Saturday, November 7, 2009

kecantikan rambut Noh hujan mencabar aku sebagai perempuann..ish ish ish

Salam.

Yeyyyy, seronoknya boleyyy tulesss, yeyyyyy! Heee, silap silap silap. Saya suka bila boley menekan bulu roma roma di badan Incek Budiman yang hot lagi berkilat ini. Rasa macam hilang sekejap kebizian dunia. Ngeh ngeh ngehhhh...

Saya berasa sangat penat stadi Chemistry hari ini lalu saya nak buat kesimpulan sikit...

Satu.
Hari ni birthday Abah. Semalam Abah call, Abah tanya, tak balek ke minggu ni? Saya cakap sorila tak boley balek sebab ada kelas tambahan esok. Masa call malam semalam, beliau tengah membelah kek coklat. Hebat betul lah tinggal berdua dengan aunty pun makan kek macam habis je. Tapi beliau cakap nak makan esok kat ofis. Bapak laaa kesian makan kek birthday dengan staff. Kesiannya abahhhh, rasa sedih macam mau menangis sekejap...Happy Birthday Bapakku yang ke 55. Abah dah tua. Nampaknya abah dah layak untuk bercucu ni. HA HA HA. Ada kaitan ke?

Dua.
Adek call dari hostel. YA ALLAH GEMBIRANYA AKU, AKU INGAT DIA DAH BELAGAK MACAM TAKDE KAKAK. Lalu saya bertanya, apa dah jadi kat beliau...

Supermiyn : Adek kat mana ni? Skolah? Ka kat umah?
Adek : Saini baru balek dari kem. Mandi kolam air panas.
Supermiyn : HAAAA? Kolam air panas??? Awat mandi kolam air panas???? Lama tak adek mandi??
Adek : A'a. Lama gak mandi.
Supermiyn : (dengan nada risau dan kalut kalut) Adek! Lainkali jangan mandi dah!
Adek : Awat pulak?
Supermiyn : Tak baik untuk laki.
Adek : Lorr, pasaipa?
Supermiyn : aaaa...
Dawa : Ko bagitau je la adek ko wey...
Supermiyn : Tak baik untuk sperm production...
Adek : HAAAAA? Betoi ka? (jerit dekat kawan2) weiiii, kak aku kata mandi kolam ayaq panaih tak bek untuk sperm production!!

KAHKAHKAHBEDEKAHBEDEKAHHH...mentang mentang tengah belajar reproduction..

Siries lawak malah comel pulak adek aku harini. Tapi selalu kalau cakap dengan adek mesti rasa nak menanges. Lagi-lagi bila dia cerita dia banyak kali sain borang salahlaku. Ponteng kelas. Fly. Tak pulak cakap yang dia tu isap rokok ceh berahsia la sangat padahal dah dekat bejuta lighter dia yang aku jumpak pastu buang secara senyap senyap padan muka kauuu. Ya ya ya itu masalah normal orang lelaki la kan tolong jangan ulang ayat tu aku sangat pahaaaaam. Tapi bila involve adek aku yang sorang tu, aku akan jadik sangat sensitiffff malah aku taknak dia jadi mengarut mengarut macam laki-laki laen.

"Akak taknak adek kuar malam-malam cuti ni sampai lewat2 janjiiii? bla blaaa blaaaa pastu akak nak adek stadi dengan akak hari hari janji? Akak nak kita cover balek semua subjek form 4 yang adek tak pandai tu janjiiiii? Then akak taknak adek melawan cakap janjiiii? Pastu akakk taknak tengok adek pakai baju kecik kecik tu janjiiii? Pakai baju besaq besaq sikit. Kang akak pakai baju ketat ketat marah, adek pakai baju ketat ketat takpa pulakkk ek? Kalau adek ikut cakap akak cuti ni, akak belanja *********. Akak tak mintak banyak, sebulan ja tolong dengar cakap."

Amek kau.. aku dah ganti mak aku secara tak langsunggg potpetpotpet mcm makcik. Dawa cakap aku layan adek aku macam dia tu umur 5 tahun jaaaa. Mestila! Dahla sorang2 je laki. Ha ha ha, alhamdulillah beliau setuju dengan semua syarat kecuali last sekali. Dia cakap baju kecik kecik itu stail. Toek. Rasa macam nak nanges lagi. Ok ok kontrol. Last last aku cakap sukahati adekkkk la malas nak layan.

Tiga.
Duet tak ramai. Duettt, mana kauuu? Aku lapar pizza ni..

Empat.
Sorila kamu kamu yang kenal atau tak kenal saya. Saya nak sangat baca blog kamu kamu yang kenal atau tak kenal saya tapi saya sangat bizi. Lepas exam habes nanti dah cuti panjang saya akan baca blog kamu kamu yang kenal atau tak kenal saya okayyy?

Lima.
Saya dah jatuh chentaa dengan Megan Foz macam mana tuuuu?

Enam.
Minggu ini dan minggu depan ialah minggu bizi. Sila jangan rindu saya.

Tujuh.
Dengar kata seremban menang. Tak nak bagi cuti ke? Kamu orang kelantan, tolong jangan bakar bas kolej saya walaupun ada tertulis Seremban di situ.

Lapan.
Kamuuuuuuu! Tolong tolong tolong doa bagi saya dapat jawab soalan-soalan exam dan dapat keputusan yang cemerlang untuk exam sem 3 hasil usaha diri sendiri, tawakal dan bantuan dari Allah.

Exam minggu depan. Doakan saya. Dan semoga Allah memberkati kamu semua. Amin.





*Rindu adek laaa :((

No comments:

Post a Comment

hai!~