Wednesday, January 25, 2012

Post Akhir Block 2 Tahun 2



Ingat tak masa kecik-kecik dulu kita selalu buat buku biodata dan tulis makanan kegemaran ialah semua makanan yang halal tak pun masakan ibu? Kalau rajin sikit tulis "Manusia yang dibenci : orang yang hipokrit", .. "Manusia yang disukai : Miyn" Eh?

Ok pointnya ialah pasal hipokrit tu.

Aku percaya dengan konsep "Faking ourselves to maintain the peaceful surrounding". Contohnya, walaupun kita mungkin tak selesa dengan seseorang, tak semestinya kita kena bereaksi macam kita ni kenot go terus dengan dia. At least berlakon la sikit, senyum-senyum sikit, ramah-tamah sikit, walaupun masing-masing tau kau dan aku ini bermasalah tapi dunia tak perlu tahu itu semua.

Bila masa kau ditimpa kesusahan dan malapetaka yang kau rasa tak tertanggung, berlakonlah seolah-olah kau ni manusia terpaling superkuat dalam dunia walaupun mungkin kau duduk diam-diam di kerusi pada waktu malam dan menangis sambil dengar lagu Yellowcard - Empty Apartment.

At least itu yang aku buat sepanjang 21 tahun lepas. Dan sekarang aku sudah kebal dengan semua benda. Perasaan itu ada, tapi aku dah boleh belajar untuk kurang mengekspresikan apa yang aku rasa. The longer you hold on to something, untuk tahan benda tu dari keluar, be it marah, sedih, geram, trust me threshold tu akan automatik naik. Benda-benda kecik datang bertubi-tubi pun dah takde hal dah. In fact, sebab ni la aku tak boleh tahan tengok orang banyak songeh dengan benda remeh-temeh macam kawan kau pinjam barang tak pulang balik pastu pergi post kat Facebook, boyfriend main kayu tiga pastu frust terus tak datang kelas 3 hari , yada yada. End up aku cuma mampu lari jauh-jauh sebab tak reti nak respond.

I also believe that those who never experienced it will never understand the real situation. Tak guna bercerita dekat orang yang cuma mampu mengangguk pastu rasa kesian kat sayeee. Itu perasaan paling sedih sekali sebenarnya lagi-lagi kalau tengok muka simpati orang tu. So yeah, I dont have one particular person to throw everything to. Also the fact that once you tell someone, even if it's a diary, it's not considered a secret anymore. And when other people know about it, you don't have anyone to blame but yourself first.

* * *

Haritu saya discover something.

Masa kelas practical, semuanya tiba-tiba jadi haru-biru. Saya mahu cepat siap dan pulang. Dan aku berasa seluruh kelas itu melambatkan pergerakan kerja saya (okay, aku letak semua sebab nak general kan je heuheu) dan akhirnya aku pulang dalam keadaan sedikit geram.

Pastu balik bilik je perasaan geram tu bertukar jadi geram kepada diri sendiri.

Reality is, aku tak boleh laaaa nak rasa marah ke geram ke kat budak-budak ni (Makcik Gerahams nama diberi) lebih dari 5 menit. Nanti rasa bersalah. Nak sembunyikkan rahsia lebih dari 2 hari pun rasa bersalah. Perasaan yang sama kita rasa kat family-family kita laaaa. Paham tak?


Kalau tak faham silalah jeles dengan saya sebab saya ada mereka :) At times bila gather ramai-ramai especially time makang-makang (yeah makan itu menggembirakan) dan bergelak ketawa tak ingat dunia, after semua orang pulang ke sarang masing-masing, mesti ada satu macam feeling LEGA. Lega to spend few minutes and forget about the burden on your shoulder.



To have people yg boleh terima baik buruk awak, up to the point "Ala, dah faham tu. Memang 'Miyn' la tu.." is a blessing. Bak kata seseorang, kawan-kawan itu anugerah :) To be able to laugh dekat respond bila ada orang tak percaya ada cikgu ni cakap saya lemah lembut macam perempuan Melayu terakhir dan dengan sukahatinya dia bercakap "kalau dah kenal Miyn, hmmphhh takla cantik mana pon!" , priceless :P




I might be critical, garang, over the limit sometimes or saying things terbuat awak terasa, or maybe ekspresi muka ini pun menyumbang sekali. Tapi tahulah saya ini sayang awok semua. Aceys, tiba-tiba feeling. Mana tahu lepas ni tido macam tenuk pastu tak bangun-bangun dah ke, at least saya sudah bagitau sementara tengah feeling-feeling ni. Heuheu *malu*

For always be there in times of me being strong and fragile, thanks :D

Hug sikit.

Oh ya, kitorang exam 28 January ni. Doakan ye? Lepas tu balik Malaysia, weeee !






No comments:

Post a Comment

hai!~