Hai Awak.
Sapa bercakap yang perempuan ni susah untuk dimengurat?
Fakta itu sebenarnya menipu. Anda fenifuuuu! Fenifuuuu! Pegi kerat kepala sendiri!
Ok, taktau apa sebab kenapa perlu emo.
Kepada lelaki-lelaki yang straight, dan bukan kepada perempuan-perempuan yang tidak straight (perempuan yang berpendapat Megan Foz ialah hot dan sangat cool masih lagi dalam kategori straight ye awak)...tolong beri perhatian.
Berdasarkan kepada pengalaman saya di kolej, ye sila ambil perhatian ye di kolej, sebab saya baru belajar semua benda ni kolej. Bukan salah sekolah menengah takpun MRSM. Mak mak dan bapak bapak jangan takut nak sekolahkan anak. Jangan jugak takut nak hantar anak ke MRSM. Tempat tu tak berdosa.
Awak. Ini ialah antara perkara-perkara yang saya dengar sepanjang saya berada di kolej saya. Saya taktau betul ke tak. Tapi rasa macam betul. Betul lah kot, kalau nak mengurat perempuan, tengok je la.
Pertama
Membuat comel. Cara ini ialah sangat mudah. Anda hanya perlu memiliki suara yang agak lunak. Tak terlalu tinggi. Tak terlalu garau. Dan jangan pulak sengau. Tak kacak ye kalau sengau, tak kacak. Jalan dengan semulajadi dan jangan sesekali membuat buat. Rambut tak payah nak bagi stail. Siries tak elok langsung. Biar botak pun macam lagi ok. Jimat duet nak beli hair gel. Gi kelas pun tak lambat. Cermin pun tak payah tengok. Mungkin duet nak beli hair gel dan sikat tu buley beli Domino's pizza untuk miyn seketoi. Badan jangan tough sangat. Biarkan dia chubby sikit, macam gummy balls. Heee, lepas buat cara ni, mesti akan ada perempuan yang tiba-tiba bersuara "comeeelllllllllllnyaaaaaaaaaaa Aizat tu! Kiyut macam burger!"
Kedua
Gosok gigi sampai putih berkilat. Kalau tak boley, pegi klinik gigi Dr Firdaus mintak dia buat whitening. Uuyeah, gigi bersih adalah salah satu cara mengurat yang paling simple sebab ustazah saya pernah cakap, dari mata turun ke hati dan dipancarkan melalui gigi. Boley jugak buat lampu bila dah light off, hoo?
Ketiga
Berkuku pendek. Ini pendapat personal saya. Berkuku panjang memberi impresi yang kurang enak untuk dimakan apatah lagi dikunyah. Cara ni senang. Pegi koop, mintak kat Nasri seketoi penyepit kuku, bayar harga beliau dan sepitlah kuku dua hari sekali.
Keempat
Menjadi macho. Caranya mudah. Berjemur di cahaya terik matahari dan dapatkan kulit secantik Encik Ubi Kentang. Minum susu banyak-banyak dan dapatkan ketinggian seperti Encik Ubi Kentang. Rambut biar natural sehingga menjadi seperti Encik Ubi Kentang. Jangan pakai short atas lutut sebab sumpah tak seksi langsung. Macam Encik Ubi Kentang itu ok. Buatlah gentle gentle tapi jangan lembut over nanti saya geli. Tengok gaya Encik Ubi Kentang dan tirulah gaya beliau. Siapa Ubi Kentang? Oh ya, dia adalah fenomena terbaru kolej saya semester III. Saya rasa dia biasa saja, tapi sapa suruh semua orang suka? Tiba-tiba saya rasa dia macam menarik pulak. Ha ha ha kakakkku, jangan marah~
Kelima
Pandai main gitar. Pastu tolong mainkan lagu Secondhand Serenade. Main lagu cool cool macam Aizat yang kiyut macam burger pun ok jugak. Takpun main lagu Taman Rashidah Utama ke, hahaha. Tak kesahhhlah. Asalkan maen dengan penuh feeling dan muka biar cool macam Aizat kiyut macam burger tu.
Keenam
Jadilah matahari yang bersinar-sinar. Jadilah muka seperti bapak-bapak. Jadilah muka bagai bangla-bangla. Sapa kata bangla tak laku? Sapa cakap mamak tak cool? Kalau tak, mesti 'kakak' tak minat. =)) Maenlah bola di depan blok saya sekerap yang mungkin. Tapi cara ini tidak taulah masih berkesan ke tak. Hanya applicable pada tahun pertama mungkin. Ooyeah.
Ketujuh
Bacalah buku Tuesdays with Morrie. Berperangai seperti Aidil dalam Nur Kasih pun macam hebat jugak. =D
Awak, lepas ni jangan komplen perempuan cuma nak duet je. Jangan cakap perempuan cuma nak kacak-kacak je. Tembak kang.
No comments:
Post a Comment
hai!~