Salam.
HAI !
Duduk di atas katil ketika ini ialah Miyn yang baru habis dari exam practical Biochemistry. Perasaan kurang senang. Dan bila aku kurang senang selalunya akan keluar la "ish rugi aku tak amek TESL" sebab feveret aku masa Tingkatan 4 dan 5 dulu ialah karangan Ingelis satu perkataan tu. Contohnya dia bagi tajuk "Table."
Dan selalunya karangan aku mesti pasal cinta, kononnya pergi makan kat satu restoran pastu terlanggar meja, datanglah seorang lelaki tanya "are u okay?" lepas tu dia bawak pergi hospital bla bla bla pastu kahwin dpt anak kembar HE HE HE gila. Ye la, sesuatu yang aku boleh tulis tanpa ada rangka, dari awal sampai habis sampai 3-4 pages dan selalunya aku lah yang dapat markah paling tinggi sebab aku rasa cikgu tu pun suka cerita cinta aku kot? Hi hi hi.
Suatu keseronokan masa dulu. Sekarang bahasa omputeh aku dah berkeladak.
Subjek sains? Hmmmph. Aku takda kebolehan mengingat dengan betul dan lama2. Tapi aku tau aku senang ingat nama orang.
Ok lets not talk about it. Jalan aku dah ditentukan ke sini jadi baiklah aku cuba sehabis baik saja okay, sayang?
*lagu Hattan - Dari Kekasih Kpd Kekasih* ye aku baru tekan butang play kt wall Facebook aku. Terima kasih kepada Wan Ahmad Faiz kerana memperkenalkan aku kepada lagu-lagu rock kapak.
Di saat ini, ada 2 benda yang membuatkan aku rasa 'rileks' dari kesibukkan dunia.
1- Usrah.
Aku bersyukur la dikurniakan seorang kakak usrah yang sangat hebat. Yerp, beliau sangat hebat dalam membuatkan aku 'look forward' nak pergi usrah. Kalau takda exam, aku tak kisah usrah kitorang berlanjutan sampai 4 jam. Dia tak pernah buat aku rasa macam aku lah maknusia yang membuat dosa itu. Eg. tak tutup aurat dgn sempurna. Tapi dia ajar kitorang untuk sentiasa rasa nak berubah ke arah kebaikan.
Selain itu, dia suka masak. Dan Miyn pun memang suka la makannnn ni kan HO HO HO. Disebabkan usrah jugak, kawan2 aku yg gaduh2 manja dulu dah berbaik-baik. Sapa tak gembira kan?
The power of usrah.
Tips : kalau kita rasa malas nak ke usrah, kita cuba paksa diri pelan2. Cuba bayangkan kalau Allah tutup terus hati tu nak ke usrah, tapi dia bukak hati tu nak ke party awal tahun, contohnya. Takut tak?
2. Twitter.
Seorang senior suka menyebut 'tweet' itu sebagai kicauan dan aku rasa itu sangat comel. HA HA HA. Twitter dah jadi macam diari bergerak aku. Apa yang aku rasa/fikir, terus aku bukak UberSocial kat Blackberry dan membunyikkan kicauan aku. Ok tak bestlah tiru perkataan org ni. Guna 'tweet' balik lah.
Apa yang seronoknya Twitter ni?
Bagi aku, paling best ialah bila dia jadi medium untuk aku kenal orang lain. Dah dpt banyak kawan dah dengan Twitter ni, suka!
Lagi best kalau guna applikasi TweetDeck. Semua tweet keluar dengan sendiri macam air terjun tanpa perlu 'refresh'. So ada satu hari ni, aku bukak TweetDeck dan aku duduk je depan laptop tengok update semua orang. Perghhhh, mcm tengah duduk kat kedai kopi baqheang!
Tapi risikonya, ada tendency nak belek UberSocial kat phone je sebab nanti malas nak scroll bawah2 nak tgk tweet lama. Habis satu lecture, bukak US. Habis je, bukak US. Dah macam orang gila dah. Tu tak masuk lagi kalau tgh duduk saja2 pun, 5 minit sekali tgk phone.
Takpe dont worry, i will control myself for im now in the middle of exaaaaaammm, Gah! Dizashter!
Doakan :) Bye!
No comments:
Post a Comment
hai!~