Thursday, September 8, 2011

Gigi.Dan Loti jale not jelly.


Salam.

Sekarang pukul 1.30 pagi di Aloq Staq dan aku baru saja selesai menjala ikan.

Percayalah awak.

Sayeee baruuu lepasss menjaleee lotii jaleeee. Untuk mak sayeeee. Mak saya tengah dalam proses menulis buku, jadi dia akan menyambung pula tradisi tidur-tiduran saya semasa nak mengambil peperiksaan final dulu. Bila study mestilah lapar kan. Bila lapar carik anak, eh cari makanan. HA HA HA.

Lawak kah?

Hari ni hari yang sangat hot. Bangun pagi terus pergi appointment dengan Doktor Kang Eng Loon untuk mengutip gigi yang telah dijanjikan. Klinik dia sangat strategik, kalau ada duit nanti aku nak beli lah, sebab Zetty cakap beliau tengah mencari apprentice, ceywah! Bila dah beli klinik kalau suami ajak pindah boleh cakap, "Hey awak tau tak saya dah beli klinik kat Alor Star? Jadi marilah kita menetap di sini boleh dok?"

MUAHAHAHAHA.

Lepas Zohor, pergi google nama klinik gigi kat Aloq Staq dan sambung teeth-hunting. Masa ni terasa nak play the blame game la kan. Salahkan lecturers sebab bagitau lambat. Ye la sapa suruh bagitau 2 minggu sebelum balik. Kami kan tengah beraya. Raya kena sebulan! Ok tipu. Lepas tu bila tengah dok carik, semua klinik bagi ayat lebih kurang sama.

"We dont keep the extracted teeth, we throw them away. No use"

"Selalunya patients Melayu mintak balik..."

"Sorryla, ramai lagi yang queue nak mintak"

"Adik lambat. Dah ada orang amek"

Pastu dengan perasaan emosi aku salahkan klinik sebab tak simpan gigi. Aku jugak telah membuat keputusan untuk menyalahkan kehebatan Aloq Staq yang mempunyai sungguh ramai student pergigian sampai semua gigi dah takdak, bekas pun depa takmau amek. Sobs sobs.

Nay, kidding. Aku cuma rasa sedih dan kecewa ditambah dengan sedikit perasaan risau takut kalau tak berjaya membawa pulang gigi. Dah 12 klinik gigi aku p, satu AloqStaq aku pusing, hasilnya? Nehiiii.

Klinik terakhir : Klinik Mimi kepunyaan mak kawan aku. Masa aku pegi, aku baru tau dia dah pindah. Ok fine, kita p tempat baru beliau. Masa aku p, nurse tu cakap ayat sama. Dah buang. Tak simpan. Aku cakap nak tinggalkan bekas boleh tak? Ada seketoi dua pun jadi la kak, kakak cantik takmau tolong saya ka? *muka comel*

Dia suruh aku tinggalkan bekas + Dettol. Adoi. Malas. Jadi aku turun balik dan masuk dalam kereta. Mak aku cakap, pergi je la beli Dettol kat Farmasi bawah klinik tu. Dengan berat ponggong, aku pun mengheret seluruh tubuh badan pergi masuk Farmasi.

"Ding dong! Hi uncle! Doktor klinik atas ni suruh I beli Dettol nak simpan gigi. Dettol mana a? uncle tau tak?"

"Miss, im not the tauke. He is..."

T__________________T" *terjun gaung*

So dengan muka ceria lepas lap ayaq mata kesedihan, aku naik balik. Tengok-tengok kakak sorang tengah godek-godek kat stor dan jerit kat kawan dia, "Eh, ada la gigi!"

WOW! Satu kole penuh!

Alhamdulillah. Kita cuma kena sabar sikit je tahu? Perasaan dia, Tuhan saja mengerti *wink*

Lepas tu mak bawak aku meredah kesesakan jalan raya yang sememangnya menyakitkan hati. Sampai kat Pekan Simpang Kuala, aku nak carik forceps. Terbeli pencabut lubu roma. HAHA! Ok fine. Asal boleh kepit gigi sudah.

Keluar dari kedai, nampak keropok lekor. Wah wah! Beli RM2, pastu carik mak yang tengah beli sayuq tengok tengok dah licin dah plastik. Masuk dalam kereta, mak suruh beli kapur something. Dalam kedai, aku tak ingat nama kapur. Handphone pulak takdak kredit. Jumpak makcik India. Makcik , kapur beras ada tak?

"Dey, kasi adik ni kapur barus!"

Mak aku tanya, siapa mati? Ok fine. Dengan muka tak malu masuk lagi sekali. KAPUR SIREH LA AWAKKKK.

Balik tu, mak cakap, "Meh dok sini, bancuh roti jala. Amek 3 cawan tepung bla bla bla.."

"Main agak-agak ja tak boleh ka? Ummi tak penah pun guna cawan cawan ni?"

"Sebab Ummi terer."

Ok fine. Banyakla pulak ok fine kali ni kan.

Lepas buat, aku solat Asar pastu tertidoq sampai Maghrib. WAHAHAW! Kesian mak aku pukul 1.30 pagi baru boleh merasa roti jala. Tapi kalau buat awal-awal sapa nak makan asam pedas kakak sayeee kan?

Esok nak bersihkan gigi-gigi tu dengan Dettol yang dah dibeli tu.

BYE !


p/s : Minta maaf di atas tindakan kejam mem block seorang rakan baik di twitter. Tapi saya dah bagitau dari awal, saya takkan approve awak. Hihi. I know you dont mind :)








No comments:

Post a Comment

hai!~