Thursday, September 13, 2012

Pagi ini pagi Jumaat

Salam and good morning everyone :D

Cuti tinggal lagi 10 hari. Dan aku masih belum berjumpa Alya Ijlaili. Taktau la nak salah siapa. Salahkan aku yang asyik reluctant, ataupun salahkan posmen yang mungkin hantar surat ke rumah lain, atau salahkan kolej sendiri yang maybe tak hantar pun surat aku.

Haritu Alya ajak jumpa hari Ahad. Picnic di Penang. Tapi memandangkan aku kena teman kakak aku g USM esok tu, so aku terpaksa tak pegi dengan alasan tunggu surat. Shoooot. Masa kat Penang, USM pulak tiba2 extend orientation kakak aku lagi sehari, so aku stay Penang 2 hari. Malam tu aku call mak, dia cakap yeahhh ada Poslaju sampai tapi takde siapa ambil la sebab mak aku kerja. Okayla, tenang sikit, balik nanti aku cuma kena ambil kat pos office je.

Bila dah ambil, tgk2 itu parcel, bukannya surat. So aku dah panic. Haritu hari Khamis. Aku call kolej pukul 12, dia cakap tengah meeting, call balik pukul 1. Agak toek jugak sebab pukul 1 tu lunch hour. So aku keluar untuk xerox sijil2 yang perlu dan bayar duit sesiap, and then aku call kolej. Dia cakap dia emailkan dan aku kena pos borang hostel tu dulu, at leasttttt.

Jadi aku lari balik rumah, print, isi laju-laju pastu terus g pos ofis balik. Dan aku terbuat satu kesilapan bongek tahap budak takcukup umur ; aku tak fotostet slip deposit bank hostel. AKU BUBUH YANG ORIGINAL TERUS DLM SAMPUL. Homai!

Dalam hati berdoa semoga sampai dengan selamat.

Bila aku kat rumah Fana kat Ipoh tengah prepare nak g Tambun, tiba-tiba kecoh la group kat Facebook and Twitter, kawan-kawan bagitau yang borang aku dan beberapa orang lain tak sampai kat kolej. Hostel pulak dah full katanya, dan kitorang maybe takkan ada bilik.

ghskghskfhakvbfjsks!!!

Ya Allah, sabar je la. Takut sangat kalau burn RM3100 tuuuuu. Mana nak cekau duit makkk?

Bila aku call, line asyik putus-putus. Dengan extension asyik invalid. Finally bila dah dapat reach Madam S, lepas aku sebut nama terus dia bising, "What happened? We havent heard of you at all. Where's your forms?"

Then aku bagitau aku dah send via poslaju dah last week. Dia mintak masa untuk recheck. 5 minit lepas tu, dia call balik. "Yeah Nuraminaaaa, we actually have received your form and the hostel has been allocated for u"

Baaaaaah! Penat je aku tumpahkan segala jenis peluh dan darah yang mendidih sebab takut duit aku burn tadi. Lepas tu aku call hostel department (entah ada ke tak nama ni) then aku tanya pasal bilik. Dia bagitau bilik dah ada tapi dia tak sebut nombor bilik aku pulak. Aku pulak tak tertanyakan time tu. Fiuhhhh!!

Penat tahu asyik adrenaline rush pasal borang segala mak nenek ni.


Alhamdulillah, because I really had fun at Lost World of Tambun :) Orang tak ramai, boleh buat scuba diving kat kolam tu tanpa perasaan malu muehehehe. Tak dilupakan insiden pelampung aku melekat kat slide sebab ringan sangat or tak cukup air or ape entah aku pun tatau HAHA. Lepas tu pergi mini Petting Zoooo dia. Kucing Bengal sangat cute! Nanti nak bela sekor :)) Malam tu pergi makan-makan dengan budak-budak RCMP. Finalllly, jumpak kembali klasmet lama, Farhan, Shakir dan Ali, dan 2 gadis genit Mira dan Gee :D

Tengkiyuuu sangat-sangat kat Fana sebab belanja Domino's Pizzaaaaa sempena harijadi sayeeee :D dan jugak Johhny's untuk sayeee dan maighaaa. Sorry sebab habiskan duit awak yerp. Thanks lah thanks! Walaupun banyak orang back off last minute, tapi takpela, boleh buat reunion Swarnagiri 601 lagi sekali kat rumah Fana. Hihi.



No comments:

Post a Comment

hai!~