Salam.
HAI !
Tadi aku pergi post office nak pos barang kat rumah. Dan aku tengok banyak pulak orang pos kad hari ibu ke Malaysia. Ala, terlupa la pulak :(
Cakap pasal mak, harini satu hari emotional bila teringat kat mak. Lagi-lagi tahun ni, disebabkan ramai kawan-kawan dah dok oversea, jadi semua jadi lebih menghargai mak. Semua dah tukar gambar profile picture Facebook dengan mak masing-masing. Aku pun dah buat. Nak tengok mak saya tak? Tuuuuu, tengokla kat sebelah! Hihi. Cantik kan mak saya? :P
Saya selalu rasa mak saya lain dari yang lain. Serious. Dahla susah senyum, susah nangis, haiyo. Saya terbalik pulak. Selalu je buat muka tak malu senyum sebesar bolehhhh dan suka pulak menangis walaupun takdak sebab.
Antara kepelikan mak saya :
Satu. Masa saya kecik dulu, kitorang ada maid. Saya tengok maid saya ni, kalau mak saya masak, dia mesti ada kat sebelah. Dia tolong lipatkan baju. Dia tolong sapu sampah. Tapi bila saya habis makan, mak saya tak bagi dia basuh pinggan!
"Biar dia basuh sendiri. Tona jangan buat." (nama maid saya time tu Fathonah)
Dua. Masa saya kecik jugak, mak saya bagi saya tugas khas; isi air dalam bekas mineral tu. Time tu takde la paip direct dari sink tu. ni yang memang kena isi pastu dia turun ikut celah-celah batu tu. Tau tak? Taktau pun buat-buat la tau ye HE HE HE. Pastu bila saya lupa isi kena la marah sikit kan. Sedih tak kecik-kecik dah kena angkut ayaq. Hukhuk.
Tiga. Dulu saya dengan kakak saya pernah berazam kitorang benci sayur tauge sampai mati! Sebab mak saya ni selalu suruh kitorang patahkan akar tauge tu satu-satu. Bila saya makan kat rumah orang lain atau kedai, saya tengok ada je akar tu. Dia cuma buang kulit hitam tu je. Saya tanya la mak saya, boleh tak buat camtu? Dia kata takboleh.
Empat. Kalau sidai baju tak bersepit, mak saya nanti suruh saya keluar balik pergi sepit semua baju. Pastu beliau cukup pantang kalau sidai baju bawah cahaya matahari tak alihkan baju tu ke luar. Dia kata nanti baju tu pudaq la kaler dia. Penat nak pegi alih satu-satuuuuu. Nyesai tak buat awai-awai. Tu tak masuk bab kibas-kibas baju lagi. Semua baju pun kena kibas dulu!
Lima. Mak saya hari-hari masak. Dan sebelum saya masuk hostel, saya ada tabiat tak makan benda yang mak saya tak masak. Contohnya, kalau org tanya, makan ikan keli tak? TAK. Sebab apa? SEBAB MAK TAK PERNAH MASAK. Hehe. Pastu dulu kecik-kecik mesti ada berkira-kira dengan adik beradik sendiri kan? Ada sekali tu saya takmau basuh pinggan adik. Terus mak saya cakap "Esok kalau ummi masak untuk ummi sorang boleh tak?" Herghhh!
Enam. Masa saya dajah 3, maid dah takdak. Mak saya cakap takmau amek dah. Terus, mak saya ajar mcm mana nak iron baju sekolah, dan dia cakap start dari haritu, saya kena iron baju saya sendiri sebab dah takde sapa nak buat. Saya rasa saya hebat la sebab kali pertama saya bakar baju saya ialah pada tahun lepas. Wiwit!
Tujuh. Bila adik saya dah start sekolah, baju sekolah dia mak saya basuhkan. Lepas tu, kakak saya bajet bertanggungjawab dan dia sukarela nak basuhkan. Pastu bila dia masuk asrama, takkan la saya nak pass kat mak balik kan? Macam kureng ajars je. Maka bermula pagi Jumaat yang disaster. Basuh 5 baju sekolah. Hari Sabtu pulak, iron 5 baju sekolah. Weng!
Lapan. Lepas kakak saya habis sekolah, dia duduk rumah tak buat apa-apa maka dia telah menjadi anak yang baik. Malam-malam dia akan tanya mak "Ummi nak pakai baju apa esk? Meh nak iron." Dan bila kakak saya masuk Uni, takkan laaaa saya nak tutup sebelah mata je kan? :P tak tenteram tido oi.
Sembilan. Mak saya penah tak bagi saya pegi sekolah sebab saya dapat C dalam subjek Matematik masa tingkatan 3. Terpaksa tebalkan muka janji taknak dapat C dah :( tapi lepas masuk mrsm, mak saya dah tak strict dah. Semua dia cakap okayyyyy je.
Sepuluh. Mak saya pantang sekali kalau dia tengah masak tapi saya takmau turun dapur. Dan saya sangat tak paham kenapa sampai harini saya tak reti-reti masak hebat macam dia.
Sebelas. Lepas habis kolej, mak saya rasa saya perlu diselamatkan dari ketidakpandaian memasak yang dasyat. Maka, sebelum dia balik kerja, dia akan call. "Harini masak asam pedas okay. Pergi potong dua bawang perah asam bla bla blaaa nanti balik Ummi rasa." Dan selalunya memang tak menjadi sangat la. Tertawar ke, termanis ke. Selalunya beliau akan betulkan sebelum kitorang makan nasik.
Dua belas. Mak saya tak pernah beli kuih raya. Setiap tahun kena buat sendiri. Bukan untuk rumah pun, semua untuk bawak balik kampung. Boleh bayang tak berapa tong saya kena buat? Atas sebab yang sama jugak, saya selalu menolak untuk makan kuih raya yang dibeli di luar.
Tiga belas. Saya bercadang nak hadiahkan mak saya seorang cucu *ok tipu* HAHA. Takde kaitan :P
Dulu Ummi selalu buatkan kek harijadi untuk kitorang. Sekarang dah tak dah. Sekarang main masak-masak je. Tapi serius nak satu, bila dah balik nanti. Ummi selalu cakap, kalau kitorang taknak belajar masak, sapa nak masakkan bila time raya nanti? Nanti bila Ummi dah takde, nak belajar dengan sapa?
Ah, emotional.
Semoga saya jadi mak yang hebat dan kuat macam mak saya :)
p/s : lagu bertajuk Mama kegemaran saya ialah yang Il Divo nyanyi tu.
No comments:
Post a Comment
hai!~