Monday, March 15, 2010

Miyn is going tumblr!

Dah ada account Tumblr. Yeyy! I feel more comfortable writing there. I need a new environment, uuyeah! Di sana rasa seperti maken dewasa hahaha poyo poyo!

Thanks for following me. Saya akan tetap menulis, bila saya rasa seperti mahu bersikap keanak-anakan. Dan saya masih akan tetap membaca blog-blog kamu.

URL hanya akan dibagi pada sesiapa yang memintak.

Saturday, March 13, 2010

13march



Yeyy! Hari ni dah sampai rumah. Alhamdulillah..


Shahab Perdana cool! Tak pernah rasa seselamat ini di Terminal One. Saya suka Shahab! Hidup Shahab! Shahab hebat! ha ha ha mcm orang gila. Well, pemandangan awal pagi di Shahab siries best. Rasa homie. Dalam diam mata gedik-gedik mencarik orang mana tau ada orang yang saya kenal pun baru sampai ke. Tapi sedihnya takde. Nasib baek jugak. Sebab turun-turun je dah menguap macam tok gajah. Menantokkkkkkkk rasa macam nak tido atas jalan je. Tapi baru jejak kaki kat bawah, tiba tiba ada pakcik Cina datang.

"Adik, nak teksi?" *mata bersinar-sinar sambil senyum besar-besar*

Comelnyaaa pakcik ni~

"Aa, takpe terima kasih." *senyum besar besar sambil berusaha katop mulut yang ternganga luas nanti tak cung la kan*

Buat pertama kali, saya bawak balek buku banyak-banyak. Siries tak suka. Apa kelas lah kau bawak balik buku kan.. cuti bukankah untuk bercuti bukan nya untuk berstadi kan kan kan?

Paangggg kang!

Ok, tolong siries sikit. Awal bulan 4 ni trial exam dan awal bulan 5 ialah final exam. Jadi kalau main-main sekarang maksudnya akan menangis kemudian. Tak kesahla walaupun placement masih berterabur sana sini tapi stadi tetap stadi. Ok? Ok? Dengar tak ni? Jadi saya akan mempastikan satu beg yang penuh dengan buku tu akan diguna sebaik mungkin InsyaAllah~

Rasa macam nak berhenti kat sini. Saya rasa saya dah jadi maken matured la pulak dah tak reti nak tulis macam dulu. Ha ha ha perasang! Ok, selamat bercuti. Esok hari kenduri Cikgu Ikhwan. Tak sabar!

Saturday, March 6, 2010

Setelah 3 minggu.

Jangan cakap pasal feeling-feeling ni.

Saya baru 17 tahun, nanti mak marah. Simpan dalam hati dan tanya balik 3 taun kemudian bila umur saya dah genap 20 tahun okay?

p/s : 10 September 2010 ialah Hari Raya Aidil Fitri :D

Tuesday, February 16, 2010

Hari Terakhir di rumah Tifa

Dengan sedehnya, harini Ain akan berlepas dari rumah Tifa pada pukul sekejap lagi.

Hati dah mula jatuh sayang lah kat Nabihah.

Haritu dia nanak main tekan-tekan kat Words. Pastu aku janji nanak bagi dia main esok. Esok-esok tu dia mintak, then aku tak kasi.

"Kakak Miyn tipu!"

Dang! Tersentap teruih hati dituduh jadi penifu. Baru teringat, dengan budak-budak tak boley berjanji okay. Beliau akan ingat sampai ke sudah. Pastu aku cakap..

"Bukan, bukan tipu. Tadi kan Nabihah pegi main, takdak kat rumah. Macam mana nak bagi main."

"Oooo, a'a kan. Tadi takdak kat rumah. Kakak Miyn tak tipu kan. Nabihah yang takdak kat rumah."

COMEL!

Tadi pagi pun, sementara tunggu dia makan epal, aku baring sekejap. Dia tak kasi pergi jauhlah sebab nak suruh teman dia mandi.

"Kakak Miyn, bangun! Kat rumah selalu macam ni ke haa? Dah pagi ni. Mana boley tido dah!"

COMEL LAGI!

Tadi nak belikan dia coklat sebab dah janji. Karang tak beli kena cop penifu kali kedua ai tak sanggup dahh serikkkk serikkkk. Pastu aku belikan Kinder Bueno.

"Taknak ni. Nak cinggam. Nak sugus."

*patutnya aku tau yang budak-budak suka cekelat murahan ja. Benda-benda merosak gigi ialah nombot satu. Depa tak layan la coklat mahai-mahai."

Sedihla nak tinggal. Siries sedih. Pastu tadi telah membuat janji untuk membawak dia jalan-jalan kalau dia dapat UPSR 5A.

Tudia, lagi 5 tahun kot! Ngeee~

Ain akan balek sekejap lagi. Harap-harap dapat membeli sugus untuk Nabihah untuk kali terkahir. :D

Saturday, February 13, 2010

Hari ini di rumah Athifah anak Pak Mail

Siries sangat suka duduk rumah Tifa!

Adek-adek dia cungg cungg + lawa lawa kot. Suka! Suka!

Sekarang ni dorang tengah buat preparation untuk wedding seseorang. Dan aku secara jujurnya berasa yang aku sangat menyebok masa mula-mula datang. Lagi-lagi pulak bila semua benda Tifa yang bayarkan dengan alasan aku ni tetamu terpaling best pernah datang rumah dia.

Ok, ayat last macam tipu.

Tapi betul, duduk sini rasa macam duduk rumah sendiri. Meriah! Banyak beradik-beradik. Happening je.

So, sesi berkenal-kenalan bermula pagi tadi. Awal-awal pagi lagi Tifa dah usung Widad suruh datang kejut.

"Cakap, Kakkkk Miyn, bangun Kak Miynnn..."

Memang tak bangun le ai ok. Widad mana tau cakap lagi...

Pastu, bila dah lama sikit, adik-adik dia yang lain datang. Tifa ada adik kembar ooyeah dua-dua cun tapi muka agak lain sikit. Sorang rambut lurus gemalai, sorang lagi wavy sikit.

Aku tanya kat sorang tu, "Ni Nabilah ke Nabihah?"

Dia jawab, "Ni yang satu H! Yang dua H tu kat sana!"

KAH KAH KAH. Siries lawak.

So, apa aktiviti hari ini?

Satu. Menolong pakcik Ismail merasa semua jenis masakan dan minuman beliau.
Dua. Membuat persiapan kaweng.
Tiga. Mentalipon bakal suami memberitahu perkembangan persiapan kaweng kami KAHKAHKAH toek!
Empat. Mengajar Nabihah mengguna laptop hebat ni.
Lima. Bermain game Luxor untuk Itqan sebab dia takmau kalah.
Enam. Menggoda Widad untuk bersifat kurang malu dengan Kakak Miyn.
Tujuh. Membelanja Widad bermain kuda gedik-gedik bubuh syiling dua ketoi pastu kuar lagu teneneneyy teneneyyy.
Lapan. Membuat rumah ni macam rumah sendiri.

Ya Allah, berada bersama Widad membuat aku berasa seperti hendak ada budak kecik di rumah. Ye la, mana penah ada pengalaman jaga budak kecik plus adik sendiri dah besaq gajah seumur hidup aku tapenah dukung dia. Bila main dengan Widad si kecik ni, rasa macam nak satisfy kan dia je. Apa dia nak semua nak bagi. Patutla Tifa sendiri tak penah berkira belikan basikal la, mainan la, makanan la, sebab siriesly, bila tengok dia seronot, benda lain macam tak penting.

*Miyn macam dah bersifat keibuan nampak?* (jelan lidah secara bajet comel)

KAHKAHKAH. Tapi orang cakap betul ni! Sampai hati tak percaya??? :((

Oh ya, duduk sini jugak aku telah mendapat nama baru.

"Tifa, ajak Ain makan tu."
"Ain, dah makan ke belum ni?"

Sekarang saya bukan Miyn ok. Sila panggil saya Ain. Tadi petang Ain bagi Widad naik kuda!



formspring.me

wah! kotak ni mcm bes!baiklah, soklannya berbunyi sebegini..adakah nabilah mempunyai can dgn kim hyun joong?keh keh keh.

errr, errr, errr. mungkin nabilah lebih ada can dengan park ji sung? taknak pun takpe, bagi kat k neh? :PP

Ask me anything, I'll be more than happy to answer it :D

formspring.me

kepada cik miynamin, adakah anda sudah berpunya? ngeeee~

Belum, haaa, dah jawab kan? :D

Ask me anything, I'll be more than happy to answer it :D

Monday, February 8, 2010

Kisah Penjumpaan Botol Air

Sekarang saya siries sangat sangat sayang dengan blog ni. Sayanggggggg sangaaatttt sangaaattt sangattt. Kalau beliau ialah seorang lelaki, mesti saya tak kesah untuk memalukan diri dan pergi menghantar rombongan melamar sekarang jugak!

Semalam banyak orang bertanya :

"Miyn hilang botol air?"

"Dah jumpak dah botol air?"

"Botol air kaler apa?"

Saya macam, aaaaa, ye hilang. Kaler orenggg. Jumaat lepas. Tak sure la kat mana...

Dalam hati *mcm mana dorang ni tau??*

Hari ni pun banyak orang bertanya lagi..

"Miyn, yang hilang tu kaler kunengg ke?"

Tak, orengg.

"Ada satu ni, kat atas meja cekgu tu."

Haaaa? Gemok tak?

"Taklah, biasa je kot."

Oh. kuning ke. Bukan bukannn.




Then tadi ada lagi sorang bagitau...

"Miyn, ada botol air atas meja cekgu sorang ni. Botol air Miyn yang hilang tu ke?"

Haaaa? Saya dah kenot tahan anymore lah. Perasaan pelik dan musykil membara-bara di dalam diri ibarat mahu melatops dan memuntahkan rindu dendam selama ini yang tidak boleh disembunyikkan lagi oyeahhh apasal ayat kau macam banggganggg weh?

Oleh itu, saya tanya la : aaa, chup. kenapa orang tau eh k hilang botol air? Peliknyaaaa...

Sebab blog la :DD

Dan tadi Aisyah datang. "Miyn pegila tengok atas meja cekgu tu. Ada botol air. Mana tau kot-kot botol air Miyn ke..."

DAN MEMANG BOTOL AIR SAYA!

Oh baby setianya kau kat aku! Ha ha ha ha pi-o-wai-o betul. Tembak kang!

Gembira! Terima kasih semua yang bertanya, ilaffyu. Terima kasih semua yang baca blog ni, Ilaffyutoo. Terima kasih Incek Botol sebab tak lari jauh, Ilaffyuthree!

Harini hidup terasa seperti lebih bermakna :DD

Friday, February 5, 2010

botol yang hilang

Botol air saya yang canggih telah hilang. *grrrrrr*

Kejadian berlaku pada hari Jumaat, limaharibulandua bertempat di depan koop. Tak, saya tak pasti sebab time tu terjumpak Farhan masa beliau tengah belek-belek World Literature limited edition beliau. Selepas itu kami berjalan seiring dan sejalan seindah bunga di taman bak gurun yang megah kanda ku puj...

ok takde kaitan.

Pastu kami masuk ke bilik 203. Pastu ialah masa matematik; Cikgu Arfa cun laaa isk isk iskk tak berkelip mata saya sangat berkenan dengan baju beliau isk isk isk lagi sekali. Pastu saya berasa dahaga menyebabkan saya berasa seperti mahu menelan beberapa titik air. Tapi bila saya meraba Tifa, eh tidak meraba di bawah meja, saya berperasaan yang incek botoi sudah hilang!

Awak, awak kat mana? Sobss sobsss.

Naluri keibuan saya kuat mengatakan yang Hantu Botol berkepala Tangan yang curik Incek Botoi saya. Kenapa saya mengatakan demikian? Ini kerana saya ada bukti!

2 minggu lepas botol air Pah telah hilang.
Minggu lepas botol air Tifa pulak telah hilang.
Dan minggu ini botol air saya aka si manja pulak telah terhilang.

Mengapa mesti berkepala tangan? Ye la, kalau takde tangan macam mana dia nak curik takkan nak main golek golek je kot KAHKAHKAHBEDEKAHBEDEKAHHH. Ok, tak lawak.

Kepada sesiapa yang menjumpai Incek Botoi saya, saya akan membelanja beliau Kotiaw Lahuma. Anda boley pilih dari apa juga jenis variasi; kotiaw mamak, kotiaw char kuey, kotiaw basah dan jugak kopiko. Erk!

Ciri-ciri Incek Botoi :

. berwajah kachak
. berbadan lutsinar dan mempunya flat packs
. berambut blonde keorenan
. body agak tough
. air di dalamnya adakah 3/4 full kecuali telah diteguk beberapa titik oleh hantu berkepala tangan.
. berat badan mencecah 700ml

Pencarian bermula sekarang!

Kepada Incek Botoi, walau di mana juga awak berada, jangan nanges ok? Saya takkan carik lain :D




Update baru : satu beban IB dah submit - World Literature Malay! Alhamdulillahhh...


Tuesday, February 2, 2010

Cherishing.

Petang tadi juniors tayang balik slideshow untuk Projek Kemboja dulu.

First thing in mind : ADAM! (rinduuuu rinduuuu)

Second : tak sangka effect Kemboja masih kuat dalam diri. I used to think that I can never overcome the mixed feelings I felt after leaving Kemboja. Memang betul. Emosional sekejap masa tengok gambar-gambar tadi.

Somehow, I like the feeling I felt just now. :D

Thanks everyone, the teachers, the cool teammates, and the Cambodian people for adding a new chapter in my life.