas labcoat. Haih. Sakit! Tapi saya kena mengaku, saya mendapat ketenangan pada waktu practical ni la. Waktu lain takda masa maaaa.


TADAAAA! Dah cantik kan?
Dah nampak sebab kenapa duit selalu habis? Sebab asyik salah pastu kena la beli sendiri segala benda-benda ni. Lab bagi kita satu je.
Sekian sahaja praktikal kami untuk tahun ni :)
No comments:
Post a Comment
hai!~