Sunday, December 26, 2010

Today is Sunday.

Salam.

HAI !

Mood dah kembali happy Alhamdulillah. Terima kasih kepada sesiapa jua yang concern yang bertanya dan memahami. Mcm Myra contohnya, dia ada tanya jugak pastu saya cakap saya okay, dia tau saya tipu tapi dia tak tanya banyak2 dan terus tukar topik.

Teacher Ju pernah cakap kalau girlfriend ko emo tak tentu pasal sila break cepat-cepat. HE HE HE. Oh no im not your girlfriend. Utk orang Melayu ; oh tidak saya bukan teman wanita awak.

Jadi apa yang saya lakukan harini? (takfaham kenapa orang suka cerita pasal aktiviti harian. boleh bagitau sikit ada ke orang yang nak tau apa ko buat hari ni ha?) Tapi awak baca jadi awak mesti nak tau apa saya buat kan kan haaaa jangan cakap taknakkkk :P

Apa kena dengan aku ni~

Hari saya membangun awal woyeah! Lepas Subuh terus baca Maxillary Sinus tapi sayangnya takfaham apa. Dan tak menyesal pun tak bagi attention masa kelas Dr Abah haritu sebab dia mcm tukang baca textbook je. Memang dah tau kalau kelas Dr Abah mesti kena balik baca sendiri faham sendiri. Tu pun kitorang pulon jugak suruh dia siapkan notes untuk kitorang sebelum class test. Gedik gila kan budak2 BDS ni, ada ke suruh lecturers yg buat notes bg kat kitorang? Patutla ada orang cakap kitorang manja. HE HE HE.

Pastu saya pergi breakfast di Sweet Bun sorang-sorang sambil telan double coffee nyam nyiammm! Entah kenapa kat sini berasa jalan sorang-sorang sangat mendamaikan dan tak nampak sedih. Kalau kat kolej dulu aku sanggup tak makan kalau takde orang nak teman aku gi DS. Rasa mcm loser gila kalau gi DS makan sorang-sorang. Tapi kat sini, orang2 dia tak skeptikal. Dorang ada macam takda ja. Cuma Dia yang sentiasa ada di mana-mana.

Lepas breakfast saya jalan menuju puncak gemilang cahaya eh tak. Maksud saya jalan menuju ke library. Sekali lagi, study Maxillary Sinus dan Pulp. Pastu makan coklat Cadbury 2 ketoi besaq. Pastu gigil kejap sebab sejuk pastu berangan sikit pastu bila dah noon terus BBM farah ajak gi NKI Bistro pekena roti canai dengan teh tarik.

Ok tipu. Mana ada bistro sobs. Mana ada roti canai. Tapi part teh tarik tu saya tak tipu okay.

Malam saya takde kawan nak teman makan. Sebenarnya hari2 pun takde kawan sebab rumet saya bukan jenis makan. Jadi saya terpaksa ajak si tulang rangka pemilik Pink Skeleton yang kedekut baru dapat Ipod pastu tanak kasi pinjam untuk temankan saya makan. Ala macam tak biasala pulak kan.. dulu dok pekena burger Lahuma dalam wispi secara berkeluarga, sekarang tinggal dia sahaja maka diala yang harus saya susahkan ngeh ngeh ngeh. Memandangkan dia takde nama nak kasi kat Ipod dia, saya nak panggey Ipod dia dengan nama Napoleon. Sebab apa? Sebab si pemilik tu berperangai mcm Napoleon Dynamite, kalau korang pernah tengok cerita tu la...

HA HA HA. Ok banyak sangat kutuk ni satgi dah takda orang nak teman aku makan dah.

Sebelum tu, nak cakap terima kasih daun keladi dekat Suleiman, Nash, Isyam, dengan Azwan tak lupa jugak Deedat dan beberapa orang budak Bangalore yang saya tak kenal di atas usaha anda dalam merealisasikan impian saya memiliki Quinn. Haaaaa, apa itu Quinn? Rahsia la kan. Saya tak riak macam pemilik Pink Skeleton yang taknak kasi pinjam Napoleon tu jadi saya nak senyap-senyap saja. Ok takde kaitan.

Lepas ni boleh pasang Dead by April sampai pecah gegendang telinga aku.

No comments:

Post a Comment

hai!~