Minggu ni minggu pelik. Minggu di mana semua orang moody. Minggu di mana semua orang asyik nak marah. Minggu di mana semua orang kena sabar dengan perangai masing-masing.
Paling terbaru, seorang kawan saya mendapat tahu bahawa ada sorang fomfuan mengaku diri beliau ialah girfriend kepada kawan saya punya boyfriend. Dan kawan saya tu menjadi sangat tidak ketahuan sampai saya berasa sangat takut. Secara jujur, saya tak tau handle orang yang bermasalah cinta. Lagi pulak dia nangis kuat kuat, duduk sorang sorang, sembunyik dalam selimut sampai kami semua menjadi sangat risau dan taktau nak cakap apa.
Mungkin ini sebab saya tidak mahu membuang status single saya. Walaupun saya tak pernah ada sejarah kecurangan sesiapa, sebab saya selalu mendapat lelaki yang baik2, malah tersangat baik. Yang selalu membuat onar adalah saya, tapi masih jugak bukan sebab kecurangan. Sebab tu saya tak paham apa perasaan orang2 yang ada boyfriend jahat ni.
Saya nak cakap, ko tinggal ja la laki tu. Buat apa ko nak berebut dengan fomfuan tu. Buat apa nak tengok sapa yang paling laki tu sayang. Sebab laki tu bengong. Dia tak layak dapat ko, ataupun fomfuan tu. Dia layak dapat si bodoh macam dia jugak.
Tapi ofkos saya cuma diam. Sebab si kawan tersangat sayang dekat si lelaki. Nak hasut2 bukanlah masa yang sesuai, sebab saya takut termakan penampar.
Kalaulah saya jadi kawan saya tu, saya cakap je kat fomfuan tu,ko amekla laki tu. Saya tak kesah pun. Saya bukanla fomfuan bodoh yang nak berebut lelaki bodoh. Because I believe that it's better to wait 10 years for someone who is worth waiting for, rather than being with someone stupid for several months and end up with nothing but pain.
Carikla orang yang buat kita rasa selesa, selamat dan suka hati. Bukan orang yang asyik nak konker hidup macam dia tu suami kita ja. Pelisss la girls, it's annoying to see u do every single thing he says. Nak pegi sana sini tak boleh. Nak masuk itu tak boleh, nak masuk ini tak boleh. Tak rasa sakit jiwa ke kena ikut cakap dia padahal kita memang nak buat benda tu sangat2? Tak rasa nanti lepas ko kawen dengan dia, ko akan mati sebab kesakitan hati yang dasat?
Bukan mati pun hidup single.
yayahh,,
ReplyDeletex mati idop single,,
tp.........................*winx*
oh sememangnya betul kata2 anda tu
ReplyDeleteagak menyampah sikit tgk orang yang ikut kata boyfriend membuta tuli padahal boyfriend je kut. bukannya suami dia. semua benda tak boleh buat :S
*emo pulak
apa-apa pun entri yang sangat menarik :)
"Semua yang tak boleh buat tu" kena tengok jugak lah. Kalau si boyfriend tu halang si girlfriend jangan pegi karaoke yang ada sediakan arak kat dalam macam mana?
ReplyDeleteMau berdebat dengan boyfriend tu?
Lepas tu bagi alasan "Eh ai tak minum lah! Ai pegi karaoke je!"
Nak taknak si girlfriend kena terima bahawa menghadiri majlis yg ada arak tu haram n tak boleh ikut.