Thursday, December 30, 2010

With A Real Friend, You Can Always Pick Up Where You Left Off

...quoted from Alya Ijlaili Abdullah Maghribi, one of the greatest girls ever made for Supermiyn.


Salam.

Lebih kurang 9 bulan lepas, saya tengah duduk depan Farhan, tepi Fatin, bersama Shakir dalam Dewan Razak untuk sesi IRP. Malam pulak, lepas solat Isyak saya akan kalut-kalut pakai baju lawa-lawa tudung berkilat-kilat tepek bedak 2inci pastu pergi DS dengan tujuan mencari bakal suami. Ok tipu.

Saya mana reti la menggatal ni. Saya pergi DS sebab nak naik wispi tu haaaaa. Dari dulu lagi, saya jenis yang tak suka duduk dalam bilik. Saya suka keluar jumpa orang buat kawan pastu buat bond pastu kekal hingga ke akhir hayat chewahh! Rasa kepuasan bila kenal orang, tau nama dia walaupun tak pernah cakap. Wispi tu bagi saya ialah satu tempat yang sangat sentimental. Dalam byk2 tempat, wispi la terpaling banyak kenangan sekali.

. Minum milo sedap DS
. Beli burger + kueytiaw Lahuma makan ramai-ramai
. Turun bawah tengok tv DS
. Online kejap kat komputer tu
. Kena gigit dengan nyamuk kejap sebab darah saya sweet
. Pertama kali saya duduk sebelah gengster bernama Abe pastu turn out jadi tempat tetap
. Dan saya belajar untuk jangan judge orang kalau tak kenal dia
. Dan saya menyesal sebab terlalu lambat kenal sesetengah orang
. Lahuma jugak tempat sentimental :)
. Main truth or dare dengan Abe + Safu
. Stay wispi sampai 2-3 pagi dengan Tia, Tifa, Nabilah dan byk laaaa
. Dan bermacam lagi.


MAY 2010
IB exam! Secara dasatnya saya tak rasa berdebar langsung. Walaupun sampai ke saat saya menjejakkan kaki dalam dewan exam. Alhamdulillah Allah tolong. Dan masa-masa gap antara exam dan selepas exam ialah masa-masa terpaling penting sekali sepanjang hidup kat KMS. Sebab masa tu dihabiskan secara total dengan kawan-kawan :)

JUNE - AUGUST 2010
Habiskan masa dengan mak !

DECEMBER 2010
Saya kat sini. India. Finally. Siapa sangka? Dulu kalau tanya-tanya senior pasal Manipal, saya rasa takut sgt bila dia cakap "nanti u datang sini u taula." Sebab time tu kan tak sure lagi. Saya tak suka cakap benda-benda mcm dah sure je. Scary! Tapi Alhamdulillah sampai jugakkkkk. Dan saya berasa girang gumbira macam dunia ni saya empunya. Ye takda masalah. Siapa yang risaukan pasal saya tu silalah tau saya okay, saya okay.

HA HA HA bajetnyeeeee Ming!


Harapan untuk 2011?

Secara jujurnya 1 Januari 2011 bagi saya hanyalah satu lagi hari Sabtu yang akan dipenuhi dengan kelas dan practical Physio :)

Ok serius sikit.

Saya harapkan segalanya akan jadi baik untuk kita. Dan kalau ada masalah kat tengah jalan, i hope we'll be here for each other dan kita harap Dia permudahkan semuanya okay? Dan Dia akan jaga mak ayah adik beradik saya baik-baik, dan selamatkan kami semua dari segala mala petaka dan bala bencana, dan perbuatan jahat orang, amiin.


Dan semoga trip kami-kami yang tak balik rumah bulan February nanti berjalan lancar :D

Sunday, December 26, 2010

Today is Sunday.

Salam.

HAI !

Mood dah kembali happy Alhamdulillah. Terima kasih kepada sesiapa jua yang concern yang bertanya dan memahami. Mcm Myra contohnya, dia ada tanya jugak pastu saya cakap saya okay, dia tau saya tipu tapi dia tak tanya banyak2 dan terus tukar topik.

Teacher Ju pernah cakap kalau girlfriend ko emo tak tentu pasal sila break cepat-cepat. HE HE HE. Oh no im not your girlfriend. Utk orang Melayu ; oh tidak saya bukan teman wanita awak.

Jadi apa yang saya lakukan harini? (takfaham kenapa orang suka cerita pasal aktiviti harian. boleh bagitau sikit ada ke orang yang nak tau apa ko buat hari ni ha?) Tapi awak baca jadi awak mesti nak tau apa saya buat kan kan haaaa jangan cakap taknakkkk :P

Apa kena dengan aku ni~

Hari saya membangun awal woyeah! Lepas Subuh terus baca Maxillary Sinus tapi sayangnya takfaham apa. Dan tak menyesal pun tak bagi attention masa kelas Dr Abah haritu sebab dia mcm tukang baca textbook je. Memang dah tau kalau kelas Dr Abah mesti kena balik baca sendiri faham sendiri. Tu pun kitorang pulon jugak suruh dia siapkan notes untuk kitorang sebelum class test. Gedik gila kan budak2 BDS ni, ada ke suruh lecturers yg buat notes bg kat kitorang? Patutla ada orang cakap kitorang manja. HE HE HE.

Pastu saya pergi breakfast di Sweet Bun sorang-sorang sambil telan double coffee nyam nyiammm! Entah kenapa kat sini berasa jalan sorang-sorang sangat mendamaikan dan tak nampak sedih. Kalau kat kolej dulu aku sanggup tak makan kalau takde orang nak teman aku gi DS. Rasa mcm loser gila kalau gi DS makan sorang-sorang. Tapi kat sini, orang2 dia tak skeptikal. Dorang ada macam takda ja. Cuma Dia yang sentiasa ada di mana-mana.

Lepas breakfast saya jalan menuju puncak gemilang cahaya eh tak. Maksud saya jalan menuju ke library. Sekali lagi, study Maxillary Sinus dan Pulp. Pastu makan coklat Cadbury 2 ketoi besaq. Pastu gigil kejap sebab sejuk pastu berangan sikit pastu bila dah noon terus BBM farah ajak gi NKI Bistro pekena roti canai dengan teh tarik.

Ok tipu. Mana ada bistro sobs. Mana ada roti canai. Tapi part teh tarik tu saya tak tipu okay.

Malam saya takde kawan nak teman makan. Sebenarnya hari2 pun takde kawan sebab rumet saya bukan jenis makan. Jadi saya terpaksa ajak si tulang rangka pemilik Pink Skeleton yang kedekut baru dapat Ipod pastu tanak kasi pinjam untuk temankan saya makan. Ala macam tak biasala pulak kan.. dulu dok pekena burger Lahuma dalam wispi secara berkeluarga, sekarang tinggal dia sahaja maka diala yang harus saya susahkan ngeh ngeh ngeh. Memandangkan dia takde nama nak kasi kat Ipod dia, saya nak panggey Ipod dia dengan nama Napoleon. Sebab apa? Sebab si pemilik tu berperangai mcm Napoleon Dynamite, kalau korang pernah tengok cerita tu la...

HA HA HA. Ok banyak sangat kutuk ni satgi dah takda orang nak teman aku makan dah.

Sebelum tu, nak cakap terima kasih daun keladi dekat Suleiman, Nash, Isyam, dengan Azwan tak lupa jugak Deedat dan beberapa orang budak Bangalore yang saya tak kenal di atas usaha anda dalam merealisasikan impian saya memiliki Quinn. Haaaaa, apa itu Quinn? Rahsia la kan. Saya tak riak macam pemilik Pink Skeleton yang taknak kasi pinjam Napoleon tu jadi saya nak senyap-senyap saja. Ok takde kaitan.

Lepas ni boleh pasang Dead by April sampai pecah gegendang telinga aku.

Saturday, December 25, 2010

Ghost of You

Salam.

Dua tiga hari mood pusing-pusing mcm Ferris Wheel. Sekejap kat atas. Sekejap kat bawah. Sekejap hyper. Sekejap senyap tanpa sebab. Dan bila jadi mcm tu, cuma ada seorang je yang aku boleh bercakap dengan.

Diri sendiri.

Masa macam ni jugak ada banyak soalan nak tanya diri sendiri. Contohnya, kenapa aku tak suka dia? Dia baik. Semua pun okay. Tapi kenapa?

Masuk kejap la topik ni kan. Alaaaa kamon kita dah 20. Bukan senang nak jumpa topik cintan cintun membuka pekung di dada dalam blog ni.

Boleh tolong jawab tak, kenapa lelaki ni kalau orang cakap takmau, dia amek jalan mudah dengan lari jauh-jauh? Jangka waktu kawan selama beberapa tahun habis mcm tu je. Sebab apa? Sebab dia suka kita dan kita tak suka dia balik.

Jawapan aku senang je. Aku tak kawal perasaan aku. Cuma Allah tak bagi perasaan tu kat aku untuk suka kau. Apa susah sgt nak faham?

Yang mana merupakan sebab utama kenapa aku takde boyfriend. Aku tak cukup baik untuk kata "aku tak kapel sebab kapel itu haram." Tapi aku bersyukurla sebab aku takde suka sesiapa secara dahsyat maka dengan itu aku berada dalam zon selamat.

Sebab itu aku nak tekankan, jangan mengaku kau suka aku. Mana tau kot kot aku suka kau jugak. Kan nanti susah. Tapi kalau ko janji tak lari bolehla mengaku. Ok serius aku tak bermaksud riak di situ.

Silalah tau mood swing aku takde la sebab benda ni je. Cuma tadi berchatting dengan seseorang tentang bekas lelaki terpaling istimewa aku zaman form 4 dulu.

Tu lagi sorang. Elok-elok jadi kawan baik, terus dia lari. Atas sebab yang sangat takboleh diterima akal. Sebab aku taknak. Aaaahh, rindu dia. Sekian sahaja 3 kawan baik aku, semua dah lari. Adakah itu bermaksud aku tak patut kawan dengan orang rapat sangat?

Whatever la. Ego aku terlalu tinggi untuk go against my principle just so that u wont run away. Aku taknak maksudnya aku taknak. Lari la kau jauh mana sekalipun. Dan walaupun kau takde pengganti, jugak aku tak kisah.

Baru teringat. Lupa cakap hai.

HAI !

Tuesday, December 21, 2010

Impression Making by using Impression Compound

Salam.

HAI !

Jadi hari ini saya hendak berkongsi ilmu lagi dengan anda semua supaya anda dapat memahami sedikit sebanyak tentang pancaroba saya selaku pelajar kos pergigianG yang mana telah menyebabkan kehadiran 4 ketul jerawat di muka saya semalam.

Korang tau kan, kalau kita nak buat gigi palsu atau matsalleh cakap 'denture', kita kena buat impression dulu. Apa itu impression? Impression tu mcm kita amek recording semua struktur-struktur penting dalam mulut kita menggunakan bahan-bahan tertentu. Dalam kes saya, saya mengguna bahan yang dipanggil 'impression compound.'

Impression compound ni macam sejenis batu keras laaa. Ada dlm bentuk stick takpun leper je. Saya taklarat google gambar original dia la jadi kalau awak nak belajar silalah buat sendiri ye *kenyit kenyit* ok takda motif. Kita kena pecahkan dia jadi serpihan kecik sikit, pastu rendam dalam air panas around 60C ke atas supaya dia jadi lembut. Bila dia jadi lembut, kita uli-uli macam kita uli tepung karipap pastu letakla inti ubi kentang ke, daging ke pastu kelepet cantik-cantik dan gorengla sesedap rasa. Ok tipu.

Lapar karipappppppp :((

Bila dah lembut, kita ratakan atas tray pastu kita tekapkan atas 'die' kat bawah ni. Ini ialah maxillary die (rahang atas). Nota : 'die' bukan bermaksud rahang.


Pastu bila dia dah keras, kita tarik keluar la die tu baik-baik, make sure tak pecah. Pastu gi tunjuk kat cikgu. Kalau dia approve, maka lepas tu bolehla kikis tepi-tepi dia sebab nanti nak guna untuk step seterusnya pulak (saya cerita later la ok? sebab tak buat pun lagi).



TUHAN SAJA TAU BETAPA HEBATNYA PENGORBANAN YANG TERPAKSA KAMI LAKUKAN UNTUK MENYIAPKAN BENDA INI !


Bila ingat balik sure rasa nak nangis.

Masa saya mula-mula buat dulu, saya perasan la konon-konon dah jadi kan. Pastu pergi tunjuk dekat Tina (nama samaran kitorang kasi kt cikgu sebab dia comel mcm Tina dlm Kuch Kuch Hota Hai). Dia tengok sikit, pastu dia cakap "Nothing is recorded. Redo."

Fine. First time kan. Takkan terus jadi, ye dok? So takpela. Saya ulang balik semua proses.

1. Buang air panas dalam sink.
2. Ganti air panas baru.
3. Pecahkan balik impression compound dalam tray
4. Masukkan serpihan-serpihan tu dalam mangkuk air panas.
5. Tunggu kejap, pastu uli bagi rata.
6. Bentukkan cantik-cantik, dan letak atas tray.
7. Tekan dengan sepenuh tenaga supaya dia masuk dalam semua longkang dan lubang yang ada supaya semua benda akan direcord atas impression compound tu.

Jumpa Tina. Kena reject.
Jumpa Tina lagi. Kena reject lagi.

Dalam masa yang sama, impression compound tu dah jadi makin kurang lembut sebab dah bercampur dengan Vaselin yang disapu atas die tu (supaya dia tak melekat dan senang dicabut keluar). Makin keras. Tangan dah makin merah sebab susah sangat nak tekan. Tangan jugak merah dan berkedut sebab asyik rendam dalam air panas. Akhir kelas, aku punya tak kena approve jugak.

Dah 2 kali practical, saya punya masih belum kena approve. Bila semua dah ok, ada satu part pulak cacat. Bila repair part tu, part lain pulak cacat. Geram! So tiap kali dia suruh repair, saya buat je lagi sekali. buat buat dan buat lagi. Bila balik, tengok-tengok ada impression compound melekat kat kuku dan jari. Teringat susah payah dalam lab. Rasa nak nangis. Batch lagi satu dah nak siap kikis dah pun.

Dan memang ada orang nangis pun. Sebab impression compound dia jatuh dan pecah. Time tu dia dalam proses nak trim je. Kesian kot ingat senang ke nak tekannnnn benda tu bagi semua benda ada dlm tu? Ada lagi sorang girl pulak, bila nak habis kelas ada something jadi dekat impression dia lalu dia tak sanggup buat lain dan termenangis di toilet. Pastu Dr A kesian pastu dia tolong buatkan. Sweet tak lecturer kitorang? :P Jadi datanglah ke Manipal ye adik adik :)




Ini gambar impression saya yang telah siap setelah berapa puluh juta kali cubaan dan 3 keping impression compound telah digunakan. Saya sangat bersyukur masa dia cakap "Ok", ya Allah serius rasa mcm dapat distinction kot!

Tapi yang ni tak kikis cantik-cantik lagi sebab tu buruk :)


Haritu buat impression untuk mandibular jaw pulak (gigi bawah, I mean, mulut yang dah takde gigi belah bawah). Pastu saya tunjuk kat Dr A.

Dr A : You see, this part is okay. U got everything recorded. But can you see this part over here, you overpressed it. I can see the tray below. Im sure u can see it too.
Miyn : But sirrr....
Dr A : Ok ok, I pretend i didnt see it. Let's assume that it's not there. But this part *tunjuk kat part cacat*, try to repair it.
Miyn : Can u just ignore it as well, sir? And just approve? Pleaseeeeeeeee... *buat muka kiyut*
Dr A : No no no, the reason why we send u back and ask u to redo is not because we wanna see who does it the most beautiful. It's for u to practise to do it in the best way.
Miyn : T_____________T"





Dalam course ni, kesabaran la yang terpaling penting. Kadang-kadang rasa tension bila orang lain dah kena approve, dah siap kikis, kita tengah tukar air lagi, tengah tekan-tekan lagi. Bila orang punya gigi dah siap 2 ketul, gigi kita dia cakap macam gigi boya. Pastu bila dah carving lawa-lawa dan dah hantar, dia pergi patahkan pulak gigi kita. Tak boleh nak buat kenangan tunjuk kat anak cucu :(

Tapi dalam dunia mana ada benda yang senang kan? Sebab ni jugakla saya sukaaaaaaa course yang saya amek ni :))

Saturday, December 18, 2010

Fanaa



"If the sun is me and the moon is you
When it's morning will you still be true?
"



Fanaa is a good Hindi movie. And it has soooo many beautiful poems in it.
This one? It's from me :)

Friday, December 17, 2010

Ada BB baru rasa nikmat Twitter.

Salam.

HAI !

Saya rasa macam nak buat kawan baru. Jadi kepada bloggers yang ada twitter, bolehlah kita berjejak kasih di sana.

@miynamin

..InsyaAllah saya follow awak balik :)

Sunday, December 12, 2010

Legenda

Salam.

HAI !

Harini bangun pagi lewat dari biasa. Sebab semalam tidur bertutupkan lampu kalimantang. Nikmat betul kalau tidur bertutup lampu sebab hari-hari jugak tak bertutup. Dan ditambah pulak dengan kehadiran sahabat karib saya iaitu Fadzliyah Rafidi, semalam ialah hari yang terpaling gembira di sini. Dan lebih gembira bila mendapat beberapa orang kawan baru :))

Ada beberapa persoalan yang bermain di minda saya sekarang. Kalau rajin mari kita fikir sama-sama.

. Kenapa bila orang dapat bunga mesti dia akan bau dulu?
. Kenapa kalau suka orang perlu kapel? Suka diam-diam je tak boleh?
. Kenapa perempuan suka buat 'peace sign' bila tangkap gambar?
. Kenapa tiba-tiba banyak orang kahwin ?
. Kenapa orang lain umur 21 boleh kahwin dan saya tak?
. Kenapa saya tiba-tiba fikir pasal kahwin ni? Nak kena pukul?

Saya tak suka kena tinggal. Sekian.

Thursday, December 9, 2010

Tooth Bleaching

Salam.

HAI !


Saya baru dapat tahu ada orang baca blog saya secara senyap dan senyap-senyap jugak dia suruh saya update cepat-cepat. Terharu. Sebab kalau tak saya pun macam malas nak update. Entahlah kenapa. Mungkin saya rasa hidup saya sudah bosan dan warna-warni pelangi sudah semakin pudar.

Kali ni saya nak membuat post ilmiah. Mari mendengar kisah Tooth Bleaching. Nak? Kisah nya begini..

Pada suatu hari, ada sorang pemuda...ok tipu. Itu ialah starting clisye budak-budak sekolah masuk pertandingan bercerita. Saya dah dewasa hokayyyy! Jadi saya nak mula kan dengan cara begini.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, tooth whitening ialah salah satu cara untuk memputihkan gigi yang saya baru melakukan beberapa minggu lalu. Ianya termasuk dalam salah satu bidang Cosmetics Dentistry. Gigi kekal kita selalunya lebih kekuningan berbanding gigi susu. Hal ini kerana perubahan dalam kandungan mineral dalam enamel kita iaitu lapisan paling luar gigi. Mungkin juga kerana kita merokok (tak bukan saya), kurang menjaga kebersihan gigi (juga bukan saya), dan gemar meminum kopi dan teh (YA INI BARULAH SAYA!) he he he.

Saya taknak bercerita panjang lebar. Saya hanya mahu bercerita pasal prosedur yang dilakukan ke atas saya sahaja ok? Sebelum membuat bleaching, doktor akan memeriksa keadaan gigi kita dulu. Dia tengok la ada sensitivity ke, gum bleeding ke, atau apa-apa lagi penyakit gigi. Lepas tu dia akan recommend kita suruh buat scaling, iaitu membuang plak-plak yang terkumpul di celah-celah gigi. Supaya, nanti bila dia buat bleaching, gigi kita dah bersih :))

Mula-mula sekali, doktor tu meletak 'gingival barrier', supaya bahan yang dia nak guna nanti takkan terkena gusi. Haritu dia letak tak cukup pastu gusi saya merah dan berasa sangat pedih! Ok, lepas dia dah cover semua line antara gusi dan gigi, dia pun meletakkan sejenis whitening paste (oxidizing agent) atas setiap gigi yang dia nak putihkan. Lepas tu, dengan menggunakan curing blue light (ala-ala laser), dia akan halakan ke atas setiap gigi tu untuk seminit, lepas tu biar 10 minit, lepas tu buat lagi. Masa ni saya dilarang membuka mata dan ketika inilah saya tertidur he he he sebab kerusi dia tu turunkan 180 degree kot. Sapa yang tak tido, ye dok? :P

Lepas habis, dia akan buang semua bahan tu menggunakan cotton pad, dan ulang proses yang sama sebanyak 2 atau 3 kali, bergantung kepada keadaan. Akhir sekali, dia buang la gingival barrier tu yang akan keluar dalam bentuk sejenis tali yang panjang. Dan appointment mungkin dibuat 2 atau 3 kali jugak mengikut kehendak pelanggan tapi haritu dia taknak ikut kehendak saya. Dia cakap 3 kali cukup! Nanti gigi kau jadi brittle pastu sensitif baru nak menyesal ke haaaa?

Ok over sangat tu. Sebenarnya dia cakap janganla buat dah sayang, nanti gigi tu jadi tak kuat. Pastu dia kata buat apa nak gigi superputih, nanti nampak macam gigi tipu, tak nampak natural. So saya pun ikut je la kehendak dia.

Dan untuk 3 kali appointments, nak tau berapa saya kena? 330rupees macha! Hanyalah lebih kurang RM25. WOW! Anda terkejut? Saya lagi laaaaaaaa...Jatuh habis gigi aku masa bayar tu sebab terkejut sangat. Ok tipu.


Saya nak kongsi sikit la dengan anda semua. Saya baru tau pensyarah-pensyarah Dental Faculty saya , well bukan semua tapi ada la 3 orang, mereka datang dan balik naik bas 5 rupees! Bas yang penuh sesak dan berbau pelbagai macam tu. Haaaaaa, hebat tak? Dorang tu dah pangkat doktor dah pun, tapi tak kesah langsung naik bas buruk harga doposen sekali naik. Kita kat Malaysia? Kalau title doktor je teruih tak layan Proton Saga, ye dok? Takpun kalau pakai kereta kancil, mesti makcik sebelah rumah cakap, "eh, takkkkkan la doktor pakai kancil je?"

Sukanya tengok orang yang merendah diri ni. Nanti saya pun taknak la berlagak hebat pada awal-awal permulaan kerjaya. Tunggu dulu, bila dah cukup duit teruih saya beli bas Maraliner tu untuk pergi kerja, boleh? Pastu kalau orang takde bas nak balik raya bolehla pinjam bas saya.

Ok aku dah mengarut.

Saya dalam mode happy sebab salah seorang kawan terpaling baik saya bakal datang Sabtu ni :)



Semoga awak semua pun dalam mode happy jugak. Bye!

Sunday, November 28, 2010

Post Block One

Satu. Malpe Beach
Dua. Jumpa Papa Gandhi
Tiga. St. Mary Island
Empat. Baggada fried supersedap
Lima. Beli kain baju raya. HE HE HE.
Enam. Lasagne










Tujuh. Esok start kelas. :)

Wednesday, November 24, 2010

Pertama Block exam


salam.

hi!

saya sekarang berada di dalam library, menyetadi subjek dental anatomy iaitu subjek terpaling gemar saya setakat ni. ye la, dah nama pun amek pergigian maka perasaan chenta terhadap subjek berkaitan perlulah disemai kan kan? mak cakap sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. motif? he he he saya pun taktau.

performance saya dalam block pertama ini mungkin tidak begitu bagus tapi saya tetap happppy sebab saya survive dan alhamdulillah, masih aman bahagia. masa buat ib dulu pun panadol actifast merupakan sahabat sejati tapi saya tak pernah makan lagi walau seketul kat sini.

sekarang kawan baik saya ialah nescafe buatan supermiyn.

haritu membuat bleaching untuk kali pertama. agak seronok sebenarnya sebab doktor2 berkerumun. campur saya, doktor tu baru 2 kali buat bleaching, itupun dulu dia buat kat seketoi gigi je. saya dengar dia bergosip dgn doktor lain, dia cakap dia tapaham kenapa budak ni nak jugak buat bleaching kat semua gigi depan dia. rimas jugak jadi tontonan umum. mungkin itu perasaan cadaver yang kita tak pernah mengerti..

lepas je siap, doktor tu cakap "you shine like a starrr! now u can smile to the world!" saya mcm errrr doktor ni sihat tak? sebab saya tgk takde effect pun..tapi saya sedekahkan je la senyuman bintang saya kepada dia sebanyak 7 saat.

dan haritu jugak saya minum 4 gelas coffee. kopi dh jadi mcm air mineral, rasa sunyi hidup kalau sehari tak minum. lagi-lagi pulak kalau supermiyn yang buat, perghhhh! selain itu saya jugak menggemar kopi kat kedai belakang block sharada tu sebab dia buat pakai susu asli. dan bos kedai tu smart. ok takda kaitan.

saya ada lg beberapa appointment bleaching tapi rasa mcm xseronok dah nak pegi sebab hari jumaat. maka saya kena ucapkan selamat tinggal kepada friday talk. rasa mcm pelik sebab tak pergi sebab, entah. rasa pelik bila sorang2 je yg tak pergi di saat semua org lain pergi. tapi takpe, nnt saya sedekahkan senyuman bintang saya kepada awak, ok? heeeee..

saya sebenarnay memblog mengguna phone ni. tengok eja pun sengetsenget pastu kenapa tah takboleh buat huruf besarr tapi saya bosan jadi saya luangkan masa jugak demi awak. siapa awak? awakla, yg tengah membaca ni..

ok nak sambung study gigi.

kepada kawan-kawan medic, saya doakan kejayaan semua :))