Wednesday, October 31, 2012

Oral Medicine and Radiology Posting

Assalamualaikum :)

Hello ! *senyum tayang gigi*

Tengok tajuk lagi sekali plis. Haaaaa, tu la posting sayeee sekarang. Macam budak medic jugak, kitorang ada posting seperti Community Dentistry, Conservative Dentistry, Pediatric Dentistry, Periodontics, Oral Surgery dan banyak lagi la. Before this sayeee posting Cons, tapi itu later la cerita ye.

Sebelum ni yang ajar subjek Oral Medicine + Radiology cuma Dr Sumanth sorang. Tapi sekarang Dr Preeti Mary Donald (dont get confused with McDonald okay) dah datang, so soon we'll be having 2 lecturers lah. Dr Preeti ialah wife Dr Renjith. HA ! Untuk pengetahuan semua kat sini ada 5 couples including the Dean and his wife :)

Comel kan dentist kawen sama dentist pastu kerja satu tempat. Sho shuwitttt he he he..

Kali ni, posting subjek ni cuma ada 4 sessions, maksudnya 4 hari. Hari pertama dan kedua belajar examine salivary gland + cranial nerves, nak check kalau struktur-struktur tu normal atau tak. Pastu recall balik camna nak check blood pressure, pulse rate, breathing rate etc tu kannnn sebab nanti nak kena buat kat patient dan masukkan dalam buku rekod kalau tak lengkap nanti takleh amek exam. Ok, tu la motif sebenar dia HAHA ok tipu. 

Dental posting group sayeee iaitu Group B ada 8 orang. Dan malam semalam pukul 7-10 malam, 4 daripada kitorang kena pergi jadi volunteer untuk Hari Pergigian (kot) dekat dataran Melaka. Mula-mula malassss sangat sebab malam kan tapi bila dah interact dengan orang awam dan ajar dorang cara gosok gigi, cara floss, seronok pulak :)

Semalam jugakla first time sayeeee menggunakan 'Disclosing Agent'. Beliau ialah sejenis cecair yang kita sapu kat permukaan gigi dengan lidah untuk reveal all the plaques dan kita tgk under fluorescence light. Menarik woo! Jadi peghak kejap aku semalam hihi.



 Semalam kononnya dah janji sebelum balik nak pakai ramai-ramai lepas tu sapa paling byk plaque kena belanja makan tapi terlupa .. sobs. Oh btw ada sorang budak ni teruja sangat sampai leleh leleh air liur dia yang bergemerlapan tu hihi.



Sambil tunggu-tunggu kat booth tu sambil buat kelas Bahasa Melayu dekat kawan-kawan Chinese sayeee. Yeah, I'm the only Malay last night. Sayee ajar diorang apa itu gusi (surprisingly byk taktau maksud gusi) dan macam mana nak bagi instruction dalam BM. Lepas tu Andrew pulak ajar sayeee a few words in Chinese :) Aaaa, basically it was a fun night la.


DAN. Harini cuma ada 4 orang ja masa posting sebab yang lagi 4 pergi jadi volunteer pukul 2-5 petang. Harini belajar mcm mana nak amek X-ray gigi iaitu IOPA (Intra Oral Periapical Radiograph) . Dr Sumanth baik saya suka :) Bawah ni ialah X-ray 3rd molar atas sayee yang diambil oleh Chien Ying dan dibantu Dr Sumanth.



Interpretation : All my 3rd molars tak tumbuh dan disyaki impacted (tertanam di bawah gusi) ataupun memang tak wujud langsung . So lepas x-ray confirm la gigi tu wujud tapi takkan keluar dah. Lepas tunjuk kat Dr Naresh (Oral surgeon), he asked me to take full x-ray lepas tu baru boleh decide perlu cabut gigi-gigi tu secara surgery ataupun tak. Oh, dan Dr Sumanth kata sayeee ada infection sebab ada a structure on my alveolar bone is missing which is a sign of infection.


* * *

Last 2 weeks I went for blood donation drive at Kota Fesyen, Melaka. Memang tak aim nak derma darah pun sebab berat makcik ni tak cukup hokkayy. So, just teman-teman dan ambil gambar kawan-kawan yang derma darah. Myra dan Najaa finally tauuuu jugak blood type dorang. Sayee jugak tak tau sampai sekarang so sad. Anything happen I wish Myra would donate her blood to me because she is an O hehe!



 'Hehe' tu...is because I want to cover Myra's uncovered hand.



DAN. Take a look at our bay at dental clinic. Full with naughty boys. But worry not they'll be your fun dentists one day I assure you.


 Kerusi banyak-banyak ni sebab before tu they all had a concert haha! Cantik kan! All brand new. 



 Awak boleh tau kan, diorang ni sedang buat apa? I do this too sometimes :P




Dr Miyn! :) Amin. InsyaAllah.


Friday, October 12, 2012

3rd Year in Melaka.

Salam.

HELLO SAYA DAH JADI PELAJAR KURSUS PERGIGIAN TAHUN KETIGA DI UNIVERSITI *teeeeeetttttt* DI MELAKA YEAHUUUUU ALHAMDULILLAH SYUKURRRR!

*ghenyih nampak gusi*

Mari Ming kongsi sikit serba sikit pasal kolej ni.

COMPOUND
Kecik but nice. Semua bangunan senang nak cari dan within walking distance. Library, gym, swimming pool, tennis court, semua ada InsyaAllah. Kat bawah hostel perempuan ada minimart, di mana pakcik yang jadi cashier tu sangatla murah dengan senyuman. Suka aku bila pergi situ sebab aku mmg suka orang yg senyum-senyum ni :D Kat bawah jugak ada cafetaria. Nasik lemak dia sedappp wey sampai sanggup aku turun awal pagi-pagi dan breakfast kat situ.

HOSTEL
Aku rasa bilik aku agak kecik masa mula-mula masuk dulu tapi lama-lama rasa okay je. Harga dia okay la sebab kemudahan dia banyak ; ada aircon, water heater, study table yang sangat panjang, rak buku yang banyak dan almari baju yang sangat luas. Tapi yang tak bestnya pasal hostel ni ialahh, sekali nak basuh baju kena sedia RM3 siap-siap. Mesin tu pulak nak telan 50sen je. Aku yang noob ni awal-awal pergi masukkan RM1 pastu nangis sebab mesin takmau jalan -____- 

LECTURE HALL
Besttt, sebab sangat luas dan lagi luas berbanding kat Manipal. Lecture hall ada dekat bangunan Klinik Pergigian ni tapi nama dia sebenarnya Academic Block 2 (which many people dont know, they call it dental building instead). Semua klinik gigi dan dental labs ada dalam bangunan ni. Baru dan cantik!

FOOD
Dalam kolej cuma ada gazebo yang bukak dari pukul 3 sampai 9 malam, dan cafetaria yang bukak dari pagi sampai 7 malam. Ini, agak menjadi masalah untuk orang yang tak suka makan kat tempat yang sama. Ada la beberapa gerai yang within walking distance tapi kat Melaka ni, dia bukak ikut sukahati. Kalau nak makan luar yg best best sikit, kena prepare RM20 untuk pergi dan RM20 lagi untuk balik. So, kesimpulannya start bodek mak ayah dari sekarang untuk transport. Kalau tak, boleh join saya dalam kelab Mari Bersyukur Dengan Apa Yang Ada. Eheh.



I think thats all for now. Pasal academic dan dental clinic, I'll make a separate post about it okay?

Takecare and study rajin-rajin :)



Saturday, September 22, 2012

Kispen #01


Sarah bangun awal pagi itu. Usai mandi, dia membuka laptop dan membuat aktiviti biasa ; buka Twiter, check email dan buka Facebook.

*teeettt teeeett* Bunyi mesej masuk. Dicapainya iPhone 4s pemberian papanya setahun lalu.

"Sarah, mama dan papa ada business meeting minggu depan. Sorry we all tak sempat balik dari Tokyo, so tak dapat datang hari convo Sarah"

*plupppppp!* Dicampaknya iPhone 4s itu ke dinding. Marah bercampur sedih.

'Sampai hati mama dan papa. Pentingkan business lebih daripada aku. Benci! Benci!!'

Sarah tutup browser. Sarah capai external hard disk dan membuka folder movie. Sarah klik 2 kali pada movie Inception.

Habis satu movie, perasaan Sarah masih berkecamuk. Marahnya pada kedua ibu bapanya masih tak reda. Sarah buka Chrome. Lalu buka laman Facebook.

"Al-Fatihah untuk kedua ibu bapaku yang kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Kemalangan jalan raya. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Amin." 

Hati Sarah tersentap. Sarah capai iPhone yang dicampaknya 2 jam lepas.

"It's okay mama :) Just come back home safely. I love you both."



Thursday, September 13, 2012

Pagi ini pagi Jumaat

Salam and good morning everyone :D

Cuti tinggal lagi 10 hari. Dan aku masih belum berjumpa Alya Ijlaili. Taktau la nak salah siapa. Salahkan aku yang asyik reluctant, ataupun salahkan posmen yang mungkin hantar surat ke rumah lain, atau salahkan kolej sendiri yang maybe tak hantar pun surat aku.

Haritu Alya ajak jumpa hari Ahad. Picnic di Penang. Tapi memandangkan aku kena teman kakak aku g USM esok tu, so aku terpaksa tak pegi dengan alasan tunggu surat. Shoooot. Masa kat Penang, USM pulak tiba2 extend orientation kakak aku lagi sehari, so aku stay Penang 2 hari. Malam tu aku call mak, dia cakap yeahhh ada Poslaju sampai tapi takde siapa ambil la sebab mak aku kerja. Okayla, tenang sikit, balik nanti aku cuma kena ambil kat pos office je.

Bila dah ambil, tgk2 itu parcel, bukannya surat. So aku dah panic. Haritu hari Khamis. Aku call kolej pukul 12, dia cakap tengah meeting, call balik pukul 1. Agak toek jugak sebab pukul 1 tu lunch hour. So aku keluar untuk xerox sijil2 yang perlu dan bayar duit sesiap, and then aku call kolej. Dia cakap dia emailkan dan aku kena pos borang hostel tu dulu, at leasttttt.

Jadi aku lari balik rumah, print, isi laju-laju pastu terus g pos ofis balik. Dan aku terbuat satu kesilapan bongek tahap budak takcukup umur ; aku tak fotostet slip deposit bank hostel. AKU BUBUH YANG ORIGINAL TERUS DLM SAMPUL. Homai!

Dalam hati berdoa semoga sampai dengan selamat.

Bila aku kat rumah Fana kat Ipoh tengah prepare nak g Tambun, tiba-tiba kecoh la group kat Facebook and Twitter, kawan-kawan bagitau yang borang aku dan beberapa orang lain tak sampai kat kolej. Hostel pulak dah full katanya, dan kitorang maybe takkan ada bilik.

ghskghskfhakvbfjsks!!!

Ya Allah, sabar je la. Takut sangat kalau burn RM3100 tuuuuu. Mana nak cekau duit makkk?

Bila aku call, line asyik putus-putus. Dengan extension asyik invalid. Finally bila dah dapat reach Madam S, lepas aku sebut nama terus dia bising, "What happened? We havent heard of you at all. Where's your forms?"

Then aku bagitau aku dah send via poslaju dah last week. Dia mintak masa untuk recheck. 5 minit lepas tu, dia call balik. "Yeah Nuraminaaaa, we actually have received your form and the hostel has been allocated for u"

Baaaaaah! Penat je aku tumpahkan segala jenis peluh dan darah yang mendidih sebab takut duit aku burn tadi. Lepas tu aku call hostel department (entah ada ke tak nama ni) then aku tanya pasal bilik. Dia bagitau bilik dah ada tapi dia tak sebut nombor bilik aku pulak. Aku pulak tak tertanyakan time tu. Fiuhhhh!!

Penat tahu asyik adrenaline rush pasal borang segala mak nenek ni.


Alhamdulillah, because I really had fun at Lost World of Tambun :) Orang tak ramai, boleh buat scuba diving kat kolam tu tanpa perasaan malu muehehehe. Tak dilupakan insiden pelampung aku melekat kat slide sebab ringan sangat or tak cukup air or ape entah aku pun tatau HAHA. Lepas tu pergi mini Petting Zoooo dia. Kucing Bengal sangat cute! Nanti nak bela sekor :)) Malam tu pergi makan-makan dengan budak-budak RCMP. Finalllly, jumpak kembali klasmet lama, Farhan, Shakir dan Ali, dan 2 gadis genit Mira dan Gee :D

Tengkiyuuu sangat-sangat kat Fana sebab belanja Domino's Pizzaaaaa sempena harijadi sayeeee :D dan jugak Johhny's untuk sayeee dan maighaaa. Sorry sebab habiskan duit awak yerp. Thanks lah thanks! Walaupun banyak orang back off last minute, tapi takpela, boleh buat reunion Swarnagiri 601 lagi sekali kat rumah Fana. Hihi.



Sunday, September 9, 2012

Twenny-Two





Perhatian : Gadis di atas baru sahaja mencecah umur 22 tahun pada 10 September 2012, iaitu sekarang.

Oh, I still look young and carefree. Hihihihi. Tadi ada junior bbm, "my mom got married at the age of 22, so bolehla ni?" Ewah!

Mak sayeee kahwin masa dia umur 23. Dan baru tadi dia berlagak masa tengah minum petang, "Ummi dulu 10 tahun pandai buat cendol. Tu yang hijau tu, Ummi buat sendiri tauuu."

Okkay. Tak cakap pun nak kahwin. Tapi Ummi suka sangat bagi hint dia tak kasi aku kahwin, time makan, time borak, time tgk drama Melayu. Takut sangat aku nak tinggal dia kannnn. kot?

Sebenarnya, ayah saya outstation. Mak tido lepas Isyak tadi tak bangkit-bangkit lagi. Kakak pulak kat umah tok. So I'm officially alone. Tak sedih pun. Dah biasa. Miyn kan gagah perkasa.



Oh ya. Tadi masa tgh dok facebook chat dengan Matpau (ye phone bengong habis takdak duit jadi amek BIS social ja wassap tak mampu tweet pun ngokngek maka terpaksa communicate thru laptop), dia kata, rasa macam nak bagi birthday call. Sebab mode of communication dah caca marba dah.

Sepatutnya rasa happy la "Yeay boleh gayut tepon!" tapi tapi, aku rasa nak nangis.

Rasa nak nangis sebab orang nak call. Apekah?

Aku tak rasa pun cakap telefon dengan kawan itu suatu benda yang berdosa.

Ustaz Has pun cakap, takde garis panduan dalam berkawan. Tanyalah hati. Kalau hati rasa serba tak kena, serba salah, stop it. Itu maknanya Allah cuba gerakkan hati awak dan suruh awak buat pilihan. Kalau tak, teruskanlah. Nilai sendiri. Dah besar kan.

Lama kejap lepas tu, aku figure out the reason behind my own feeling.

Dulu dah pernah buat deal sama-sama, selagi takde benda-benda yang mendesak, tak perlu lah telefon. THATS WHY! If he breaks his promise I'd be very sad. And disappointed.

Lagipun dia pernah cakap, "If I break my promise, you're free to go. Because you deserve a man yang berpegang pada kata-kata dia"

 So itsokay la walaupun aku sebenarnya, memang dah lupa rupa sebenar dan suara dia macam mana. In his every picture muka semua lain-lain.

So I hold on to his words. Cukupla kan. Oh Miyn, cakap mcm org dah besar.





Aaaaaa apa motif cerita benda ni? Entahla aku pun tak tahu, mungkin nak cakap, manusia kalau tak berpegang pada janji, maka kalau boleh elakkan dari membuat janji. Lebih baik buktikan dulu, kemudian baru boleh cakap.

Malam ni malam first tido takde kakak sejak balik cuti. Rasa pelik tahuuuuu. Tapi itsokay, esok akan pergi Ipoh, jumpak my housemates :) Nampaknya nak reunion ramai ramai tak dapat, Allah mmg takdirkan kami bertiga je yang dapat pergi. Semoga dalam masa tu, Allah jaga mak aku baik-baik.


Terima kasih Ummi Abah sebab jaga aku sampai sekarang. I hope I make u guys happy. Dan syukur Ya Allah sebab bagi orang-orang yang baik sekeliling aku. Alhamdulillah :)



Tuesday, August 7, 2012

Manipal. I hope this is the end.


Harini aku bukak puasa dengan Marina dan Dhati. Dekat Cafe Scirocco. Sebenarnya ni kali keempat berturut-turut aku berbukak kat sini, setiap kali dengan orang yang berbeza. Mungkin sebab suasana dia agak romantik dan tak terlalu 'ketempe-an', aku rasa tenang nak habiskan hari-hari terakhir aku kat situ.

Aku terharu dengan budak comel 2 orang ni. Sebab sanggup reply tweet aku masa aku buat muka tak malu ajak siapa-siapa nak berbukak dengan aku 7hb Ogos ni, sebab aku sorang :( Laju je diorang reply offer diri. Oh tak lupa lagi sorang, Amirah Ali. Ya Allah, tak terajak aku dia tadi..sorry :(

Lepas je Marina hantar aku kat Swarnagiri, aku naik lif. Tingkat 6. Aku bukak pintu rumah aku. Penuh dengan plastik sampah. Tempat lain semua kosong. Aku masuk bilik Fana. Kosong. Aku tutup pintu. Aku tengok bilik Myra. Kosong. Aku tutup pintu. Aku duduk atas katil. Blur. Ada satu masa aku sampai terlupa aku sorang dalam rumah tu. Terbayang-bayang pulak Fana keluar dari bilik dia dengan cara jalan yang aku dah hafal, pergi dapur curi makanan dari peti ais ataupun bancuh kopi.

Aku text F. "k taktau nak buat apa ni. tido boleh tak?" 

"I know how u feel. Selalu pun saya yang balik paling lambat. I'll go to each place, dan ingat balik apa yang berlaku kat situ. Tapi takpayahla buat, nanti nangis pulak."

Pukul 9.30. Jiran aku mesti dah balik. So, aku keluar, tepat-tepat dengan bunyi lif tingkat 6. Syafiq rupanya. Aku panggil dia, kasitau aku nak bagi something. Aku hulur duit untuk junior rumah aku nanti. Then aku masuk balik ambil extra food nak bagi kat rumah sebelah.

Muka budak ni baguih la. Senyum dia, macam excited gilaaa jumpak kita padahal memang tak kenal pun. Dia kata, kalau jadi apa-apa maila ketuk. Pastu dia suruh aku gi rumah batchmates perempuan dia kat bawah kalau takut. Aku cakap, takpela, aku nak bersentimental dengan rumah aku. Dia gelak. Aku terus masuk rumah.

Aku text sorang manusia yang banyak membantu aku dalam mendevelop pemikiran aku.

"Sorryla min. Kalau aku tak exam boleh aku sembang2 dengan ko."

Lepas tu aku keluar koridor. Aku tengok Medan Selera, lampu-lampu setiap apartment yang aku boleh nampak. Ya Allah sebaknya. Aku dah nak balik rupanya. Lepas tu baru aku perasan ada sebungkus pasir Serrafin. Seekor makhluk , hadiah Allah untuk aku selama sebulan aku kat Manipal. Serrafin ni macam anak pertama aku. Regardless of how cute other cat is, takde kucing lain boleh ganti tempat dia dalam hati aku.

Aku keluar bilik nak buang pasir tu kat dalam plastik sampah. Roses atas kotak. Hadiah orang dari Terengganu petang semalam. Terharunya Allah je yang tahu. Tengah-tengah aku syok tido, tiba-tiba loceng bunyi. Dia tanya siapa Nur Aminah, terus dia hulur sejambak bunga. Aaaah, I'm one typical girl yang suka bunga :) Cuma beza dia aku tak pegi bauuu bunga tu. Dan sekarang aku taktau nak bawak balik bunga tu ataupun tinggal sini..



Lepas tu, phone bunyi. Ada orang text..

"MAPS :("

Terus air mata aku mengalir laju je. It's from a friend yang aku selalu kacau kat library, dan selalu kacau aku balik. Orang yang tak sweet langsung, yang bila aku conteng wish ke apa ke kat kertas dia nak bajet comey, dia terus amek pemadam dan padam depan mata aku. Still, dia antara salah satu sebab aku kuat kat Manipal ni..

It's weird anyway y I'm crying. Logiknya, kadang-kadang kita memang tak jumpa orang tu selalu. So, kalau diikutkan takde beza pun kat mana kita ada. Sebab kalau kita dekat pun kita tak jumpa dia.

Maybe the feeling of being under the same sky, breathing the same air, gossiping about the same person, that makes us feel 'close' despite not seeing each other. And now, rasa jauh macam dah takkan jumpak dahhhh.

 Manipal mungkinla tak best macam tempat lain. Kalau aku tersadai sorang-sorang takdak kawan, mungkin tempat ni jadi tak best. Tapi sebab kawan-kawan, Manipal is really something. Aku dah belajar sabar dengan perangai tempe yang memang mintak penampar. Dalam masa sama aku belajar empati dengan tempe yang miskin, serba serbi kurang, tapi penuh dengan rasa 'sedar diri' dan hormat pelanggan contohnya. Something yang aku rasa susah nak dapat kat Malaysia.

Apapun, pengakhiran aku kat Manipal ni, aku happy . Aku dah buat apa aku nak. Dah berusaha sedaya mampu. Dah berkawan selama boleh. InsyaAllah aku akan bawak semua benda ni ke mana je aku pergi :)

Aku balik Malaysia, teruskan hidup fasa lain. Dalam masa sama, ada tempe yang masih jalani hidup yang sama dengan tidur di bawah langit berselimutkan hujan.



Ingat tu Miyn. Syukur la selalu. Alhamdulillah :)





Bye Manipal. Thanks for developing me into a person I am now. Thanks semua orang (!) *wink* *lap ayaq mata* *lap hinguih*










Sunday, July 8, 2012

Microbiology dan Hanzalah.


Assalamualaikum :)

Mintak ampun dan maaf la sebab lama tak menulis. Aku sendiri pun hampir lupa rasa kepuasan menulis. Life is too busy. Dan sekarang aku tengah dalam 'study break' untuk final exam. InsyaAllah lagi 2 minggu aku akan exam. Lepas tu balik Malaysia. Yeahuuuu!

Aku ada something nak cerita. Sebab tu semangat sangat on laptop pukul 2.43 pagi dan menulis ni.

Harini aku study Microbiology Block 2. Sambil-sambil aku sakit hati tengok nota aku yang berterabur sana-sini dan memeningkan kepala, aku pun belek timeline Twitter. Selalu kalau hening-hening malam gini, orang-orang yang tweet benda merapu kat Malaysia selalu dah tidur. Yang tinggal cuma sorang akak berniqab dari AlorStar yang memang selalu berjaga pagi sambil bagi kuliyyah kat timeline, sorang akak hot mama dari Australia yang baru kematian ayah dan dah mula kongsi benda-benda agama, MuftiMenk dan JihadiJew (depa ni tweet benda-benda baikla). Tak ketinggalan kawan-kawan sayeee yang gigih study sambil tweet he he he macam aku jugak la kan.

Aku ni tak le baik nak tweet benda-benda baik. Banyak jugak merapunya. Cuma lately followers yang aku tak kenal makin bertambah jadi aku kena be more careful. Jaga tutur kata lebih sikit. Dan disebabkan banyak benda-benda baik kat timeline, aku teringat kisah Hanzalah sahabat Nabi yang Atikah cerita dalam usrah haritu pasal turun naik iman. Jadi aku pun google the whole story dan share kat Twitter.



Before tu aku ada tweet, aku kata aku takkan reply kat followers lelaki yang aku tak kenal dan rasa mcm tak perlu melainkan dia nak tanya apa2 atau share something. Contohnya petang tadi aku kata aku ngantok pastu aku tido macam tenuk. Then ada lelaki ni reply dia tanyala tido macam tenuk tu macam mana? Memang tobat la aku tak replyyyyyy. Kalau Hero Tzinga kita tanya aku reply la tido mcm tenuk tu ialah macam dia dok tidoq hari-hari tu HA HA HA (macam tak lawak pulak).

Ok, lepas tu tiba-tiba ada seorang lelaki ni reply mintak BB pin. Aku tanya nak buat apa? Dia kata untuk pertanyaan dan kuliyyah. Okla, kita sangka baik. Jadi aku bagi la BB pin aku dan aku tukar gambar bbm aku sebab gambar sedia ada tu bajet cun sangat blerh wek wek! Aku letak gambar selain muka sendiri. Lepas tu dia tegur dan perkenalkan diri. Mula-mula macam malas pulak nak layan lelaki tak kenai ni lagi-lagi hat guna saya-awak ni tapi takpe, husnuzon sat.

Dia kata hebat aku bercerita pasai kisah tu. Belajar dari mana? Aku kata manada hebat pun aku dengar dalam usrah pastu aku balik baca lagi baru aku berani nak share. Lepas tu dia start cerita pasal diri dia...

Dia kata banyak benda dia taktau. Sekarang baru dia mula start baca. Dia kata dia baca Quran tapi taktau hukum tajwid semua tu. Oh man baru semalam aku mengadu aku dah lupa tajwid harini ada orang kongsi dia tak reti tajwid aku *nanges*

Dia tanya, Allah terima ke bacaan dia?

Astaghfirullah. Aku rasa macam nak luruh bahu secara tiba-tiba. Siapala aku nak jawab soalan ni.

Someone told me, takpela kalau taktau istilah tajwid apa semua selagi boleh baca dengan lancar. Aku bagitau benda yang sama dekat dia. Tapi dia kata dia taktahu baca betul. Dia baca tafsir.

Aku kata la , carila guru. Belajar bab agama kena berguru kalau tak nanti ibarat berguru dengan syaitan. Cari kawan-kawan yang tahu. Dia kata kawan-kawan dia semua mcm dia. Sejak dia mula nak jadi baik dia kena tinggal. Dia kata sejak dia baca tweet Kak Dira (akak pakai niqab tu) la dia start berubah. Dia kata aku la kawan dia.

Aku kata, carila orang yang lebih afdhal. Lelaki. Yang dekat. Kalau takde pergi pusat Qiraati panggil ustaz mana-mana ajar kat rumah kalau malu nak belajar kat situ. Dia kata since aku cakap nak baca Quran kena berguru, Allah terima tak bacaan dia dulu-dulu? Sayanglah kalau Allah tak terima..dia banyak dosa sebelum ni.

Pastu aku pun cerita la kisah lelaki yang dah bunuh 99 orang dan nak bertaubat tu.

Dia tanya kalau solat bersendirian 5 waktu je cukup tak? Aku jawab, kenapa tak jemaah kat masjid? Dia kata, dia malas. Pastu aku kata nanti Subuh pergila masjid. Dia kata ngantok. Buat kat rumah ja boleh tak?

Bagi taknak berbunyi terlalu 'harsh', aku kata takpela, slow-slow. Nanti satu hari cubala berjemaah kat masjid. Tempat baik-baik ni banyak orang baik-baik. Dia komen jugak dia kata banyak orang tua ja kat situ. Orang muda mana ada. Aku kata takpela, jadila orang yang lain dari kebiasaan yang salah.

Lepas tu dia cerita pasal dia asyik berhenti kerja etc. sebab keadaan dia yang agak menyedihkan. Pasal keadaan keluarga. Ayah mak dia pun tak solat. Sebak jap. Aku kata rajin-rajinla buat solat sunat Dhuha untuk mintak dimurahkan rezeki. Pastu dia kata everytime aku cakap pasal solat ja dia rasa malasssss nak buat. Aku kata tak bolehla sebab solat tu tiang agama. Macam mana pun paksa diri. Lama-lama boleh la..aku sendiri pun nak cukupkan solat 5 waktu bukannya sejak aku 10 tahun.

Then dia tanya aku macam mana cara mandi wajib. Macam mana cara niat puasa. Alhamdulillah dalam usrah dengan kanak-kanak BDS haritu ada sorang ni cerita cara mandi wajib Rasulullah. Syukur la aku boleh share dengan orang lain pulak.


* * *

Besar kan dugaan dia. Hidup dalam keluarga susah. Mak ayah tak solat. Nak berubah pun takdak siapa boleh bagi tunjuk ajar secara personal. Aku dahla tak kenal siapa-siapa lelaki kat Malaysia yang dekat area dia yang boleh pergi buat kawan dan ajar dia. Rasa helpless. Dia lelaki pulak tu. Taktau nak serah kat siapa. Aku perempuan pastu ilmu pun mana la nak ada sangat. Takat kasi kaunseling dan jawab soalan-soalan basic tu boleh la.

Barula aku sedar PERLUNYA sentiasa belajar agama. Cuba kalau aku sendiri pun tak boleh jawab cara mandi junub tu dengan pasti dan yakin? Main ikut hentam keromo ja ikut apa yang aku ingat? Tak pasal-pasal aku terbagi ajaran tah apa-apa ...

Sebenarnya hidup aku terlalu selesa. Cuma bangun pagi dan belajar. Belajar belajar belajar. Usrah ada. Duit ada. Kelas akademik ada. Orang offer dengan mudahnya. Dan aku cuma kena pergi ja. Kawan-kawan sekeliling pun semua yang baik-baik. MUDAH SANGAT. Tu pun nak complain lagi.

Takpe, better late than never kan? Semoga makin hari kita semua jadi manusia yang makin baik. Tak baik takpe janji niat dan usaha nak jadi baik sentiasa ada. InsyaAllah.


Wednesday, June 13, 2012

A very frank post I would like to share after long time of being idle


Assalamualaikum :)

Hello. Nampak gaya blog aku ni dah macam nak kena tutup tak lama lagi je. Sunyi. Kawan-kawan terdekat pun makin busy. Sunyi aku ulang lagi. Dah takde updates. Walaupun sesetengah tu hari-hari aku jumpak kat sini, tapi rindu la jugak nak baca apa yg dok p dok mai dalam kepala dorang tu kan, yg finally akan ditaip dalam blog masing-masing. Tapi apakan daya, semua busy.

So I have something to share, something that has been on my mind since, urm, the past few days.

Satu hari, ada seorang ayah datang merisik.

"Salam Nur Amina, uncle nak tanya, kalau keluarga uncle nak kenal dengan keluarga Amina dgn lebih mendalam lagi boleh? Kami berhajat kan Amina untuk anak lelaki kami..."

*pengsan*

Jadi aku tanya dia , serius ke? kenapa aku? Aku tak kenal anak dia. Aku jugak tak kenal dia. Aku cuma tahu, dia ialah seorang uncle yang sangat cool dan aku selalu reply tweet dia yang lawak tu. Dia. Bukan anak dia. Dan dia tak follow aku pun. Dia follow pun supaya dia boleh DM aku.

"I chose u just because of the tweets we exchanged earlier.."

Perasaan bercampur baur. Dulu masa tengok Ketika Cinta Bertasbih time ada scene gadis-gadis duduk study dalam bilik lepas tu ayah depa call bagitau ada ostat datang meminang, aku terbayang...

"Best jugak ni kalau aku dok study tiba-tiba Ummi call ada orang mai meminang..ba ha ha!"

Bila situasi tu berlaku, aku taktahu lah nak cakap apa. Best? Benda ni bukan benda main-main nak cakap best ke tak. Bila ada seseorang percaya kan kau untuk anak dia, it's an honour. Seriously. But who am I to be trusted like that?

So I went through my tweets. I judged myself. What is he seeing in me? O Allah, I'm far from my own expectation of myself. Yet, someone trusted me that much.

Until a few days ago, I received a DM on one fine morning.

"Salam Amina. I've been reading all your tweets so far. And I've decided that my son has no chance because _____ is far better than him .."

Terkejut. Dan dalam masa yang sama aku tergelak kecil. Sebab lelaki yang dimaksudkan tu batchmate aku sendiri. Again, aku tengok replies aku dekat ____ tu dekat Twitter. Penuh dengan ayat carik gaduh je?

"I love my son very much and I dont wanna see him getting hurt.."

Ya Allah. Terharu sangat. Ini kali kedua aku jumpak seorang ayah yang sangat sangat sangat kisahkan jodoh anak dia, dan berasa sangat dekat dengan perasaan anak dia sendiri. The first time was when I was in MRSM. Ada sorang penceramah ni datang, dan cerita yang anak dia sangat suka dekat sorang perempuan ni. Pastu dia dengan isteri dia pergi pinangkan. Dan parents perempuan tu tolak. Dia dengan isteri dia nangis dalam perjalanan balik, sebab tahu yang hati anak dia akan hancur bila dibagitau nanti.. :')

So I reflect myself.

1) Aku syukur sebab ada orang nampak 'kebaikan' aku yang aku sendiri pun tak nampak.
2) People do judge u based on what u write on the social sites. Accept the fact and bear the consequences. Kalau ditegur, terima. Jangan la dengan angkuhnya cakap, "unfollow je la kalau tak suka. unfriend je la kalau taknak baca.."
3) Kawan baik sayeee cakap, kenapa perlu fikirkan kemungkinan yang tak pasti kalau kau dah ada sesuatu yang ko pasti ko nak?
4) Mungkin cara aku berkawan dengan lelaki membuatkan orang fikir yang bukan-bukan. Salah aku jugak la kan kalau tiba-tiba aku ada 'boyfriend' la pulakkk..
5) Nak tak nak kita kena paksa diri untuk berubah jadi lebih baik. Bukan untuk nak kahwin. Tapi untuk diri sendiri. Nak yang terbaik diri sendiri kenala jadi baik dulu. Bukan pasal jodoh je ni. Contohnya kalau nak mudah lalui ujian dengan baik, kena selalu baik dengan Tuhan :)
4) Sayee mahu jadi seperti ayah itu, yang happy bila anak dia happy, sedih bila anak dia sedih. Dan aku doakan anak dia diberikan jodoh yang solehah. Amin.


* * *

Ummi talipon. Dia cakap, "Bagitau la, saya ni takde boyfriend tapi ada la tengah berkawan dengan someone.."

It's a sign of approval :) I trust my mom. So I'm gonna go for her instinct and mine. InsyaAllah.






 




Saturday, May 26, 2012

Usrah jugak untuk Ukhwah


"Salam adik usrah yang akak sayangi. Akak nak kenal adik-adik usrah baru akak ni. Kita jumpa esok kat Dollops boleh? Akak belanja korang lunch ok?"

Adnin telan air liur bila baca mesej kat phone. "Oh, dah dapat kakak usrah ke.." Hatinya berbelah bagi. Nak pi ke takmau? Tak pi kang apa pulak dia cakap.

Esoknya Adnin pun melangkah perlahan ke restoran Dollops. Hatinya sedikit berdebar nak jumpa dengan kakak usrah. Tapi dia happy sikit sebab ada 3 orang kawan sama course dan 2 lagi budak course lain. Ok, ada geng. Order apa je semua kakak usrah bayar pulak tu. Fuhh!

"Ni kalau dah start p usrah ni, mesti takleh skip skip dah. Kakak usrah baik sangat. Mana sampai hati.."

Tiap-tiap minggu mesti Adnin dan kawan-kawan usrah yang lain akan dapat mesej jemputan ke usrah mingguan. Mula-mula berat hati tapi best sebab lepas usrah, kakak akan bawak keluar makanan; spaghetti bolognaise, banana pie, bubur jagung, oreo cheese cake. "Kakak usrah aku pandai masak. Bahagia la aku bila balik takpayah fikir nak makan dah. Huih. Aku ni pergi usrah nak makan ke apa?"

Alhamdulillah kakak usrah Adnin seorang yang sangat berhikmah. Penggunaan analogi yang menarik dan tak berkonsep menghentam dia sangat suka. Tapi dia mengaku, kadang-kadang dia takut nak pergi usrah sebab ada sesetengah perkara yang dicakapkan dalam usrah tu dia cepat terasa.

"Apa kita bincang dalam usrah ni bukan la kita nak fire sapa-sapa. Kalau ada yang kecil hati atau terasa, mintak maaf. Tapi sebenarnya baguslah kalau kita terasa. Itu tanda hati kita belum mati. Maksudnya kita pun sedar benda yang kita buat tu salah. Cuba kalau hati kita dah mati, kita buat apa pun kita tak rasa bersalah, tak rasa berdosa. Allah biar kita macam tu je..sedih kan?"

Kadang-kadang akan ada kombinasi dengan usrah-usrah lain. Time tu la baru nak kenal dengan budak-budak course lain pun. Kalau tak, nak jumpa pun susah, nak tegur apatah lagi kan. Yang tahu akan share ilmu, yang tak tahu akan tanya. Dulu ada sekali kakak usrah bagi sehelai kertas untuk tanda berapa kali puasa, berapa kali solat sunat, berapa kali qiamulail. Dan tiap-tiap minggu dia akan tanya, apa progress korang?

"Kosongnya kertas aku. Ya Allah, apa aku nak jawab ni."

Ye Adnin mengaku, mula-mula tu dia buat sebab nak jaga imej la depan ahli usrah yang lain. Malu la beb kertas lopong-lopong je kan. Tapi lama-lama dah boleh betulkan niat dan mula buat dengan ikhlas setakat mana yang mampu. Dah tak perlukan kertas. Kalau rasa nak buat, buat. Untuk kepuasan. Taknak, takpe. Takde sapa akan judge kecuali Allah. Nak jadi baik kena paksa diri.


* * *

Ok aku gantungkan cerita kat sini. Motif : Yes I do wanna ajak people to join usrah. You can see for yourself byk orang dah berubah sejak pergi usrah. Adik kawan aku yg dulu nakal dah join tabligh. Kawan dulu yang fee hair dah bertudung. Kawan yg dulu tudung pendek dah labuhkan tudung. Yang couple dah kahwin. Still waiting for myself to gain the strength untuk berubah secara pukal, tapi slow slow pun dah cukup syukur. walaupun still terumbang-ambing dan rebellious at times.

Pergi usrah bukan sekadar nak dapat ilmu agama. Memang ilmu boleh dapat kat mana-mana. Tapi aku suka perasaan 'selamat' dan 'tenang' bila kau spend masa sejam dua tu hanya bercakap/dengar pasal agama dgn orang-orang yg lebih kurang mcm kau (byk benda taktauuu), tapi masing-masing dah start tunjuk minat. Bila lagi kan?  Plus aku happy aku dah kenal saudara Muslim satu batch aku.

Kalau tempat awak ada buat usrah, cuba try pergi sekali. Okla , dua tiga kali ke? Kalau tak suka itsokay. At least kita dah cuba kan :) Aku pun ada pergi 1 program ni lepas tu lari balik , he he he. Kita semua masih dlm proses nak memahami :)



Wednesday, May 16, 2012

Yang Maha Pemurah


Kadang-kadang kita mintak something dekat Allah senyap-senyap. Dalam hati je. Something yang kita tak doa directly lepas semayang. Something macam, "Ya Allah, penatnyaaaa. Kan best kalau esok tak payah pergi kelas."

Pastu tengok-tengok esok tu cuti. MasyaAllah.

 Ada jugak situasi di mana kita teringin nak makan pizza. "Ya Allah, tak sabaq aih nak balik Malaysia makan pizza."

Lepas membebel dalam hati sorang-sorang, kita pun p makan nasik. Lepas dah kenyang, tengok-tengok jiran sebelah hantaq pizza. Pastu kita macam, "Alaaaaa dah kenyanggg siapa nak makan nii?" Tapi nak buang sayang. Kalau tak makan, membazir.

Nak buat apa?

I'm currently in that position. I have 2 different prayers. Satu yang aku selalu doakan lepas solat. Satu lagi cuma aku bisik sorang-sorang dalam hati bila aku teringat ataupun bila situasi tu berlaku dan menyebabkan aku mintak pelan-pelan.

Alhamdulillah. Allah dah bagi aku benda yang aku selalu mintak tu. Aku dah bahagia dah dan aku dah lupa pun doa yang aku selalu mintak senyap-senyap dalam hati tu. Tiba-tiba, Allah makbulkan doa secara senyap-senyap tu dan meletakkan aku dalam satu situasi yang sangat rumit.

Sebab aku tak boleh dapat dua-dua. Aku kena pilih satu je walaupun aku nak dua-dua. Ok macam susah pulak nak faham kan. Bayangkan je la macam ni. Katakanla kau minat Leonardo Dicaprio. Dalam masa yang sama kau minat jugak dekat NigaHiga. Lepas tu ko kapel dengan Leonardo Dicaprio (piwitt), sebulan lepas tu NigaHiga hantar rombongan meminang tanpa kau expect. Lagu mana nak buat tu?

Haaaaa, faham dok? Itu je la contoh terbaik yang aku boleh fikir sekarang ni. Mesti semua orang faham kan.

Kadang-kadang Allah bagi nikmat dalam bentuk dugaan. Dan last last kita yang terpaksa buat pilihan. But selalunya susah sebab kita akan fikir, macam mana kalau aku pilih itu? Kenapa aku tak pilih ini dulu? Kalau aku pilih itu entah-entah tak jadi macam ni...etc.

Tapi satu kesimpulan yang aku dapat ; jangan sesekali ragu-ragu dengan kuasa Allah. I used to say to Kak Effa that this wont ever happen to me. And yet He put me in the same exact position. More than I could ever ask for.

Dan sekarang kena doa untuk diberi petunjuk pula. InsyaAllah.

p/s : nak apa-apa, mintak je kat Dia :)