Friday, January 6, 2012

Preclinical Conservative Dentistry Practical

Salam.

HAI !

Kali ni saya mahu bercerita pasal praktical subjek ini (tgk tajuk tgk tajuk pleaseeeee). Subjek ni kami baru belajar tahun ni. Yang best nya belajar ialah sebab, satu, takde universiti exam. Dua, sebab cikgu dia ada 2 orang yang supercantik. Minus part garang dan competency test dan viva on the spot time submit kerja, everything else is fine :)

So, seperti rancangan memasak bajet retis versi Miyn, marilah saya memperkenalkan barang-barang yang saya guna dalam praktikal ni dulu ye.



Mackintosh sheet untuk lapik meja dan untuk kaver kepala awak kalau terbakar he he he (taktipu memang dah banyak kes terbakar rambut tapi itu dlm subjek lain dan bau rambut lelaki tak harum ngeh3)



Mask. In case awak bosan dan nak menyamar jadi Mask Rider ke?


Gloves. Sebagai penambah gaya mutu keunggulan.

Goggles. Bila tengah bekerja rasa panas mahu berenang bolehlah mengguna benda ini.


Specs sendiri. Okay sebenarnya aku tak suka goggles dan saya rabun jadi pakailah cermin mata sendiri.


Okkay, sorry sebab mengarut. Nak tau kenapa banyak sangat protection? Sebabnya, semua gigi ni ada real caries. Jadi kita kena protect diri kita dari bacteria berbahaya ye adik-adik. Ingat, jangan pegang buku dengan tangan ada glove. Pakai jam pun takboleh. Nanti kene marah :P


Latihan 1 : Caries excavation on posterior teeth.

Instrument ni nama dia spoon excavator. Untuk mengorek caries.


Ini mouted teeth saya. Dibuat atas Plaster of Kedah eh Paris.
Dalam latihan pertama ni, kita guna 10 batang posterior teeth.


So, kita kena korek semua caries coklat yang ada dalam semua gigi ni dengan sepenuh tenaga. Trust me it's not easy. Aku dah banyak kali tercocok tangan sendiri dengan excavator tu. Tapi tgk cikgu cantik buat senang je :(( Ayat tipikal : put on more force. (Caries ni liat liat sikit macam caramel)






...sampaila dia jadi bersih dan putih dan takde serbuk yang keluar kalau kita korek dah. Tau kah anda enamel ialah struktur yang terpaling keras dalam badan kita? Jadi basically kita kena korek sampai dah takboleh calarkan dah enamel tu.




Lepas dah siap bersihkan semua gigi dari caries, kita kena restore (atau istilah biasa, tampal/palam) dan bentukkan dia menjadi seketul gigi balik. Kali ni kami guna sejenis material bernama Zinc Oxide Eugenol.

SIAP ! :))




Latihan 2 : Cavity preparation on intact anterior teeth.



6 batang gigi sahaja diperlukan dan takde penglibatan caries. Tapi still kena guna
protection ye adik-adik.




Ini ialah 'burs'. Disambung ke handpiece untuk memotong enamel.
Setiap bentuk ada kegunaan dia sendiri.



Ini pulak ialah handpiece. Harga dia saja hampir suku dari duit scholarship sebulan saya. Jadi kena jaga baik-baik macam jaga kereta. Kena minyakkan dan bersihkan selepas guna. Bila kita sambung dekat dental chair tu, nanti dia rotate dan mengeluarkan bunyi kegemaran saya, hihi. Bunyik yang awak takut kat klinik tu leeeeeee.






Dan kat bawah ni ialah cavities yang telah saya prepare mengikut piawaian yang ditetapkan.





Kali ni, kami guna 'composite' dan Glass Ionomer Cement untuk restore gigi-gigi ni. Kelebihan dia ialah lebih esthetic dan lebih mengikut warna asal gigi.



SIAP ! Cantik tak? Hi hi hi. Interesting kan? Ajaklah adik-adik awak jadi dentists jugak. Ok babai people :)

No comments:

Post a Comment

hai!~