Wednesday, December 7, 2011

DJ Got Us Falling In Love Again

Salam.

HAI !

Tadi, dengan buku Tara Shanbag dan nota Pharmacology kelas terbukak di depan mata sambil membuat cubaan mnemonics, kepala aku tiba-tiba memainkan ..

"Telah ku sebutkan nama mu, dalam doaku setiap kalinya..agar kau kembali.."

Dan lagu tu bermain dalam kepala aku selama sejam.

Lepas tu aku rasa rimas lalu aku bukak Facebook dan menikmati kecomelan Zee Avi dengan lagu beliau The Book of Morris Johnson which is superdupercool. Serius aku nak rambut panjang tebal serabai macam tu.

Tak lama lepas aku dah habis study Pharmac untuk harini, aku kembali ke laptop dan membukak Winamp dalam mode shuffle. Tiba-tiba keluar lagu "Just Feel Better' by Santana and Steven Tyler. Teringat sorang kawan sebab dia yang perkenalkan lagu ni kat aku. Masa tu zaman Friendster lagi.

Aku suka bila kita boleh simpan memori dan kenangan dalam lagu-lagu. Bila lagu tu dimainkan, secara automatik akan keluar satu persatu peristiwa yang berkaitan. Sebagai contoh, kalau aku dengar lagu Gemuruh - Faizal Tahir, aku akan sentiasa teringat minggu orientasi dekat Kolej Mara Seremban dulu. Kalau tiba-tiba keluar lagu Limp Bizkit - Behind Blue Eyes lets say, aku akan teringat zaman aku duduk dalam bilik sorang-sorang waktu malam masa Form 2 study subjek Science pastu bila tak boleh faham aku nangis kejap 2 minit lepas tu sambung baca balik sambil nyanyi ikut lagu kat radio.

Ada jugak lagu-lagu yang kau suka tapi kau rasa tak boleh dengar sebab dia mengingatkan kau dekat benda yang kau taknak ingat.


Well, disebabkan sekarang dah tak dengar radio, jadi susah untuk aku cakap lagu apa yang akan buat aku ingat 'sekarang'.


Mungkin ke memori aku dah mengalami evolusi dan menjadi semakin 'selective', dia dah taknak simpan benda merapu dan merasakan bahawa yang penting sekarang ialah simpan fakta fakta akademik?

Ataupun hidup aku sendiri yang semakin bosan, semakin serius, semakin dewasa dan semakin sunyi.

Tak kisahlah.

Esok aku nak pilih satu morning song dan play lagu tu tiap kali aku on the way ke kelas. Supaya nanti bila aku dengar lagu tu masa aku dah 40 tahun, aku akan ingat pagi-pagi aku di Manipal.








Gah! Aku baru sedar aku takde pun lagu Cinta by Flop Poppy tu dalam laptop aku. Takpe la, kau cuma perlu duduk dalam kepala diam-diam je.

No comments:

Post a Comment

hai!~