Maghrib tadi ada sorang kawan mintak temankan dia tido kat bilik malam ni. Aku janji akan pegi lepas aku habis setelkan kerja aku. Tapi dah pukul 11 malam ni ha, kerja tu tak habis-habis lagi..
"Sori, kalau aku tak pegi malam ni ko marah tak? Lainkali yerp?"
Dan sekarang aku rasa bersalah. Dalam banyak-banyak orang, dia cari aku. Sayangnya aku tak dapat meneman..
* * *
Dulu aku pernah rasa kurang selesa bila orang suruh aku buat itu ini. Sikit-sikit aku. Sikit-sikit aku. Tapi bila dah besar ni, baru aku sedar, sebenarnya orang cari kita sebab dorang percaya kat kita.
Contoh simple, bila kau bosan, kau rasa nak bercakap dengan seseorang, kau mesej siapa?
Bila kau rasa sunyi dan kau nak berteman, kau cari siapa?
Bila kau tak reti nak buat sesuatu, kau mintak pertolongan siapa?
Mesti ada sebab kenapa kau cari dia. Kan?
Jadi pasni kalau orang mintak tolong ke, sila rasa terharu okay. Dan kalau kau tu orang bertuah yang aku ajak suruh temankan aku makan ke, silalah nangis sekarang. Sebab dalam banyak-banyak orang, aku pilih kau. Wu la la! :P
Tapi, jangan lupa, sebelum kita cari pertolongan orang lain, ingatlah tempat pergantungan kita yang utama :) *pandang atas*
No comments:
Post a Comment
hai!~