Sunday, June 6, 2010

since hg dh promote kn.. sian plak kalo x layah.. hahha how's IB treating u??? medicine treating me like hell weh2 aku blk july ni.. hg cuti dak

Salam.

Alaaa, kenapa tak bagitau awak siapa? Sapa yang nak balek July ni?? Nak jumpa, jom jumpak jom jom jom! *puss-in-boots' eyes*

Ok, lets get serious.

I'm over with IB actually. IB is hell yeah a great programme. I'm gonna send my children to do IB if they were to do it in KMS of course. I think IB is fun because I was there (kolej mara seremban). The college itself gives me the pleasure of doing IB. The friends are cool. We respect each other and towards the end, we develop the love for each other.

Regardless of the course, everyone takes the same papers. So I think that is why we consider ourselves as a whole. Biotech, Medic, Dentistry, Teachers-to-be, nahhhhh. We are IB students, who cares what you are taking?

The most important thing in anything is try to look at it from the positive side. Don't curse, it's not human, it can't listen to you. Rather than complaining, you have friends. You can always talk to them, laugh with them. It depends on how you manage yourself, your time and how you make full use of your 2 years period there.

I still think it's a loss that I only got to know some of the people only a month before the finals. But hey, it's better late than never. In my opinion, many of us changed into a better person although we don't really realise that. Everyone is beautiful and everyone is worth knowing.

IB treated me well. If it hadnt for IB, I wouldnt have known those wonderful people. The teachers, walarhhhwey. They are supermarvellous, they are like angels.

So yeah, I love IB. Even if Dentistry treats me badly in the future, I know I have these people and Im sure life would still be good.

Smile. ;)

Whats up, peeps?

if you could choose one wedding song,what song would that be?=)

For me, a wedding is like the climax of one's life. People fall in love because they wanna end up with their significant other. So, everything that happens on the wedding day is very important, from the theme color, the hantaran, the guests, and even the song, will create a sentimental value for the bride.

I have too many love songs on my playlists like :
. Kci and Jojo - All My Life
. Edwin McCain - I couldnt ask for more
. Edwin McCain - I'll be
. Owl City - Vanilla Twilight (HA HA HA)
. BLA BLA BLA...

but my wedding song would be Goo Goo Dolls - Iris.

I dont know whats so special about the song, I just like the lyrics. It's simple. Tak terlalu exaggerate sangat. The love is pure yet achievable. Tak de nak sampai syurga ataupun sampai langit ke tujuh. The lyrics is real.

So Zet, I guess you have to play the song on my wedding day la kan? :P

Ask me anything, I'll be more than happy to answer it :D

Ini BTN Saya.

Salam. Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Kamu tahu apa itu BTN? BTN ialah Biro Tatanegara yang diwajibkan ke atas saya dan rakan-rakan sekalian. Pendek cerita, kalau kamu bakal melanjutkan pelajaran di luar negara under sponsorship, maka kamu perlu menghadiri BTN. Walaupun status kamu anak dara seperti saya, mak orang takpun sudah berpangkat datuk, kamu masih perlu menghadiri BTN ye rakan-rakan.

Ketika saya mendapat tawaran untuk pergi ke BTN, mood ketika itu ialah sakit jiwa. Saya tak suka pergi kursus-kursus ini. Mana cool kan? Orang kachak seperti saya memang pantang lah pergi ke kursus paksaan ni. Tapi mood bertukar menjadi gembira kerana saya tau kawan-kawan batch saya semuanya akan turut pergi bersama. Maka kami akan bertemu kembali setelah berpisah selama beberapa hari dan boleh kembali beriang-ria sebagai satu batch sekali lagi. Aaahhh, nyaman sekali perasaan itu ye rakan-rakan.

Orang cakap BTN ni ialah untuk meng-torture. BTN ialah untuk membuat kita sokong kerajaan. BTN ialah itu, BTN ialah ini. Well, actually sebelum kita pegi mana-mana, or buat apa-apa sekalipun, jangan la main buat andaian ikut sesuka hati je. Pergi sana dan experience sendiri.

BTN saya tak lebih daripada nak develop perasaan sayang dan cinta kepada Malaysia itu sendiri. Dorang ajar apa itu perlembagaan Malaysia. Dorang ingatkan kembali sejarah kemerdekaan Malaysia, macam mana Melaka dijajah oleh kelalaian kita sendiri dan banyak lagi la. Bila dengar ceramah tu, barulah saya rasa betapa jahilnya saya sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Malaysia pun saya takpernah tau apa dia. Dan saya tak nampak kepentingan nak amek tau hal-hal politik dan sejarah malaysia ni. Tapi bila dah pergi BTN ni, saya rasa saya nak pergi khatamkan balek buku Sejarah tingkatan 1 sampai 5. Rasa malu sangat sebab tak tau. Sumpah malu.

Pakcik-pakcik kat sana siries best. Dorang dah la comel. Buat la garang macam mana pun, tak rasa takut sebab comel sangat. Pastu dahla baik, macam ayah-ayah. Duduk 5 hari kat sana, saya dah rasa sangat sayang kat dorang semua. Dan ada sorang pakcik ni sangat garang dan saya sangat takut dengan beliau. Takut, siries takut. Pulak tu beliau pulak yang dapat tugas kena kejut kitorang pagi-pagi. Ada satu hari tu, beliau dah jerit "BANGUNNNN, BILIK NO 16 APA GELAP LAGI NI! BUKAK LAMPU!" Pastu saya yang tido katil atas ni teruih bukak lampu, amek telekung pastu ulang alik 5 kali taktau nak buat apa. HA HA HA. Bengong.

* * *

Saya sangat bersyukur pegi BTN dengan kawan-kawan kolej saya sendiri. The last day was really painful. I had to say goodbye like I'm not gonna see them anymore. Siries sedih. Terbayang muka Wajidi senyum masa saya suruh dia buat Facebook. (ingat senang nak tengok Jidi senyum???) Lepas ni dah takde Aini dan Niza yang sangat menghiburkan tu. Takkan dengar Abe cakap Kelantan, takkan pegi Penghulu Cantik nak makan nasik lemak. Dah takde bilik depan, tepi, hujung kiri kanan bla bla bla. But the memory is there. I consider all of them, 95 people as my own family. Bila saya stress, saya ada budak-budak ni. They are my strength. And I'm thankful to be here. I never expected to be this close with so much people in just 2 years.

And peeps, dont judge a book by its cover. I used to think Fik is a samseng when he's actually a very sweet person. And I thought Dawa was a pain in the ass when in fact, she was there most of the time when I needed her. People have their own flaws tapi kekurangan itu lah yang menjadikan mereka itu mereka.

Saya suka BTN saya. Saya sayang kawan-kawan saya and I love Malaysia. Teehee!

Tuesday, May 25, 2010

Salam.

Saya sangat sibuk memikirkan kawan-kawan di KMS sampai saya terlupa kawan-kawan yang lain. Sori.

Thanks Ezzat for the saree. Cantik. Aku suka. Kawan-kawan pun suka.
Thanks Pal for the baju. Dah pakai pun. Nampak sopan kata dorang. Sejuk sikit. Lepas ni rasa macam nak beli banyak baju-baju sopan. Rasa selesa dan selamat.

* * *

Post kali ni takkan sedih. Saya janji takkan sedih. Dah banyak post sedih saya baca, sama ada kat Facebook takpun kat Blogger sendiri. Malam pertama habis Maths paper III dah mula rasa sedih ekceli. Rasa macam takde arah tujuan. Rasa kosong. Dan dari situ, baru rasa yang stadi tu penting. Stadi yang bagi otak kita bergerak, yang jadikan kita manusia yang hidupnya tak sia-sia.

Saya cuma nak cakap yang saya sangat bahagia sepanjang 2 tahun kat sini. Ye, stress memang stress. Kerja banyakkkk, tak tipu. Tapi itu gunanya kawan-kawan. Disebabkan dorang, saya jadi NurAmina yang hari ini. Terima kasih sebab ingatkan apa yang saya lupa, betulkan apa yang salah, dan cantikkan apa yang buruk.

Pengajaran paling terbaik yang saya dapat, jangan sesekali menilai sesuatu tanpa kenal terlebih dahulu. KMS itu buruk. Yes. But the people are beautiful in their own way. Kita ada cikgu-cikgu yang superhebat, makcik-makcik cleaner yang superbaik, dan students yang superhappening. Bila kita nak exam, kita akan duduk kat tepi Dewan Razak sambil tengok-tengok buku untuk kali terakhir. Makcik cleaner selalu cakap, "Adik nak exam ye? Jangan risauuuu, makcik doa..makcik doa untuk semua."

Haritu masa nak letak pinggan, ada sorang ni jatuhkan pinggan sampai tertumpah semua lauk. Kotor habis lantai. Tapi pakcik DS cakap, "takpe dik. Pinggan jatuh takpe. Pakcik taknak kamu yang jatuh.."

Baik kan? We're so lucky to be here. Semua orang sayang. :D

To all wonderful people out there; the girls yang tak pernah stress kat blok, the boys yang sentiasa menghiburkan, the wispi-ans especially Abe, Heir, Ika, Elly, Aini and all, thanks for colouring up my nights. Kadang-kadang saya tau yang pergi wispi tu akan membuatkan saya lagha. Baca 2 pages, gelak 2 jam. But heyy, it was worth it. That's how I got to talk for the first time with Hazwan, pastu tiba-tiba rapat dengan Abe. Tak pernah saya sangka yang Abe itu seorang yang sangat menyeronokkan untuk dibuat kawan. Dia cuma perlu cakap sepatah, pastu Elly akan gelak dengan sangat dasat. And thats how I got my sweet dreams every night.

Thanks again to the teachers. I have nothing else to say other than I love u guys to bits.

I entered KMS with a smile, and I'm leaving it with a laughter. May all the friendships remain strong regardless of our paths after this.

Love.

It's official.

Salam.

Good news kawan-kawan, saya dah habes IB.
Bad news, peeps. I'm bored to death. *tikam tikam tilammm*

To those who got an offer to do IB, congratz! You are going to enter a stressful life with 3 lab reports to submit every week, a 4000 Extended Essay to write, a 1500 words World Literature to type, not to mention 15 poems to study, around 6 novels to read, and countless number of sleepless nights. Hooray?

But in the end, you'll find IB as a good preparation programme with wonderful people in it and you'll be surprised by how much you've changed as you're done with it.

Well, at least itu yang saya rasa.

I have too many things to share with u guys but I dont know where to start. Until next time, ok?

Take care!

Saturday, May 1, 2010

kenal tak Aliff Cullen? =D

Hensem tak Aliff Cullen tu?

:PP

Harapnya ada peluang nak kenal betul-betul la, InsyaAllah~

Ask me anything, I'll be more than happy to answer it :D

miyn.. facebook miyn ape? xpenah add juice pn..

NurAmina Amin, add la tapi kalau tak guna nama sebenar, tolong kenalkan diri ye? Sebab kalau tak kenal, k tak approve..

Ask me anything, I'll be more than happy to answer it :D

apakah rahsia kecantikan anda?haahah...nihhh,what's this new blog about,heangggg...kedekut dgn i nohhh...meluat...EHH!!how was the dinner and your kebaya?stunning i bet ;)

ahahahaha, introducing the love of my life miss capati hangit, ZETTY!

dinner is after the finals. and the new blog will show up on the feed everytime i post a new entry.

u know how generous i am. mana ada kedekut :D

Ask me anything, I'll be more than happy to answer it :D

Iron Man II campur mengarut sikit.

Salam

HAI awak! Awak sehat? Saya harap awak sihat dalam keadaan merah jambu. Saya di sini baek-baek sahaja. Tujuan saya menulis ini ialah untuk menghiburkan awak. Terhibur tak terhibur tak???

Toek.

Amacam? Ada seperti perenggan surat tidak rasmi takk? Ngeeee, kununs-kununs tengah memprektis menulis surat sebagai persediaan mengambil peperiksaan Bahasa Melayu tidak lama lagi. pi-i-wai-o betul lah miyn ni. Padahal saya mengambek kertas satera kot apakah perlunya berlatih menulis surat tidak rasmi?

Oh ya, semalam saya mentonton filem Iron Man II walaweyyy. Kepada sesaper yang tak tau tolonglah tau yang saya sangat menggemari hero-hero berpangkat bapak dan bukannya budak hingusan. Disebabkan itulah saya mengambil langkah berani mati tidak peduli walaupun finals lagi 4 hari tapi masih mengambil risiko melihat muvee yang mengandungi Robert Downey Jr. Namun tolonglah tau tahap keobsesan saya terhadap beliau takla sampai mempunyai poster beliau di sekeliling dinding ke, buat gambar beliau jadi wallpaper ke, pergi menjadi stalker pastu menghapai tarikh lahir beliau ke, pergi mengambek tau beliau pernah ada skandal dengan sapa ke, haishhh takkk takkk. Saya tak buat la kerja-kerja pelik macam tu. Cukupla sekadar menikmati keindahan ciptaan Tuhan selama 2 jam 3 menit.

Semalam keadaan dekat Terminal 1 dasat! Almaklumla semalam kan cuti hari Buruh. 'Cloudy people' pun sebok jugak nak bercuti sakan. Alhamdulillah saya telah book tiket secara online jadi takde masalah sangat. Tapi azab hanya Tuhan yang tau. Scary! Pastu bila masuk hall dan melihat wajah kachak Tony Stark barulah rasa nyaman dan bahagia sekejap. Ngeh ngeh ngeh. Scarlett Johansson pun sangat chantek la Ya Allah sampai saya yang wanita ni pun rasa terkesima sangat sangat melihat dia. Dahla comel, mata hijau, rambut lawa, kaki kecik..ish ish ish. Mungkin disebabkan rambut dia brunette jadi maken bertambah-tambah kecomelan dia. Kalau blonde itu semacam tak best la. Terlalu mat salleh, noooo ai donggg laik.

Tapi still, Robert Downey Jr pilihan di hati. Walaupun sudah tua badan masih belum buncit bukankah menarik?

Haaaa! Nak cerita something ni. Semalam kan muvee tu habes pukul 7.30 malam. Pastu keluar-keluar hall je kami pun lari-lari la mencarik makanan pastu tunggu teksi nak balek. Time tu dah pukul 8 malam. Cloudy people masih berligaran di sana sini. Teksi kat depan tu pulak takde. Pastu kan pastu kan kami pun pegila kat kaunter teksi dekat belakang belakang tu. Pakcik tu cakap teksi takde lagi dik, rilek la dulu. Meh duduk dekat pakcik ni. Pastu saya cakap la, kitorang nak cepat ni pakcik, tak semayang Maghrib lagi. Pastu tau tak pakcik tu cakap ape?? Dia cakap "Alaaa, pakcik pun tak semayang lagi. Takpela."

T______________________T

Wadehek lah kau time tu dah 8.15 malam kot. Malas nak amek tau. Naseb baek 2 saat lepas tu ada teksi.

Sebenarnya saya nak cerita something pasal pakgad. Tapiii...demi keselamatan beliau saya terpaksa tangguhkan dulu lah. Ngeh ngeh ngeh. Saya rasa sangat bersyukur sebab pakgad sini semua baek-baek dan melayan kitorang macam anak-anak. Mereka faham.

Rasa macam baru semalam saya tengok senior-senior letak buku-buku depan koop, pack barang dan prepare nak balek. Time tu rasa sangat jeles dorang dah habes IB. Dan tak lama lagi giliran saya pulak. Perasaan bercampur baur. 2 tahun yang penuh dengan kesibukan stadi tapi sangat bahagia dengan kehidupan sosial.

Will I consider sending my children to do IB in the future?

YES. Dengan sangat konfidennyaaa. *smile*

Awak, jaga diri baik-baik. Saya mengundur diri dulu mahu stadi Fizik yang saya tak berapa nak cekang tu.