Assalamualaikum :)
I'm supposed to have prostho competency test tomorrow, but the Auntie decided to go to KL so, I wont be having mine, instead I will have it on Monday.
Despressed gila sebenarnya tadi. Tapi fikir balik, aku sebenarnya dah drained out la these few days. A lot of things are happening around me so maybe bagus jugak rehat kejap malam ni. Malam ni je la.
Tadi classmate aku cakap, "you know, I think we are sooo busy during the class hours because most of the things we need to do in the lab. But once we go back, we are very free, right? Nothing to do.."
I was like, seriouslyyyyyyyyyyyyy??
Let me tell you apabenda la yang bagi aku rasa busy sangat macam seorang wakil rakyat nak dekat pilihanraya.
1) Orthodontic appliance aku tak siap lagi. Sikit lagi nak siap la. Kene polish. Tapi due date dia lusa. Kalau tak, nanti cikgu taknak bagi attendance untuk posting. Huahua. Masa yang ada untuk aku buat benda ni cumalah daripada pukul 5-6 petang. Itupun lab akan sentiasa penuh dengan maknusia.
2) Dance practise. Gatai sangat nak join. Alasan kononnya ni final year. Tapi takpe sebab aku enjoy buat tarian 1 Malaysia dengan classmates pelbagai kaum aku. Practice session will be at 7.30-10.30pm untuk malam-malam tertentu.
3) Seminar. Dengan takdir Ilahi, walaupun ada 5 subjek dan sepatutnya rotate every subject and every individual, aku dapat 4 subjek semuanya turn depan-depan. Next week aku akan habis seminar keempat aku. Ada orang geram sebab depa tak start 1 apa lagi seminar huahua. Memang serious penat pastu asyik muka aku ja naik mini stage depan kelas tu but mungkin ni cara Allah nak tolong aku so that nak dekat exam nanti takyah la dok risau pasal seminar dah.
4) Surgery. Aku cuma nak cerita yang aku buat impaction surgery dekat adik aku semalam hihi. Syahdu aku nak hantaq dia balik KL sebab dia tak cukup rest lagi kan tapi aku dah bagi dia makan aiskrim and bungkuskan bubur nasik. Dah belikan painkiller, bagi emcee semua so should be okay. Plus murah ja kot kalau aku buat. I dont like part kena keluarkan gigi tu. Geram bila dia bergolek-golek dalam bone tapi taknak keluar. But I'm proud of myself of whatever that I had achieved yesterday.
5) Competency test. Kitorang ada prostho competency test untuk border moulding, untuk surveying procedure, dan jugak untuk design removable partial denture. Ada competency test untuk surgery jugak. Pedo pun ada tapi sebab aku tak mencapai target kuota lagi so turn aku entah la bila. Test kalau setakat baca je takpa. Ni kena cari patient, kena prepare cast, dalam masa sama ada benda kena buat untuk ongoing patients lagi. So dekat lab tu memang ada macam 2-3 benda kena buat sampai pening dah nak start dengan mana satu.
6) Crown. Alhamdulillah setelah 2 kali patient yang aku request untuk crown gagal datang (Depa asyik lupa nak mai ja pasaipa tatau pastu lagi sorang tu hilang tanpa kesan), akhirnya tadi a nice cute auntie came to become my very first crown patient. Comel yang amat. Crown ni banyak jugak procedure dia. Masa datang kena buat examination and diagnosis, then present case and discuss dgn lecturer. Lepas tu ambil impression. In between appointments kena buat mock preparation on the cast, dptkan approval cikgu, lepas tu lengkapkan borang E&D tadi, make sure tau semua jenis procedures yang kita akan buat sebab agak banyak barang dan materials yg diperlukan masa procedures tu. Dahla dental punya barang banyak yg kita kena pandai manipulate, kalau tak dia akan set (keras), ataupun messy, dan menggagalkan semua procedures pastu kena buat lain. As a human normal la kalau 1 hari tu students semua panggil patients, lepas tu bila cikgu nak tolong kita, barang pulak tak lengkap, silap buat pulak tu, dia pun jadi emosi la dan serabut pastu nanti tak pepasal kena marah.
7) Ortho. Alhamdulillah walaupun aku cuma ada 1 je patient untuk ortho treatment, aku syukur sebab dia comel dan baik and very cooperative. The downside is dia budak medic and dia cuma boleh datang on khamis or jumaat je. So, lambat sikit la proses aku nak complete kan case dia. We need at least 5 cases, and have to complete 1 case. Aku harap aku boleh complete case dia ni sebab cuma minor teeth movement je yang diperlukan. Sesapa nak cantikkan gigi dengan harga murah bolehla jadi patient aku :D
8) Flap surgery. Alhamdulillah aku ada patient yang perlukan flap surgery for all quadrants in her mouth. Walaupun aku tak minat sangat buat surgery sebab cepat lenguh tangan dan nanti body aku jadi panas semacam bila aku terlalu cuba nak fokus mata aku, but Im thankful for the opportunity to learn from her. So far dah buat 1 quadrant and it was fun. Next, doktor aku cakap nak bagi try buat laser and patient dah agree. We'll see :D
What I could see in this final year is, clinical works sangat banyak. Lepas clinic habis, pergi lab. Lepas tu balik rasa penat sangat sebab penat berjalan berlari seharian. Pastu ngantuk. Pastu tak cukup masa nak study untuk clinical procedures, apatah lagi theory. Kalau ada seminar, masa akan spend buat slides. If ada test, baca untuk viva pulak. Sometimes bila balik bilik dan rasa penat, aku akan fikir, apela aku buat harini sampai nak bukak mata pun tak boleh...huhu.
oh. My dance competition will be next week. Then aku join ranggoli jugak for fun. Basically next week jadual aku penuh dengan test, seminar, competition, surgery. Tapi bagus jugak busy. Barulah belajar nak hargai masa lapang sikit :)
#Abang Zul kahwin Ahad ni! (abg zul tu lab technician kitorang. We're giving him a television!!)