Monday, July 12, 2010

Sebab kita family.

Half of the batch didn't make it and here we are, helping each other the best we could, to make sure everyone get to further their studies, whether it's in Malaysia or overseas.

Isn't it a great thing, being an IB student? Susah-susah pun, I can see how everyone has become a much more better person than how we used to be. Thanks to the nilai-nilai moral from Malay literature and Theory of Knowledge classes! Not to forget nasihat dari cikgu-cikgu lain.

Thanks to Allah, teachers, and everyone. Thanks to the juniors, for the solat hajat and endless prayers. Inilah salah satu sebab saya suka KMS, walaupun mungkin ada antara kita yang tak kenal antara satu sama lain, walaupun kita mungkin berbeza course, u r taking IB, and I am taking A-Level, but as we're staying under one roof, or used to stay under that one roof, we still care.

Semoga Allah bagi yang terbaik untuk semua, InsyaAllah, amin :))

Thursday, July 8, 2010

So What If It's India?

Sama ada awak bagus atau tak, bukannya bergantung dekat tempat belajar yang awak pergi.

Bak kata Tun Dr Mahathir, nilai dan harga diri yang menentukan identiti seseorang itu.




Yang penting BERSYUKUR dapat belajar.

You.

I know some of you are sad and frustrated. But please at least let me know that you are still alive.




It's not the end of the world. Everyone cares.

Sunday, July 4, 2010

3 Info

Salam.

HAI.

Info ringkas hari ini.

Info satu. Usaha selama sebulan lebih tidak berjaya. Berat badan telah menurun sebanyak beberapa kilos dan itu bukan berita gembira. Ketika kolej, Myra cakap saya kelihatan seperti tengkorak, bayangkan kalau dia tengok kondisi saya yang sekarang ni? Mungkin dia akan cakap saya kelihatan macam ikan bilis.

Info dua. Ummi begitu riang ria hendak menempah baju graduasi. Tolonglah berikan saya khabar gembira hari Selasa nanti!

Info tiga. Tadi menonton Melodi. Dengar kata Liyana Jasmay sudah semakin rapat dengan Pasha dari kumpulan Ungu. Betul ke? Liyana, tolonglah jaga Pasha tu baik baik dan biarkan Aizat berbahagia dengan aku.

HUA HUA HUA ok tak lawak. Comel jugak ya Aizat dalam tivi. Ai laik!

Ok, sekian terima kasih.






* Untuk semua pelajar IB Batch 4 yang saya sayang, I hope you'll smile big this Tuesday :)

Friday, July 2, 2010

My Mom's New Baby.

Salam.

HAI!

Eh eh yu ollsss, nak tau tak, tadi mak saya bawak balik baby baru! (woyeah tolonglah cakap nak tau pweaseee pweaseeeee jgn buat saya syiok sendiri)

Hah! Mak saya harini begitu bersemangat waja sekali ye. Walaupun ini hari cuti, dia begitu giat membangun awal untuk MEMBELI PINGGAN MANGKUK!

Yes, saya tapaham apa motif dia mau membeli pingggangg dan mangkok tu. Semalam dia ajak saya menemani beliau, tapi ehem ehem harini saya perlu ke Beseri ambek sijil SPM la ye. Jadi, dia pergi berdua dengan kawan dia jauh nunnnn di sana, untuk mencari pinggan mangkuk takda motif.

Dan masa dia balik tadi, tiba-tiba saya berasa sangat terkejut la. Hang tau beliau borong macam nak pindah rumah baru!

Awak patut tengok muka dia. Ya Allah, mata dia berkaca-kaca, muka dia bersinar-sinar, macam muka Miyn bila tengah melihat Shah Rukh Khan di kaca laptop!! Sangatlah dasyat penangan pinggan mangkuk tu!

Dan dia mula bercerita...

"Ok, ini mangkuk untuk bubuh sambal belacan" (huh?)
"Ini kita masak ikan nanti, kita guna la pinggan ni, nice kan?" (okkayyy)
"Cantik tak mangkuk ni? Martha Stewart punya" (hergh?)

Untuk pengetahuan umum, rumah kami sederhana sahaja dan tidak punya ruang lagi untuk membubuh semua pinggan mangkuk itu yang ada dalam lebih kurang, err, cukup untuk 50 orang makan. Dan sekarang kami hanya berdua. Oh romantik.

"Ummi, apasal orang suka sangat dok beli pinggan mangkuk mahal-mahal? Tengok sekali, macam sama je yang kat Giant tu. Murah pun murah. Lawa kot."

Alasan beliau ialah, semasa zaman muda-muda di US dulu, beliau tidak mampu membeli, hanya mampu melihat. Saya taktau pun pinggan ada brand sendiri. Saya cuma tau cedok nasik bubuh dalam pinggan pastu makan sampai kenyang. Ada ke orang nak tengok bontot pinggan, nak tengok jenama apa pinggan tu?

Jadi, disebabkan dia begitu excited, saya pun bertanya, "Ummi, beli banyak-banyak ni nak buat apa? Pinggan kita elok lagi kan? Banyak pulak tu."

"Haaaaa, nanti kalau hampa semua dah kahwin, masa nak start a new life tu, bolehla amek semua ni."



T____T




Pastu dia mula bercakap, "Eh, kita kena beli lagi ni. Untuk hampa kahwin nanti macam mana???"

"Ummi, catering bukan bagi pinggan ke?"

"Alaaaa, ni untuk makan berhidang tu. Itu kita masak sendiri la. Pengantin makan lauk special sikit. Jadi kita kena guna pinggan kita."

"Kalau macam tu, kena kawen esokla ek? heh heh!"



Ok tak lawak.



Kalau mak saya bercakap topik kawin-kawin, saya akan berasa seperti di heaven tau. Sebab mak saya memang tidak gemar betul bercakap isu gatal-gatal ni. Bahaya.

Dan tadi dia bagi saya terkejut lagi.



"Jom esok p lagi. Kita kena beli set yang untuk around 30 orang makan. Untuk kenduri arwah."







"UMMI, SAPA YANG NAK MATIII???"

Tuesday, June 29, 2010

13 Dara di Langkawi

Salam.

HAI! *kenyit mata*

Sila tau, bahawa minggu lepas kami pergi ke Langkawi. 13 orang. Semua perempuan. Motif utama ialah untuk mengambil sijil di MRSM Langkawi. Sila tau juga bahawa saya bukanlah pelajar di sana, saya hanya menyibuk di dalam rombongan tersebut. :)

Berjalan-jalan di dalam group yang besar ialah sangat menghiburkan sekali apabila semua sama jantina. Kami mensewa kereta sebanyak 3 bijik dan saya menaik Nissan Sentra, kereta yg paling mahal sewanya sebab Wira sudah habis. Kami menetap di apartment mrsm langkawi yang mempunyai 3 ketoi bilik dan 2 ketoi bilik air tapi end up semua tido dekat living room sebab kami suka hugging hugging di waktu tidur dengan penuh kasih sayang auwwww so suwit!

HA HA HA.

Saya taknak cerita la apa kami buat di sana sebijik sebijik sebab saya pasti semua taknak tau pun. Tapi saya ada satu cerita nak dikongsi bersama yang saya rasa agak menarik muehehehee.




Kisah Menarik Yang Saya Maksudkan.

Saya ada kawan. Dia ni kuat gelabah sikit tapi dia comel. Kita bagi nama dia, Sara la sebab nama sebenar takboleh didedahkan demi menjaga maruah beliau ye rakan-rakan. So, kisahnya macam ni. Hari kedua tu kitorang decide nanak naik banana boat. Alaaa, yang pelampung bentuk pensel, dia tarik pakai bot pastu dia jatuhkan kat tengah laut tu, tau tak? Kalau taktau sila tau sekarang.

So, masa nak naik atas pisang tu, Sara punyala takut sampai bot tu dah ke tengah laut tapi dia tak naik-naik lagi. Satu bot dah jerit-jerit..SARAAA, NAIKKK ! SARAA NAIK CEPAT! Dia cakap "takk boleh aku takboleh naik macam mana nak naik ni ombak dah kuat!"

Comel kan?

Bayangkan, 10 orang wanita muslimah yang agak kiyut (oops!) naik banana boat, pastu semua pakat menjerit guna suara high pitch. Satu pantai berhenti dari melakukan aktiviti masing-masing dan menengok kitorang dengan sangat teruja. Lalu saya menjerit "weh, satu pantai tengok kita. kontrol, kontrol!"

Bila bot sedang berjalan, sepanjang perjalanan saya berpesan dekat Sara. "Sara, nanti dah jatuh rilek je k? Jangan pegang orang depan kuat sangat, nanti dia tak timbul pulak. Ko biar je ombak tu tolak, aku dah pesan kat abang tu suruh drop kita kat depan sikit."

Tapi, bila dah jatuh, Sara tertinggal kat belakang sekali dan saya lihat dia tengah memegang Caterine (nama omputeh la pulakk ) dengan sangat kuat tanak lepas lepas. Saya cakap kat dia, "Sara, rilek. Nanti ko akan sampai depan la."

Dia cakap dia tak sampai dan muka dia sangat takut. Saya cuba nak pegang tapi dia belakang sangat. Tiba-tiba, saya rasa kaki saya dah boleh pijak pasir. Saya cakap "Sara! Berdiri ja. Dah sampai pasir pun." Dia cakap, "TAK BOLEH! AKU TAK SAMPAIIII!"

Ulang-ulang kali kitorang suruh dia pijak pasir, dia still cakap tak sampai. Tiba-tiba datang hero Malaya yang ingin menyelamatkan beliau. Oh, dia ialah geng abang banana boat jugak dan muka seperti agak comel. Dia datang dekat Sara, dan cuba memegang Sara untuk menarik Sara ke depan.









Tapi Sara berkata..



"HEY NAK BUAT APA NIIII?"



T___________T




Kan saya dah cakap, Sara ni comel :)

Mai Gheyoh!

Salam.

HAI!

Sekarang saya di rumah. Saya baru balik dari rumah Tifa semalam. Duduk rumah Tifa ialah seronok tawu. Ya la, duduk rumah sendiri cuma ada mak. Bangun pagi dah ditinggalkan sorang-sorang. Tapi kat rumah Tifa, pagi-pagi adik dia dah bising-bising dengan muka busuk rambut serabai, rasa terhibur sikit, dahla comel!

Oh ya, adik dia yang kecik tu, Widad, dah pandai cakap. Sepanjang aku kat situ, dia cuma jerit "Minggg! Minggg! Mingg!" Takpun dia buat aku ni tempat ngadu.

"Ming! Dia amek, Dadd nyaa! Amek caatt Dad nya!"

Ha ha ha, baru aku tahu melayan budak-budak sebenarnya penat. Walaupun adik dia semua pompuan, tapi semua kaki gusti tau tak. Tu tak cakap lagi pasal budak-budak kat Karnival Mai Riuh.

Haaaaa, tima kasih kat Jhar sebab ajak aku p karnival ni. It's under Prihatin dan jugak Landskap Malaysia. Dorang buat kat Skolah Hashim Awang, Kepala Batas. Jadi, hari Sabtu dengan Ahad lepas, aku pun pergila memeriahkan karnival tu sebagai sorang volunteer.

Meh sini aku crita sikit beberapa siri kegembiraan aku masa kat karnival tu.

Siri Satu.
Budak2 sana cakap kuat gila baq hang! Depa ingat aku pekak kot nyeh3. Aku jaga satu board game yang dikasi nama Junior Scrabble. Seronok game ni, sebab main dengan budak2 kecik yang berhingus. Ada sorang budak ni, dia jerit punyala kuat, dahla duduk tepi telinga aku ja. Nasib baik ada abang pemerhati ni, dia yang tolong kontrol kan tempat tu. Dia cakap "adikkk, cuba ckp pelan sikit, pekak kakak tu satgi. Tu kakak tu dah nak marah tu, baik jangan bagi dia marah."

Aku cuma senyum ja la, pastu kalau dorang jerit, aku suruh cakap pelan-pelan baru aku layan. :)

Siri Dua.
Masa nak beli air, aku cakap dengan pakcik tu, "Nak air ni satu, air ni dua."

Dia cakap, "Sini takdak air air. Ayaq ada!"

*malu*

Ahh, tak keterlaluan kalau aku cakap, yang lidah aku dah tak reti nak berbahasa Kedah di khalayak umum melainkan di tempat aku sendiri. Sebab kalau aku p tempat lain, aku akan rasa itu Seremban. HAHA. pi-o-wai-o kan?


Siri Tiga.
Membuat kawan dengan budak-budak kecil ialah sangat seronok tau. Lagi-lagi kalau mereka ialah baik dan sopan.

Siri Empat.
Masa treasure hunt, saya menjaga checkpoint 4. Key word untuk check point tu ialah "A Penny Saved is A Penny Gained". So, masa budak-budak tu sampai, saya tanya la dorang, apa maksud idiom tu. Ada sorang budak ni cakap, "Mampoihla aku dahla fail BI mana aku nak p tau!" Pastu ada sorang ni nak call mak dia tanya jawapan KAH3. Dan ada budak ni lagi comel, memandangkan dia taktau, saya tanya maksud satu-satu perkataan. Saya tanya apa maksud penny. Dia cakap, "rabbit! ala, yang kat tv dalam cerita katun tu!"

Terdiam aku sekejap. Pastu baru saya teringat, "eh adik, tu BUNNY la, bukan penny."

Siri Lima.
Family Jhar best. Adik dia comel. :)) Tun Jeanne jugak sangat baik.




Duduk kat rumah Tifa, saya telah mendapat apa yang saya idamkan selama ini. Charkoayteow selama dua malam ditemani perlawanan bola yang agak best, pulut mangga dan laksa lemak, serta memperkasakan skill melayan budak-budak. Boleh la nak menggaji saya untuk menjaga adik awak lepas ni ya?

Oh before balik, saya tanya Widad, sayang Miyn takkkk? Nak tau dia jawab apa?

TAKK PUNNNN~

Serious sedih. Aku rasa baik dia diam je.

Friday, June 18, 2010

Pabila Miyn Senoi?

Salam.

HAI! (dengan superexcited sekali)

Awak, adakah awak tahu yang bila awak sakit kepala, maka awak harus menghalang diri dari memakan Panadol? Segala jenis ubat-ubatan sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Selagi awak tak nazak nak mati, tolonglah bertahan dulu dan bagi sistem imunisasi awak melakukan kerjanya dahulu ya. Hey, percayalah sikit dengan kekuatan badan sendiri! Mereka pun ada kerja. Kita bagi depa makanan bukan suruh depa dok rilek. Mereka perlu bekerja okay! Oh tak saya tak emo.

Nah, :D

Dan sebab itulah saya rasa sangat lawak memakai koyok di kepala sekarang ni. Hi hi hi. Macam clown. Eh wait, kalau clown memakai koyok mesti tak semenakutkan seperti memakai pemerah pipi bulat-bulat tu kan? Kalaula dia tak menakutkan macam tu, mesti saya akan jemput dia ke parti hari jadi anak saya yang ketujuh.

Dulu saya suka memakan panadol Actifast sebab bila sakit kepala tak boleh stadi. Jadi untuk kelegaan cepat makanlah panadol actifast! Banyak saya makan sampai saya rasa saya layak dilantik sebagai duta panadol Actifast yang seterusnya memandangkan hajat hati nak jadi duta Domino tak kesampaian. HA HA HA. Ok tak lawak.

By the way, taukah awak kaum lelaki, kalau adik perempuan awak, kakak awak, atau mungkin kekasih hati pengubat jiwa mengadu sakit PMS, awak hanya perlu memberikan mereka koyok yang berharga 2ringgit tigaposen?

YA, hanya bagi mereka sekotak koyok dan suruh mereka tampalkan semua di perut. Ya, SEMUA SEKALI. Oh ya, entah-entah ada yang taktau koyok tu apa kan, ye dok? Haaaa ni, yang pelekat kita tampal kat badan kalau sakit belakang tu la. Atlet-atlet hebat kaki bola mesti tauuuu ni. Tapi yang berjenama tu mahal. Baik beli je koyok yang apek Cina selalu letak kat kepala bila dia orang sakit kepala itu. Lu tau tak? Lu tatau pergi la tanya itu mana-mana kedai. Wa tatau macam mana mau explain. haiyaaaaa!

Dan setelah tampal, maka barulah boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa seperti menjemur baju, mengemop lantai, menanam cili di belakang rumah ataupun mengembala kambing. Rasa sejuk la macam perut kena simbah dengan ais sebaldi tapi ia berkesan okay dan tak rasa sakit InsyaAllah. Lagi menyeronokkan daripada perlu terlantar di atas katil dan meletakkan sebotol air panas di atas perut sambil menahan sakit.

Kaum wanita bolehlah cuba selepas ini ya?

Saya harap ini membantu. Tadi ada sorang kawan lelaki saya call pukul 7 pagi dengan suara ketakutan. Saya ingat rumah dia terbakar! Tengok-tengok adik perempuan dia period pain. Kesian. Comel pun ada, kan kan?

Ok sekian tips untuk hari ini.

Take care!

Wednesday, June 16, 2010

Buat Apa yang Aku Suruh di Baris Akhir.

Salam.

Hi awak!

Nak tahu tak, hari ni saya mengeluarkan diri dari rumah lalu pergi bersuka-ria di pusat membeli-belah terhangat di Alor Star iaitu City Plaza dan Pacific. Aaaaah, macamla ada tempat lain. Alor Star Mall mungkin ada tapi itu belum cukup hangat. Nak hangat kenalah pergi tempat-tempat kecik yang kita boleh tawaf 2-3 kali dan mempunyai probability berjumpak orang yang sama sebanyak 0.88. Itulah Alor Star untuk pengetahuan anda. Dan kalau kau takmau tahu pun apa aku peduli kan aku nak bagitau jugak.

Sebelum keluar tadi saya tunjuk video Poo Poo dekat mak. Yang orang Uganda ajar pasal homoseksual tu la. Pergila carik kat youtube kalau rajin. Dan akibatnya mak aku gelak dengan sangat dasyat tanpa henti dan mengulang tayang video tu sebanyak berapa juta kali pun aku taktahu. Tadi dia datang bilik aku dan gelak secara tiba-tiba sampai terlimpahkan beberapa mangkuk air mata gembira sehinggakan aku naik takut. Apa yang keluar dari mulut dia ialah "POO POOO! HAHAHAHAHAH POO! POOOOO!"

Okay, memberi kebahagiaan kepada mak ialah satu perkara mulia, bukankah? :P

Hai!

Kamu tahu, Alor Star semakin panas sebab pokok-pokok semua dah kena tebang. Sayang! Usia mereka lebih tua dari saya tau tak! Sampai hati kau si pengembala kambing! Takkah kau mempunyai belas kasihan terhadap pokok-pokok tu? Kalau kau guna "The Sound Machine", mungkin kau boleh dengar tangisan pokok-pokok tu merintis kesayuan sebab tak dapat memberi teduhan kepada Miyn dah macam dulu-dulu!

Ah, inilah harga sebuah pembangunan!

Ok, taktau apa sebab kena emo tapi saya tak suka melihat langit kosong tanpa warna hijau. Zetty cakap depa mau buat fly over. Menara kat bulatan Teluk Wanjah tu tak lama lagi bakal roboh ho ho ho sedddihhhhhhhh la wa macam ni beb. Perghhhh, korang tak rasa hebat ke? Bil talipon pun boleh dibayar secara drive-thru walaweyyy hebat! *tepuk sikit*

Bila nak taruk LRT pulak? :P

Hari ni saya ada banyak sebab untuk berasa bahagia.

Pertama. Saya makan laksa lemak tadi. Laksa lemak dia sedap. Lagi sedap sebab dia guna laksa kecik. Comel betul laksa tu awak tau? Kalau taktau silalah tau sekarang. Takla comot bila saya makan walaupun comot itu comel. Tapi bila comot dengan kuah masak lemak, nanti kena pakai tisu. Pokok dah kena tebang jadi kita harus menjimat tisu. Myra jangan sesema kerap-kerap sangat okay? Kita kena jimat tisu, ingat tu. He he he okay niat di hati nak buat lawak tapi dah tak reti.

Kedua. Kaki dah kecik sebanyak 1 inci. Ini hanyala andaian memandangkan saya dah jalan sebanyak 5km saya rasa. HA HA HA. Aizat, kau takde alasan taknak tinggal Liyana Jasmay okay! Kaki aku dah kecik mari kau ke sini sekarang jugak! Dan sorry to say lagu baru kau tak sedap.

Ketiga. Dapat slipar baru berkaler putih. Baru aku sedar aku sekarang ada 3 slipar dan semuanya masih kachak. Dulu setiap kali balik cuti aku akan beli slipar baru. Motifnya ekceli nak carik Crocs satu, nak pakai kat Langkawi tapi aku lupa aku sekarang kat AlorStar mana ada kedai Crocs, boooooooo! Last-last marilah kita sedar diri lalu belilah slipar di kedai biasa-biasa aja ye.

Keempat. I have Zetty and Aina in my life :)



Oh, adakah kamu tahu Pusat Pakaian Hari-Hari ada menjual CD di kaunter mereka yang bertajuk "Hari-Hari Idol?"

Isu itu telah membuatkan saya gelak secara meleleh air mata sebanyak sebaldi. Sebenarnya tak la lawak sangat tapi kitorang kan semua sakai punya kepala hotak, benda tak lawak pun jadi lawak tapi biarlah heyyyyy saya nak cakap lawak jugak tolong jangan bangkang. HA HA HA.

Hari ni jugak, masa tengah bercakap-cakap tadi, saya baru sedar bahawa ketika zaman sekolah dulu saya telah menaruh minat terhadap lelaki-lelaki yang entah apa-apa. Dan yang hebatnya, macam mana Zetty dan Aina boleh lebih tau dari aku sendiri? Mereka punya la konfiden aku pernah minat si sekian sekian sekian padahai aku sendiri tak ingat? HA HA HA. Ok, saya hidup dalam denial. Berasa malu la sikit bila tau yang aku telah mula gatal sekitar usia Tingkatan 2. Kalau mak tau pasal ni mesti dia takkan benarkan aku mula berjinak-jinak dengan mIRC masa aku Tingkatan 1 dulu. Hey kenapa guna AKU ni??

Hebat kan, betapa rancaknya zaman-zaman kita mula nak grow up dulu. Dulu saya selalu rasa zaman sekolah menengah ialah zaman paling best dalam hidup. Dan sekarang bila saya dah habis kolej, saya rasa fasa ni pulak yang terpaling best. Sebab saya dah tau siapa kawan-kawan sebenar saya. Dan saya tak boleh nak cakap saya menyesal atas apa-apa yang berlaku dulu, ataupun cakap yang saya nak ubah sesuatu dari masa dulu. Sebab, kalau benda tu tak berlaku, maka takdela sekarang kan? Setuju?

Tadi seseorang add saya di Facebook. Terus saya teringat balik semua peristiwa-peristiwa zaman-zaman Tingkatan 2 dulu. Dan saya tak suka. Yes, sesetengah perkara adalah lebih baik dilupakan. Dan saya rasa hebat bila mengingat kembali betapa ramai orang-orang yang saya dah lupa. No, bukan maksud saya yang saya ni hebat sebab lupakan orang. Aish, kamu harus faham yang saya ni kekurangan vocab. Tak tak! Maksud saya, agak dasyat jugak saya boleh tak ingat dekat mereka-mereka tu. Padahal dulu kami datang sekolah mesti mereka jugak yang menjadi tajuk utama. Mungkin orang-orang yang ada dalam hati dan kepala saya sekarang ni punya cahaya lagi terang dari awak kot?

Bila saya bagitau saya sayang awak (orang orang hebat hidup saya), maksudnya saya memang sayang la. Tahap kesayangan itu biarlah saya saja yang tahu. Tapi saya suka jugak nak bagitau, supaya awak tahu yang awak telah menjadi satu makna dalam hidup seseorang dan mungkin ramai lagi. Aaahhh, inilah jadinya bila saya membuat post pagi buta. Semuanya berbaur romantik (ho?)

Apala aku merapu ni. Okay sila buat taktau.



Apa tajuk post ni again? Hihi, cukupla awak tahu saya sayang awak. :)

*smile*

Tuesday, June 15, 2010

Mamak Nasmir macam kachak.

Salam.

Hi!

Sweet tak tajuk post saya? Ha ha ha, kalau la mamak-mamak tu baca blog saya mesti dorang akan bagi saya makan free tiap kali saya pergi Nasmir.

Oh ya, by the way, tadi saya pergi tengok bola. Oh yeah mannn Miyn tengok bola okaayyy! Tolonglah percaya. Miyn tengok bola! Again, Miyn tengok bola! *hooray?*

Yah saya tengok bola. Dan bola yang saya tengok hanyalah bila world event macam ni ja. Jadi taknak komen apa-apa pasal match, tak layak bak kata Abang Zetty. He he.

Terima kasih Zetty sebab bawak saya tengok bola. Seronok.

Masa mula-mula bagitau Ummi tadi, dia macam .. "haaa? tengok bola? pukul berapa?" Saya cakap, "pukul 9 satgi." Mak cakap, "tak bahaya ka perempuan tengok bola malam-malam? nanti lelaki aim ja." Saya jawab, "Eh, taklah. Awal ni. Lagipun bukan p tengok dengan laki. Tadak papa lahhhh." *senyum*

Seriously, mula-mula rasa tak sedap hati sebab tengok Ummi macam tak berapa nak lepas. Tapi dia terpaksa lepas jugak sebab Zetty yang ajak. Takboleh cakap tidak. Sebab Zetty. Haaa zet, terharu tak? Yang bestnya pasal mak saya, kalau dia dah percaya kat seseorang tu, dia akan percaya betul-betul dan takkan banyak tanya. Sebab tu saya tak pernah risau pergi mana-mana atau buat apa-apa kalau mak saya ada confident dengan saya. Restu ibu itu penting. Ingat tu. Jadi kalau mak tak bagi, jangan buat ok?

Masa baru sampai tu, orang tak ramai lagi. Kitorang datang pukul 9.45 dan masih banyak lagi meja kosong. Nasib baik p Nasmir, tempat family-family. Dan Alhamdulillah tadi kurang sikit diselubungi dengan kepulan-kepulan asap. Belah kiri ada dua orang lelaki Melayu, tidak smoking. Di sebelah kanan ada sekumpulan lelaki Cina. Muka agak kachak tapi hanya seorang saja smoke. Di belakang ada lelaki Melayu dan di kiri sikit ada lelaki Siam rasanya. Lepas tu nampak sekumpulan Nigerian. Campur mamak maka jadilah 1 Malaysia kan kan? Sweeeeeet!

Ok taktau kenapa cakap sweet. Saya dah makin kurang vocab kot tapi biarla nak cakap sweet jugak. Sweeeeeeet!

Tadi hampir-hampir nak pakai jersi Portugal tapi rasa macam pi-o-wai-o la kan. Taktau apa apa pasal bola lagi-lagi portugal mai mai nak sebok sebok pakai baju dia memang la memalukan Miyn nih, ye dok? HAHA. Nasib la aku tak pakaaaaaai sebab takdak orang buat semangat pakai baju portugal pun. Pastu terlupa pulak jersi tu sebenarnya nak bagi hadiah kat adik mana boley pakai. Ngeh ngeh ngeh.

Tadi kat Nasmir jumpak Yonn! Yonn sekarang kerja kat Esso. Comel betul Yonn. Lamaaa sangat tak jumpak. Yonn ja satu-satunya kawan lelaki zaman childhood yang aku masih baik sampai sekarang, itupun sebab dia rajin hantar mesej walaupun aku tak balas. Dan kalau tanya semua kawan-kawan pun, semua cakap memang Yonn ja la yang kitorang masih contact pun. Heeee, makin besar semua makin malas reply mesej kan kan? Myra sila angguk! Yonn dah makin berisi, makin lebar, dan sudah ada janggut :) Tapi macam aku cakap, masih lagi comel dan adorable macam dulu. Aaaahhhhh, teringat masa first time jumpak dekat Seminar Minda Pelajar dulu. :)

Rindu rindu rindu! *gaya upin ipin*

Game berakhir dengan keboringan yang nyata. Asyik tolak-tolak, Ronaldo buat-buat sakit, pastu bangun lambat. Dan disebabkan aku dan Zetty tak reti tengok bola, kitorang telah terjerit dengan sangat over siap angkat tangan lagi padahai offside! Malu malu malu HAHAHAHAHAHA. Tengok-tengok ada orang cakap "offside daaaaa". *tutup muka*

Okay, takpa mereka tak kenal kita jadi tak payah malu hehehe. Stress. Ingatkan ada gol last-last minit, maka saya bantai dua cawan neslo, seketoi roti tisu, sepinggang maggi goreng dan terpaksa menahan kensing sebanyak 30 minit. Ending? Nil-nil.

Aahhhh, memang tak tido la aku malam ni~