Friday, October 12, 2012

3rd Year in Melaka.

Salam.

HELLO SAYA DAH JADI PELAJAR KURSUS PERGIGIAN TAHUN KETIGA DI UNIVERSITI *teeeeeetttttt* DI MELAKA YEAHUUUUU ALHAMDULILLAH SYUKURRRR!

*ghenyih nampak gusi*

Mari Ming kongsi sikit serba sikit pasal kolej ni.

COMPOUND
Kecik but nice. Semua bangunan senang nak cari dan within walking distance. Library, gym, swimming pool, tennis court, semua ada InsyaAllah. Kat bawah hostel perempuan ada minimart, di mana pakcik yang jadi cashier tu sangatla murah dengan senyuman. Suka aku bila pergi situ sebab aku mmg suka orang yg senyum-senyum ni :D Kat bawah jugak ada cafetaria. Nasik lemak dia sedappp wey sampai sanggup aku turun awal pagi-pagi dan breakfast kat situ.

HOSTEL
Aku rasa bilik aku agak kecik masa mula-mula masuk dulu tapi lama-lama rasa okay je. Harga dia okay la sebab kemudahan dia banyak ; ada aircon, water heater, study table yang sangat panjang, rak buku yang banyak dan almari baju yang sangat luas. Tapi yang tak bestnya pasal hostel ni ialahh, sekali nak basuh baju kena sedia RM3 siap-siap. Mesin tu pulak nak telan 50sen je. Aku yang noob ni awal-awal pergi masukkan RM1 pastu nangis sebab mesin takmau jalan -____- 

LECTURE HALL
Besttt, sebab sangat luas dan lagi luas berbanding kat Manipal. Lecture hall ada dekat bangunan Klinik Pergigian ni tapi nama dia sebenarnya Academic Block 2 (which many people dont know, they call it dental building instead). Semua klinik gigi dan dental labs ada dalam bangunan ni. Baru dan cantik!

FOOD
Dalam kolej cuma ada gazebo yang bukak dari pukul 3 sampai 9 malam, dan cafetaria yang bukak dari pagi sampai 7 malam. Ini, agak menjadi masalah untuk orang yang tak suka makan kat tempat yang sama. Ada la beberapa gerai yang within walking distance tapi kat Melaka ni, dia bukak ikut sukahati. Kalau nak makan luar yg best best sikit, kena prepare RM20 untuk pergi dan RM20 lagi untuk balik. So, kesimpulannya start bodek mak ayah dari sekarang untuk transport. Kalau tak, boleh join saya dalam kelab Mari Bersyukur Dengan Apa Yang Ada. Eheh.



I think thats all for now. Pasal academic dan dental clinic, I'll make a separate post about it okay?

Takecare and study rajin-rajin :)



No comments:

Post a Comment

hai!~