Thursday, January 12, 2012

Hadiah dari Malaysia.

Salam.

HAI !

Haritu aku saja carik pasal. Mintak Abah pos kan barang-barang walaupun dalam hati rasa mcm misi mustahil je. Sebab macam pelik pulak Abah nak shoppingkan barang-barang untuk aku. Nak mintak tolong Ummi nanti rasa bersalah pulak sebab kat LoqStaq tak jumpak lagi tempat pos murah-murah. So, aku bagitau list barang-barang tu kat Abah tanpa berharap besar. Jawapan biasa orang lelaki, "OKKAY anak Abah yang manis macam intan payungggg!"

Ok tipu.

Setelah 2 bulan jugakla kami tak berkonversasi pasal barang tu dalam topik perbualan sebab memang tak berharap, tuptup minggu lepas Abah cakap, dah pos. Dalam hati rasa macam, "Alahai Abah, lagi sebulan je nak balik. Standard barang sebulan pun baru nak sampai. Mesti sampai time cuti nanti. Hmmmm.."

Kesian pulak. Lupa nak bagitau takpayah pos lah. Mana aku nak tau abah pos betul-betul. Selama ni ingatkan dia pun dah lupa.

"Ada 3 kotak semua. Harga dia lagi mahal dari harga semua barang-barang tu tauuuu..." <-- Abah cakap dengan nada monotonous. Terkejut jap. Err, benda apa yang banyak sangat tu?

Secara terkejutnya, 2 hari lepas, aku balik rumah ada 3 kotak sebesar badan sendiri kat ruang tamu. WOAAAA! Cepatnya sampai!


Maka tanpa membuang masa, dengan takde rasa bersalah dan sabar, aku pun membukak kotak tu. Secara terkejut tak sangka, inilah apa yang aku jumpak ;






Keropok ikan Terengganu :) 5 bungkus


Cordial pelbagai perisa. 12 botol


Serbuk kurma. 6 peket


Tepung gorong pisang. 6 peket. Memang kat sini menu dia tulis GORONG. hehe


Badak dahaga. 4 tapawe


Pulut hitam. 2 bungkus


Beras pulut. Sebungkus.


Sos tiram. 6 botoi


Kicap maneh cap kipaih udang. 3 botol tapi sebotol pecah :(


Tepung goreng ayam. 6 ketoi


Agar-agar. 12 peket.



Okkay, masa mula-mula keluarkan semua barang ni aku cuma mampu gelak tanpa henti sebab rasa lawak sangatttt. Mahu tak lawak serbuk kurma sampai 6 bungkus. Tepung goreng ayam. Erk. Kat rumah pun aku rasa sekotak pun belum tentu habeh. Sos tiram 6 botoi? Abahhhh, seriously?

Lesson to learn : Nak suruh lelaki pos barang, bagitau kuantiti. Be specific. Kalau tak camni la jadinya. Bak kata Abah, "kata haritu nak barang untuk setahun." Ok, tapi tu masa aku tak plan nak balik bulan Februari ni. Alahai Abahhhhh. Bersalahnya rasa. Memang semua barang yang aku nak ada tapi taktau la pulak banyak sampai macam ni. Nasib baik aku tak mintak barang mengarut macam maggi ke apa ke, kalau takkkk, mahu tambah lagi sekotak penuh dengan maggi je.

So, lepas ni kena memasak je la nampaknya. Masak dan sedekah kat jiran-jiran :) Buat agar-agar seminggu sekali. He he he. Aim aku ialah habiskan semua barang ni sedaya mampu, insyaAllah. Sayang lah sebab Abah dah beli dengan penuh kasih sayang. ehem ehem, hihi.

Tapi apa pun, takleh challenge yang ni...




Cuba bagitau aku siapa mampu habiskan semua coklat ni dalam masa 6 bulan? HOOOOYAH! Untuk habiskan semua ni, aku kena makan 50+ Cloud 9 sehari. Mampu keeee? :P

Jangan jeles. Hihihihihihihihihiih *gelak dengan nada berlagak* siapa nak nanti cakap hai kat Miyn beserta senyuman paling menawan awak boleh bagi. Nyet!


Thanks Abah. Thanks Auntie :)


Nah tayang sikit muka excited aku dapat roti tisu. Over macam orang tak pernah jumpa makanan. Heee! Ada mamak dari Malaysia mai sini. Syiok pulak boley order cakap bahasa Melayu. Syukurrrr!



Bye, semoga awak happy macam Miyn yang happy bila dpt coklat :D

No comments:

Post a Comment

hai!~