Tuesday, February 24, 2009

Gardenia Butterscotch!

Saya ni memang penggemar roti nombot satu. Roti Gardenia feveret saya mesti wajib ada stok di bilik. Bila habis beli lagi. Habis beli lagi. Saya susah nak berkira bab-bab roti ni. Kiranya saya yang menjadi tukang supply roti Gardenia di bilik. Takpelah, berapa ringgit la sangat. Kongsi 2 orang tak misken aihh..

Tapi kan, saya tak pernah bersetuju dengan slogan Gardenia iaitu "sungguh enak dimakan begitu sajaaa~"

Bagi saya, Gardenia tak sedap makan mentah-mentah. Dia mesti masuk dalam perut ditemani seseorang. Dan saya selalu bagi dia Nutella. Nutella ialah sejenis sapuan coklat yang ada rasa kacang-kacang sikit. Kiranya macam peanut butter perasa coklat. Tapi saya tak suka peanut butter. Rasa sebu perut. Saya makan Nutella je.

Selain Nutella, kegemaran saya ialah kaya. Bukan menjadi kaya maksud saya (oh ya saya mmg nak menjadi kaya juga), tapi ini ialah kaya yang disapu pada si roti Gardenia tadi. Roti tu pulak mesti bakar dulu, sebab bagi saya bubuh kaya atas roti mentah tak sedap. Lembik semacam dan kurang rangup. Bunyik yang dihasilkan pun kurang gempak. Bila makan roti dia mesti ada bunyi krapp krapp krappp, baru layak dikira enak. Setuju?

Sebab itu saya agak tak puas hati bila kolej cakap tak boleh pakai toaster dalam bilek. Sehari selepas dia bawak keluar peraturan bengong tu, saya terus beli periuk nasik dekat The Store. HA HA HA!!~

Tapi tak kesahlah, hidup jangan terlalu ikut peraturan.

Berbalek kepada kisah si roti tadi.

Bermula minggu lepas, Koperasi Kolej Mara Seremban telah membawa masuk sejenis produk baru keluaran Gardenia. Tengg tenenggggg..

GARDENIA BUTTERSCOTCH!

Apa itu Butterscotch? Mintak maaf, saya cuma tau dia tu sejenis perasa.

Sejak roti itu dibawa masuk ke sini, satu fenomena baru macam telah melanda Kolej Mara Seremban, lagi lagi dekat blok feremfuan iaitu Blok Aisyah. Lalu lah anda di mana mana saja, tingkat satu ke, tingkat dua ke, tingkat tiga mahupun tingkat empat, mesti ada manusia tengah menyumbat roti itu ke dalam mulut.

Saya yang asyik terdengar-dengar khabar angin ni, tak pernah lagi membeli roti tu. Semuanya bermula di mana saya dan klasmet saya kelaparan yang amat. Kami kongsi duit membeli roti tu. Mahai kottt, empat hengget.

Masa roti itu masuk ke dalam mulut saya, Ya Allah! Terasa satu nikmat yang tak boleh dilafazkan dengan kata-kata. Kelembutan roti itu yang bagaikan bantal peluk malahan gebu dan begitu comel sekali, bila masuk ke dalam mulut terasa seperti hilang begitu saja. Dan sedar tak sedar tangan saya terus menyeluk plastik roti. Lepas satu, satu lagi, sampai saya terasa macam dah ketagih tak boleh berenti makan. Dan pelik pulak bila perut tak terasa kenyang. Yang terasa cumalah sedap.

Roti tu punyalah sedap teramat amat sedap, sehinggakan saya memang tak boleh membenarkan sebarang jenis benda turut serta masuk sekali. Nutella ke, kaya ke, Tuna Ayam Brand ke, saya dah cuba. Ternyata kali ni slogan Gardenia memang sangat betoi. Roti ni memang sangat sedap dan menarik untuk dimakan begitu sahaja. Dalam masa 5 minit boleh habis semua...

Saya juga berjaya memperoleh testimoni mengenai kesedapan dasat Butterscotch ini daripada Cikgu Ikhwan sendiri. Beliau berkata,

"Eh, hampa makan dak lagi Roti Gardenia hat baru tu? Apa dia.. Butterscotch? Cikgu tak penah taw pun pasai roti tu. Tadi si Nadiah la ni, offer kat cikgu masa dalam kelas. Cikgu heran jugak tengok depa dok makan saja. Cikgu pun amek satu, makan. masyaAllah. Punyala sedap!!"

Jadi kepada anda yang belum memakan Butterscotch, silalah mencuba. Gerenti tak menyesal malah akan berterima kaseh kepada Miynamin.

Oh ya, saya tidak dibayar ye utk mempromosikan produk Gardenia. He he he.

1 comment:

hai!~