Antara benda kebendaan yang saya belajar:
[1] Ummi cakap saya sebagai perempuan harus tau menjaga muka agar tidak menjemput jerawat datang bertandang. Tidak manis katanya. Dan prinsip 'mampoih p' adalah tidak boleh digunakan kerana ummi berkata muka saya sudah menjadi seperti katak puru di mana katak puru pun lebih cun. Dan menurut beliau, itu adalah sebab saya ini gatal. (dan itu merupakan satu pitnah!)
[2] Adalah harus banyak bersabar bila berhadapan dengan cikgu-cikgu yang mudah membuat saya naik hangin. Perlu menahan mulut daripada mudah mengatakan perkataan tidak baik kerana beliau tetap cikgu. Sabar sabar dan sabar je laaaaa. (mengutuk cikgu boleh menyebabkan hidup tidak berkat tau tak tau tak, kalau takdak cikgu takdakla ko yang sekarang ni tauu takk tauu takkk!!)
[3] Kadang2 lebih baik diam daripada bercakap kerana diri mungkin akan ternampak seperti badut sarkas bila mengatakan sesuatu yang bodoh. Dan budak kelihatan bodoh adalah sangat tidak comel.
[4] Perlu menggesa abah untuk memasuk duit dengan awal sebab beliau selalu terlupa. Duit itu penting. Duit sememangnya boleh membeli kebahagiaan. Saya tak nak banyak, cukup untuk menyapot perut. Dan saya perempuan. Tolonglah faham betapa pentingnya makanan yang cukup.
[5] Perlu mengetuk bantal sebanyak 6 kali sebelum tido untuk memastikan saya bangun pukul 6 dan bukannya pukul 7 jika tidak mahu berebut toilet.
[6] Jangan sekali kali lambat ke kelas kerana adalah memalukan bila budak laki tersampai awal dan budak perempuan sampai lambat lalu perlu terhegeh-hegeh mencarik meja.
[7] Jangan selalu sangat tido dekat bilek orang (tujuan nak bermanja-manja pun tak boleh). Sebab perbuatan yang memalukan selalu berlaku bila kita tido. Perlu memberi pesanan kepada kawan agar tidak mengkecoh-kecoh dekat sesiapa mengenai sebarang perihal aib atau perkara-perkara yang memalukan tersebut.
[8] Jangan terlalu bermurah hati, nanti sakit hati.
[9] Jangan membuat tahana dekat orang nanti berdosa dan masuk neraka.
[10] Kerja yang banyak tidak boleh ditangguh jika mahu mendapat tido yang berkualiti serta mimpi enak-enak. Tido kalut-kalut menyebabkan mimpi ngeri yang dasat dan kesakitan kepala yang amat.
[11] Perlu melawan rasa takut berada di atas pentas, di depan kelas, di depan lelaki, di depan cikgu, di depan Si Rambut Cantik, Si Mata Kuyu, Si Pendek, dan Si Si yang sebagainya.
[12] Menjimat duit dengan lebih extreme. Tapi jangan sekali-kali berkompromi apabila menyebut tentang makanan.
[13] Jangan suka menjatohkan maruah dengan menangis tak tentu pasal.
[14] Perlu bijak mengawal perasaan terutama bila mendapat v*power.
Pelajaran terpenting : Saya tau ramai kawan2 yang sayang saya (bunyik macam perasan tapi tak kesahlah, nak perasan jugakkk). Yang hantar mesej tapi tak berbalas. Yang saya sengaja tak balas sebab saya perasan saya ni bz mengalahkan VIP ataupun yang saya balas tapi pendek2 je. Tima kaseh dekat Tmex sebab call. Tima kaseh dekat Redha sebab call walaupun cuma 5 minit sebab lagi sekali saya ni perasan bz mengalahkan VIP. Tima kaseh jugak dekat Palyah, Amirul KMB, Rajhan, bla3 sebab bagi nasihat macam2. Sebab buat lawak. Sebab mempuji-puji membuatkan saya rasa kekembangan hingga jiwa bergelora menahan malu (hahaha poyooohh!)
Sebenarnya saya terasa sangat sedih sekarang sebab banyak ketinggalan cerita kawan2. Semuanya sebab saya ni memang jenis pemalas membalas mesej. Pastu bagi henset dekat sapa2 yang terasa kredit dia habis pastu nak call mak ayah kawan boifren abang kakak tok nenek sanak saudara sekalian. (saya nak perasan saya ni baik dan pemurah hati boleh?)
* * *
Oh ya, hari ni terasa seronok sebab jumpak Izz dekat Terminal 1 tadi. Alahai, masa tu saya duduk di dalam teksi dan ada budak sekolah 2 orang pakai baju melayu mentengok saya seperti mau makan org. Muka seperti comel *kenyit kenyit* (HOI! dorang budak sekolahhh kottt!) Bila balik, Izz buzz saya kat ym dan dia cakap dia nampak saya tadi. Ngeee, pastu terus tuntut janji yang aku cakap nak belanja dia dulu (aiyoyo apasal la aku banyak sangat janji nak belanja org nih? Bagi kasih sayang je boley?) Macam best bila tau ada blogger duduk dekat2 sini ja. InsyaAllah la Izz, nanti pree pree jom orang belanja jom! Tapi bukan time sekolah lahhh.
# Entah kenapa, bila hari mengalami emosi dan jiwang2, mesti mendapat mesej kasih sayang dan touchy-feely dengan sangat dasat di ym dan henfon. Dorang macam tau2 ja. Hebatlah hidup ni.