Tuesday, December 27, 2011

suka lelaki yg bagaimana? kaya? alim? majistret? loyer?

Salam.

HAI !

Hmmm, dah umur-umur camni banyak je kan soalan macam ni. Ok takpe, i'll try to answer u properly :)

Physically, k suka lelaki yang nampak bersih. Kuku tangan kaki sentiasa pendek dan terjaga sebab benda first k tengok mesti kuku. Haha! Rambut manage elok-elok, kalau takde gel macam lagi kachak sebab bila angin tiup oh hengsomnya awak! Kalau ada janggut secotet macam comel juga kan? Tak perlu bergaya, cuma nampak kemas :)

Dari segi peribadi, seseorang lelaki tu mestilah tau apa yang dia nak capai dalam hidup ni. Dan paling penting, dia selalu ke masjid. Bak kata seseorang, lelaki yang pergi masjid/surau tu tak semestinya baik tapi lelaki yang baik akan selalu berjemaah kat situ.

Kaya? Tak kisah tapi kalau boleh taknak yang terlalu kaya. Keluarga dia miskin pun takpe tapi dia tu mestilah sentiasa nak majukan diri sendiri. Pekerjaan? Tak kisah. Tapi mak selalu suruh cari doktor sebab katanya nanti doktor je faham macam mana kerja awak. Betul jugak kot? Barula ada common topics nak dibincangkan tapi again, benda ni tak jadi isu.

Paling kedua terpaling penting sekali, dia mestila seorang lelaki yang sangat matang , sabar dan mampu membuat saya rasa seperti berada di dalam dunia fantasi heuheu apakah? Sebab saya ni kepala hangin. Perempuan ni, tinggi mana pun dia, tak eloklah kalau dia nak menang je kan? Jadi dia kena cari seseorang yang bila dia cakap, awak terasa seperti mahu mematuhi seperti ular kena palu, eh? I dont want a guy who wants to please me by giving me things, sweet talking bla3 sebab so far semua tu takde effect pun. Plus, Allah kurniakan perempuan dengan naluri yang hebat. Kita boleh tahu lelaki tu buat semua tu sebagai kawan yang baik ataupun dia mahu sesuatu.

Tak perlu berusaha teruk-teruk. Cuma perlu jadi diri sendiri. Kalau peribadi awak cantik, mesti semua orang pun suka kan?

Lagi satu, semua kawan-kawan baik saya mestilah suka beliau dan boleh berkawan dengan ramah mesra sekali sebab kawan saya jugak keluarga saya. Kalau dorang cakap tak, I wont go for it. Nanti kang tak best la kawan-kawan datang rumah, pastu lelaki tu duduk dalam bilik takpun pergi keluar minum kopi apa kessssss, pukul nak? eheh.. *berangan nak jadi mcm perempuan2 dalam Sex and The City tu takpun One Tree Hill hihi*

Keluarga approve? Itu mesti. Tak perlu explanation kan :) Saya taknak la nanti jadi salah seorang penulis dalam Mingguan Wanita dok sedih-sedih sebab kakak ipar tak suka la, mak mertua benci la. Haishhh kenot kenot.

Dan saya taknak orang yang nak Miyn selaku girlfriend. Sekian terima kasih :)

Whats up, peeps?

No comments:

Post a Comment

hai!~