"Salam adik usrah yang akak sayangi. Akak nak kenal adik-adik usrah baru akak ni. Kita jumpa esok kat Dollops boleh? Akak belanja korang lunch ok?"
Adnin telan air liur bila baca mesej kat phone. "Oh, dah dapat kakak usrah ke.." Hatinya berbelah bagi. Nak pi ke takmau? Tak pi kang apa pulak dia cakap.
Esoknya Adnin pun melangkah perlahan ke restoran Dollops. Hatinya sedikit berdebar nak jumpa dengan kakak usrah. Tapi dia happy sikit sebab ada 3 orang kawan sama course dan 2 lagi budak course lain. Ok, ada geng. Order apa je semua kakak usrah bayar pulak tu. Fuhh!
"Ni kalau dah start p usrah ni, mesti takleh skip skip dah. Kakak usrah baik sangat. Mana sampai hati.."
Tiap-tiap minggu mesti Adnin dan kawan-kawan usrah yang lain akan dapat mesej jemputan ke usrah mingguan. Mula-mula berat hati tapi best sebab lepas usrah, kakak akan bawak keluar makanan; spaghetti bolognaise, banana pie, bubur jagung, oreo cheese cake. "Kakak usrah aku pandai masak. Bahagia la aku bila balik takpayah fikir nak makan dah. Huih. Aku ni pergi usrah nak makan ke apa?"
Alhamdulillah kakak usrah Adnin seorang yang sangat berhikmah. Penggunaan analogi yang menarik dan tak berkonsep menghentam dia sangat suka. Tapi dia mengaku, kadang-kadang dia takut nak pergi usrah sebab ada sesetengah perkara yang dicakapkan dalam usrah tu dia cepat terasa.
"Apa kita bincang dalam usrah ni bukan la kita nak fire sapa-sapa. Kalau ada yang kecil hati atau terasa, mintak maaf. Tapi sebenarnya baguslah kalau kita terasa. Itu tanda hati kita belum mati. Maksudnya kita pun sedar benda yang kita buat tu salah. Cuba kalau hati kita dah mati, kita buat apa pun kita tak rasa bersalah, tak rasa berdosa. Allah biar kita macam tu je..sedih kan?"
Kadang-kadang akan ada kombinasi dengan usrah-usrah lain. Time tu la baru nak kenal dengan budak-budak course lain pun. Kalau tak, nak jumpa pun susah, nak tegur apatah lagi kan. Yang tahu akan share ilmu, yang tak tahu akan tanya. Dulu ada sekali kakak usrah bagi sehelai kertas untuk tanda berapa kali puasa, berapa kali solat sunat, berapa kali qiamulail. Dan tiap-tiap minggu dia akan tanya, apa progress korang?
"Kosongnya kertas aku. Ya Allah, apa aku nak jawab ni."
Ye Adnin mengaku, mula-mula tu dia buat sebab nak jaga imej la depan ahli usrah yang lain. Malu la beb kertas lopong-lopong je kan. Tapi lama-lama dah boleh betulkan niat dan mula buat dengan ikhlas setakat mana yang mampu. Dah tak perlukan kertas. Kalau rasa nak buat, buat. Untuk kepuasan. Taknak, takpe. Takde sapa akan judge kecuali Allah. Nak jadi baik kena paksa diri.
* * *
Ok aku gantungkan cerita kat sini. Motif : Yes I do wanna ajak people to join usrah. You can see for yourself byk orang dah berubah sejak pergi usrah. Adik kawan aku yg dulu nakal dah join tabligh. Kawan dulu yang fee hair dah bertudung. Kawan yg dulu tudung pendek dah labuhkan tudung. Yang couple dah kahwin. Still waiting for myself to gain the strength untuk berubah secara pukal, tapi slow slow pun dah cukup syukur. walaupun still terumbang-ambing dan rebellious at times.
Pergi usrah bukan sekadar nak dapat ilmu agama. Memang ilmu boleh dapat kat mana-mana. Tapi aku suka perasaan 'selamat' dan 'tenang' bila kau spend masa sejam dua tu hanya bercakap/dengar pasal agama dgn orang-orang yg lebih kurang mcm kau (byk benda taktauuu), tapi masing-masing dah start tunjuk minat. Bila lagi kan? Plus aku happy aku dah kenal saudara Muslim satu batch aku.
Kalau tempat awak ada buat usrah, cuba try pergi sekali. Okla , dua tiga kali ke? Kalau tak suka itsokay. At least kita dah cuba kan :) Aku pun ada pergi 1 program ni lepas tu lari balik , he he he. Kita semua masih dlm proses nak memahami :)
No comments:
Post a Comment
hai!~