*sila amek nota yang post ni aku nak tuleh panjangg panjanggg sebab tengah dlm mood seronot. sapa talarat baca buleyla pegi tengok Buletin Utama, ngeehhuehueee~*
Cakap pasal test, phewwwwww. Rasa macam apa je. Sebabnya sepanjang minggu test tu saya masuk tido pada pukul 4 atau 5 pagi. Alasan : termengantok lepas Isyak lalu tido secara maraton sampai light off berlaku pada pukul 12.30pagi. Pastu bangun dan nanges2 sebab tak stadi lagi. Pastu baca buku, hafal jawapan past year punya paper then tido balek. Pukul 6 bangun lalu menjadi seperti zombie. Korang bayang je la zombie jawab exam macam mana kan. Kesimpulan : tahun depan (eh silap! sem depann!) taknak jadi macam ni dah. Rasa macam kalau tak stadi langsung malam tu lagi boley jawab daripada stadi tapi tido lambat.
Apapun, still berharap takde paper yang dapat 4 point. Tapi Fizik macam nazak betul. Memang tobat masuk past year tapi tak buley jawab jugak sebab sebok menghafal dengan sangat drastik sampai blank terus. Ustad pulak asyik berdiri kat sebelah membuatkan aku tak buley tido masa exam. Tapi apa2 pun, Dawa dah janji nak belanja pizza sebab past year tu masuk. Ngeeeee, berbaloi betul~
Sem II ni sangat best. Alhamdulillah, saya dah berjaya mengambel tau nama semua budak IB batch 4. Dan kadang2 masa jaga koop secara tak malu saya suka menanya nama budak2 AL. Mesti dorank pelik apakesss budak ni tiba2 tanya nama orang kan? Tapi takpela, rasa puas hati macam baru lepas makan mee gorenk bila kita tau nama banyak orang, well, at least bagi aku la.
Then sem ni jugak dapat pegi Kemboja. Tuhan ja tau betapa bersyukurnya dan betapa sangat puas hati dan gumbiranya saya berasa sepanjang proses daripada nak pegi, dah pegi dan bila dah balek sini. Sampai mati pun InsyaAllah takkan lupa. Sebab pegi sana dah banyak buat aku nampak benda2 yg sebelum ni aku tak nampak ataupun buat2 tak nampak. Dah rasa takut nak membazer makanan. Dah rasa tak sedap hati bila komplen pasal stadi atau dengar orang komplen, sebab tau kat tempat lain ada orang sangat nakk belaja tapi takde peluang. Dan aku sangat pandang tinggi dekat orang kampung sebab dorang ada hati yang sangat bersih dan sangat menghargai orang lain. Rasa macam satu family.
Macam tu jugak aku rasa masa aku pegi Kampung Bayai untuk buat Mega Projek. Tapi disebabkan saya mengalami sesema separuh nazak hari tu, jadi tak sempat nak beramah mesra dan buat keja banyak2. InsyaAllah lepas ni nak berasa seronot pegi sana dalam keadaan sihat. *wink*
Dan sem II ni jugak aku kenal Kak Rose. Mintak itu ini padahal buley ja nak buat sendiri. Tapi memang dasar codependency kan, semua benda pun nak mintak2. Heeee, dari kecik memang saya tersangat suka memintak tolong dari kakak. Dan Kak Rose pulak sangat suka membuat comel dan ramah sampaikan rasa malu mintak2 tu dah macam tak wujud. To be honest, saya tak berapa reti berbaek-baek dengan sinier feremfuan. Kalau ada pun, yang nakal2 masa zaman MRSM dulu; geng jerit gelak kuat2 macam esok dah takde. So, it's different here and I'm grateful for that.
Sejak balek dari Kemboja dulu jugak, struktur muka dah dihujani dengan limpahan jerawat yang mencurah-curah ke ladang gandum. Penat kot asyik kena perli. Kadang2 tu tengah aku sebok potpetpotpet punyala banyak, tiba2 orang tu balas "apa kena dengan muka ko weh?" Sabar je la. Penat jugak bersabar dengan Si Botak yang suka sebut2 pasal jerawat aku sampai nak nanges kadang2 (bunyik mcm over tapi siries kot sedih). Okla fine kan zaman sekolah dulu takde. Nak buat macam mana sekarang baru dia ngengada nak ada. Terima sudah walaupun aku sendiri macam tak selesa ekceli. Aaaaah, kenangan sem II. Menarek!
Sejak tu takde seketoi gambar pun saya ambek guna fon camera. He he he.
Next sem, aku takde idea nak expect apa. But I cant wait to experience the superbizi punya Sem III utk budak2 IB yang orang cakap sem terpaling bizi dalam sejarah hidup manusia yang amek IB. Jom doa banyak2 bagi aku banyak2 sabar hokey? Tak rasa macam nak tembak orang ke, nak baling tukoi ke, takpun nak tarek rambut. Ngeeee...
3 minggu je lagi sayank oi nak masuk sem III. Ada junior! Omaigod. Macam pelik. Dah tak rasa macam baby dah. (babyy?)
Aahhh, dah mula rasa rindu orang2. It's really fun being here actually regardless how stresssed out you are. Coz there is always a solution to everything. For example : senyum besarr besarr~
Btw, sengkiu a lot dekat orang2 yang da banyak tolong saya masa satu taun nih. The books, the GDC, the text messages, the songs, the recordings, the mumblings, the smiles, semuanya saya apreciate sangat, siries.
Apepun, tak sabarnya nak balek esokkkk!
No comments:
Post a Comment
hai!~