Dan itu sangatlah tidak bermaksud aku ni tengah galak bercinta. Sila amek perhatian.
Status : TIDAK DAN BUKAN KECEWA. "bosan eh suka dekat orang! org tak suka balik dekat kita pon!"
Semalam kawan aku hantar text ni. Dan dia jugak tulis "curse of our gang, menjanda sampai tueee." Heee, betoila tu agaknya. Bagi aku, bila single ni, masing2 akan lebih hargai kawan2. Dan aku suka bila kitorang kuar sama2, takde sapa sebok nak pegang henfon nak text bf tak tentu pasal. Henfon tu memang tak kluar pun dari poket. Dan takde topik lelaki dalam perbincangan. Semuanya pasal hal masing2.
Text atas ni, aku cuma reply; banyak lagi lelaki kat luar sana. Jangan tengok yang sekeliling ja. Dan aku bagi balik ayat yang dia penah bagi dulu "just wait for someone who's worth waiting for."
Orang yang aku rasa penasihat terpaling penting dalam hidup aku penah cakap "love is like catching a butterfly. The more u chase it, the faster it'll fly and run away. But if u juz leave it alone, it'll come to u when u least expected it to." Kesimpulannya, tak payahla susah payah terdesak sangat nak mencari gf or bf. Hidup ja macam biasa, dan tumpang gembira untuk sesapa yang ada. Satu hari nanti dia datangla. Tuhan kan dah janji.
Tau tak sayang itu lagi kuat dari cinta? (rasa pelik betul sebut perkataan 'cinta'. Heeee~) Bila sayang, sampai bila-bila pun insyaAllah akan ada. Tapi kalau cinta tu, esok pun boleh hilang. Bila sayang, kita taknak orang tu pergi mana-mana, nak dia ada dengan kita sampai bila2. Sebab ni lah aku tak penah terima Amey balik. Sebab aku taknak nanti gado pastu dia tak jadi kawan aku dah. Tapi dia tanak paham. Nak jugak ikat orang. Taknak terima hakikat yang hubungan kawan2 tu lagi best dari berkapel. Dengan kawan aku boley cerita banyak benda. Tapi dengan bf, aku banyak diam. Dan dorang cakap aku suka buat perangai bila semua benda yang dorang tanya, aku tanak jawab. Sebab bagi aku, buat apa bagitau orang yang aku rasa aku takkan kawen dengan dia pun, dan aku ada peluang untuk bergado besar dengan dia dan dia akan pergi bawak diri pastu rahsia aku semua nanti dia pegang. Tak ke naya?
Dan aku jugak tak suka panggil dan dipanggil sayang, darling, honey, baby dan segala nama pelik yg lain. Simpan nama tu untuk orang yang layak. Nanti kang aku kapel dengan 10 orang, 10 orang panggil aku sayang. 10 orang aku panggil sayang. Lepas tu apa yang best lagi? Dah basi.
Tadi aku mesej Amey. Aku tanya, apa perangai aku paling burok. Dia cakap, banyak sangat. Semua pun terburok. Sakit hati aku baca, tapi ekceli aku sedih. Tapi takpela. Sebab macam mana pun, Amey still lelaki yang paling hebat bagi aku sebab dia ada benda yang aku tak jumpa dekat orang lain. Ho ho ho. Dan tak pernah sekali pun dia maki aku. Kalau lelaki lain, mesti dah cakap ko ni bajet best ke apa jual mahal nak mampuss, orang tunggu lama nak mampuss ko buat derk macam nak mampuss tak sedar diri nak mampuss. Baik ko pergi mampuss.
Nampak gaya macam takde harapan nak kawan balek dengan dia. Shit. Sampai bila2 pun mana boley ada org replace dia. Dia la kawan lelaki paling best pernah aku dapat. Dan sebab tu org cakap, ko jangan gila nak amek besfren ko jadi lebih dari tu kalau ko tak pandai handle. Sebab bila dah buat, nak undur balik susah. Padan muka Miynamin.
Lepas dari Amey, aku tak berani nak buat apa-apa sampai sekarang. Takut merosakkan anak orang lagi. Sebab kawan2 aku pun cakap "ank tak payah kapel la, satgi tahan 3 bulan ja. Masa suka ank macam nak gila, lepas kapel ank bukan layan pun."
* * *
Semalam acara kemuncak yang mana kawan aku tau kecurangan bf dia. Laki bodoh tu pulak kenapala bodoh sangat tak kontek kawan aku tu cakap terus-terang? Bukannya kawan aku tu nak bunuh diri pun. Call je la, cakap ko ada lagi sorang awek sebab ko tak tahan tengok perempuan belambak depan mata. Mula-mula aku diam je dan cuma tengok dia menangis melolong macam orang hilang laki. Lepas dia dah elok sikit, aku cakap nak call bf dia. Tak angkat pun. Tongong punya manusia. Then aku call awek baru dia. Baik budak ni. Mangsa keadaan jugak.
Kawan aku ni sangatla sabar. Dan aku rasa dia hebat. Tak mesej tak call banyak hari banyak minggu pun, dia tak penah cakap apa. Sebab dia cakap dia kenal laki tu, dah 6 tahun kawan. Aku cuma boley diam, sebab aku tak pernah handle masalah cinta since kwn2 aku semuanya tak penah ada masalah ni.
Kawan aku masa MRSM dulu pun ada bf yang tongong jugak. Laki tu tak bagi kwn dengan mana2 lelaki, keluar dengan kawan perempuan pun tak boleh. Sebab katanya, daripada keluar dgn kwn, baik keluar dengan dia. SHIT LA WEY. Aku cakap kat dia, laki tu tak layak dapat ank (hang) pun. Ank ni baik sangat. Dan dia pun sedar. Tapi dah sayang macam nak mati, dia buat ja semua yang disuruh. Tapi sendiri sakit hati. Nak buat apa?
Kita sayang orang sebab nak hidup hepi, nak kongsi semua benda yang kita nak buat dengan dia. Bukannya nak amek orang tu jadi hak kita, simpan dan pegang kuat2 tak kira macam mana pun, tapi sendiri sakit jiwa, sakit otak, sakit kaki, sakit tangan, sakit bontot dan macam2 lagi.
Semalam aku bagitau kakak aku. Dan dia cakap "u dont get involve. nanti u'll be hurt." Tadi aku baca blog dia, nampak macam dia dah selesa dengan seseorang. Okla, aku tumpang hepi. Dan dia selalu jugak tanya, bila pulak time aku? Well, secara jujurnya aku selalu rasa aku masih muda untuk semua benda ni. Aku 19 wey, cakap pasal kawengg kawengg ni mak aku tibai kang. Dan aku rasa sebagai seorang perempuan, patut ada perasaan malu walau semoden mana pun dia. Aku tidak boleh sekali-kali membuat first move (ko katala aku kampunggg, katala, aku tak kesaaah), sebab perasaan adalah sangat best bila mendengar lelaki confess dan ketakutan dirijek. HA HA HA. Salah satu kejahatan aku la tu. Huahuahua. Dan aku jugak jahat bila aku tidak suka segala jenis pengakuan yang berbentuk tidak berani (mesej, chatting, surat bla3), walaupun orang tu aku suka. Amey penah cakap dekat kwn aku, "Apa masalahnya dengan mesej? Sama ja la." Well, bagi aku 'berani' tu membuatkan ko up satu level dari org lain.
Zet once said : if you're hurting in a relationship, and suffocating, being someone else, but you are still doing it for love, meaning, love got to ur head, making u cant think straight. You must let love goes to your heart.
Mungkin kewujudan broken family tu sendiri buat aku jadi pemilih yang dasat. Benda kecik2 pun jadi hal. Cth; aku tak suka org text aku pastu tinggal skerat jalan tak ckp dia p mana. Cth; org yg takdak masa depan dan hidup hanya utk main. Cth; org yg penah ada awek belambak lambak. Ayah aku cakap, nak cari suami, cari orang yang ada sifat2 yang kita nak tu sebelum kaweng. Jangan expect dia nak berubah lepas kawengg. Kalau nak org yang tak merokok, cari org yg tak merokok dari awal. Sebab kalau dah lelaki tu macam tu, nak harap dia berubah adalah agak mustahil.
Well, mungkin dia cakap berdasarkan diri dia sendiri kot. (tapi ayah aku mana merokok pun) Ngeeeee~ Baiklah abah, saya dengar. Macam pelik jugak bercakap topik kawengg kawengg dengan abah. Macam bukan saya je. Tapi agak hebat bila ayah aku tau aku ni suka lelaki muka kecinaan. Mana dia tau entah?
Ok, lari topik.
Rasanya ni entri terpaling jujur pernah aku buat. Bukan bermaksud entri sebelum ni fake, tapi kali ni macam banyak menceritakan perihal diri sendiri yang aku agak susah untuk cerita kalau tak kemerengan macam sekarang ni. Mungkin tengah ada mood. Plus sakit otak sikit. Plus aku sendiri sakit hati bila tengok kawan aku tengah tak ketahuan sampai aku dah terbanjirkan beberapa ketoi air mata dalam keadaan yang tak sepatutnya.
To my dear frens and lalinks , wherever u are, just know that i laff u.

No comments:
Post a Comment
hai!~