Salam.
Dua tiga hari mood pusing-pusing mcm Ferris Wheel. Sekejap kat atas. Sekejap kat bawah. Sekejap hyper. Sekejap senyap tanpa sebab. Dan bila jadi mcm tu, cuma ada seorang je yang aku boleh bercakap dengan.
Diri sendiri.
Masa macam ni jugak ada banyak soalan nak tanya diri sendiri. Contohnya, kenapa aku tak suka dia? Dia baik. Semua pun okay. Tapi kenapa?
Masuk kejap la topik ni kan. Alaaaa kamon kita dah 20. Bukan senang nak jumpa topik cintan cintun membuka pekung di dada dalam blog ni.
Boleh tolong jawab tak, kenapa lelaki ni kalau orang cakap takmau, dia amek jalan mudah dengan lari jauh-jauh? Jangka waktu kawan selama beberapa tahun habis mcm tu je. Sebab apa? Sebab dia suka kita dan kita tak suka dia balik.
Jawapan aku senang je. Aku tak kawal perasaan aku. Cuma Allah tak bagi perasaan tu kat aku untuk suka kau. Apa susah sgt nak faham?
Yang mana merupakan sebab utama kenapa aku takde boyfriend. Aku tak cukup baik untuk kata "aku tak kapel sebab kapel itu haram." Tapi aku bersyukurla sebab aku takde suka sesiapa secara dahsyat maka dengan itu aku berada dalam zon selamat.
Sebab itu aku nak tekankan, jangan mengaku kau suka aku. Mana tau kot kot aku suka kau jugak. Kan nanti susah. Tapi kalau ko janji tak lari bolehla mengaku. Ok serius aku tak bermaksud riak di situ.
Silalah tau mood swing aku takde la sebab benda ni je. Cuma tadi berchatting dengan seseorang tentang bekas lelaki terpaling istimewa aku zaman form 4 dulu.
Tu lagi sorang. Elok-elok jadi kawan baik, terus dia lari. Atas sebab yang sangat takboleh diterima akal. Sebab aku taknak. Aaaahh, rindu dia. Sekian sahaja 3 kawan baik aku, semua dah lari. Adakah itu bermaksud aku tak patut kawan dengan orang rapat sangat?
Whatever la. Ego aku terlalu tinggi untuk go against my principle just so that u wont run away. Aku taknak maksudnya aku taknak. Lari la kau jauh mana sekalipun. Dan walaupun kau takde pengganti, jugak aku tak kisah.
Baru teringat. Lupa cakap hai.
HAI !
No comments:
Post a Comment
hai!~