KAHKAHKAH. pi-o-wai-o betul.
ok back to the story yang tak start lagi.
* * *
Ciri-ciri lelaki yang mengidam saya (huh?) :
1. bergaya
2. mutu
3. keunggulan
Ok tipu. Sebenarnya saya nak cakap yang saya telah belajar seketoi benda iaitu jangan berkapel masa anda berumur sama dengan orang yang anda nak kapel tu. Bila orang cakap lelaki ini memang lambat matang dari perempuan masa dia berumur belas belas tahun, sila percaya.
Haritu saya menggeledah barang-barang saya pastu terjumpak satu kad yang saya penah nak bagi kat ex boifren saya. Heee, geli pulak dengan term tu. Mari kita tukar. Kita jadikan dia 'teman terpaling baik saya suatu masa dahulu'. Ok, bunyik macam cun.
So, saya cakap dengan kakak saya.
"Nak buat apa eh dengan kad ni? Mahal kot. Tapi, macam tak boley nak bagi kat orang lain. Hmm, takpela, bagi ja. Dia nak buang pun skehati la."
Jadi, memandangkan saya masih lagi tak matang sekarang, saya pun text teman terpaling baik saya suatu masa dahulu dan tanyakan alamat dia. Hebat jugak sebab saya masih hafal nombor fon beliau.
Pendek je dia balas. "No u cant."
Bila saya tanya kenapa. Dia jawab, "biarla."
Ok, berdasarkan pengalaman, kalau ada satu titik tu, maksudnya dia memang malas nak layan. Saya bagitau kakak saya. Dia tanya "tak rasa pape ke dia jawab mcm tu?"
"Tak pun. Dah besar kot. Dia ja tak besar besar lagi."
Saya baru nak jadi professional tapi rasa macam bercakap dengan budak sekolah menengah yang saya kenal 4 tahun lepas. Sebab tu saya masih susah nak rasa yang saya ni 19 tahun. Dengan adanya orang-orang yang masih berperangai lama
Ok, sekian cerita cinta tak laku.
Haritu pergi McDonalds nak makan burger prosperity yang omaigod sedap nak mampuss tu. Saya pegi kaunter. Comel kakak yang jaga kat situ.
"Selamat datang ke McDonalds. Makan sini or bawak pulang, KAK?"
Huh? Sedih. Kenapala saya susah nak sedar diri yang saya ni sebenarnya dah tua nak masuk 20 dah pun next year? Sobs sobss.
Mungkin sebab mak saya suka ajak saya pergi mana-mana. Nak pegi bawak kuar duit kat ATM pun ajak saya. Nak pergi hantar barang kat kawan pun kadang-kadang ajak saya. Dahla tak bagi driving. Dengan alasan saya masih belum boley dipercayai. Nanti eksiden. Tapi dulu beria-ia suruh saya amek driving license. Sekarang saya rasa lesen tu boley dibuat frame dan tak lama lagi buleh dibubuh di muzium Kedah.
Haritu saya cakap kat beliau dalam fon, "ummi, nak kawen boley tak? Penatlah belajar. Tolong carik sorang. Students ummi kan ramai.."
Disebabkan ayat tu, mak saya potpetpotpet sebanyak setengah jam. Nasib baik dalam fon. Kalau depan-depan, mak saya akan bagi panahan mata berdarah dia kat saya sekali.
Sumpah taknak bukak dah topik kawen kawen dengan mak lepas ni.
No comments:
Post a Comment
hai!~