Sunday, September 12, 2010

Raya Photoshoot at Masjid Zahir

Salam.

Last year Farhan Elfi ajak gi photoshoot raya kat Jubli Emas tapi tak jadi sebab superkelamkelibut pastu ada baby baru lahir ngeh ngeh ngeh pastu time tu jerawat superbanyak mcm kodok jadi kesian la Farhan nanti kena edit banyakbanyak ngeh ngeh ngeh lagi sekali walaupun tak lawak. So semalam dia ajak lagi, tapi kali ni kat Masjid Zahir pulak. Jadi saya pun mahu pergi sebab Ae join sekali so saya tak keseorangan. Dan Farhan cakap dia nak bawak kawan-kawan dia sekali, so okay la saya pun mempakai la baju kurung bukan baju raya sebab saya takda baju raya , kesian tak kesian tak? Fine, jawab je taaaaak saya takkan sedih, sobs :)

Tengok-tengok perempuan yang datang cuma saya dan Ae, dan ada 4 orang lelaki yang semuanya iyalah photographer amateur. Dorang dalam proses nak belajar function DSLR rupanya. Tercengang aku sekejap bila 4 camera snap sekaligus sambil aku berdiri bajet model sambilan dan dan dan sambil pandang Ae, aku cuma mampu berkata "dorang ni tengah candid ke or memang kita sekarang ni tengah posing?" Serius ingatkan nak tangkap gambar ala-ala family portrait lompat dengan baju kurung dan bersamping tapi..HA HA HA!

Seronok sebab dapat kawan baru ; Syarafi, Aiman dan Fitri. Cool gila dorang weh sayang tak sempat sembang banyak. Fitri ni rupanya kawan saya kat mIRC zaman form 2 dulu! Finally baru sekarang boleh jumpa. Suka! Daripada malu, terus jadi tak. Plus seronok dapat jumpa Ae selepas 2 tahun keluar maktab padahal rumah dekat ja pun.

Ok nah tengokla hasil cool dorang. Saya dah chup dah dorang utk kenduri kawen nanti, HA HA HA!























Maknusia jejaka cool :)

Fitri

Aiman

Farhan Elfi




MASJID ZAHIR :)


Cantik kan Masjid ni? Ramai family posing depan ni tadi. Dan thanks to all tahun depan boleh buat lagi :)


No comments:

Post a Comment

hai!~